Tuesday, January 29, 2013

Hanya Aku Dan Kamu


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



Sunday, January 27, 2013

U DESERVE!

ni lah nasib peragut yang meragut wanita yang membawa motosikal guna motosikal..pelik2 manusia zaman sekarang ni. susah sangat ke smpy nak menyusahkan orang lain?? kalau meragut tu x lepas x ke tambah menyusahkan diri sendiri mcm tu? smpy bila nak hidup guna harta haram kau tu. puas hati aku bila tengok peragut ni dibelasah teruk sebelum diserahkan pada polis. sakit kau tu x sesakit orang yang kau dah banyak ragut tanpa belas kasihan tu tau tak!! niat x menghalalkan cara! aku benci peragut!! kau kacau 2 orang y aku sayang.lepas ni korang x kan hidup aman!! jangan tanya kenapa kalau hidup kau x senang2! derita semuaorang akan kau tanggung smpy kau x larat nak hidup nanti! elok biar je peragut yang kene belasah ni kene geles dengan bas! keji sungguh perbuatan dorang y x de belas kasihan ni.

lama-lama biasa la tu

jangan risau jangan khuatir menstrual cycle itu normal.. :)

Thursday, January 24, 2013

Pesanan Ikhlas Seorang Anak

wahai bapak,sila jauhi rasuah, ingat lah keluarga tersayang.



Wednesday, January 23, 2013

Period...Kelemahan Seorang Lelaki


Bukan bermakna lelaki mengalami period, atau datang bulan.laki ni akan datang bulan bila tunggu duit ptptn masuk dan tunggu gaji masuk.
bukan itu yang aku nak cakapkan sebenarnya,sejak belajar sains sexual tingkatan 3 bab 4 aku memang tertarik kepada fitrah lelaki dan perempuan tapi dalam semua itu yang mampu melemahkan aku ialah period atau datang bulan atau haid. pada aku perempuan ni biasanya datang bulan awal bulan berdasarkan apa yang aku baca pada kitaran haid di buku,disebabkan aku takde kakak dan cuma hanya ada abang.apa yang aku baca tempoh keluar darah itu hanya 5 hari tapi miss d mengalaminya lebih 5 hari dan 2 bulan sekali .. GOD HELP ME...please....

miss d
dan bila miss d mengalami situasi ini aku tambah parah pasal ke loya an aku pada haid ini tidak pernah luntur.memang miss d jadi general D bila period.aku akui dulu hingga kini aku memang takut untuk mendekati perempuan yang sedang haid kerana emosi mereka yang tak stabil.bukan aku tak nak mendekati tetapi disebabkan bukak saja cerita tentang haid, mula timbul rasa loya,mual,dan macam-macam reaksi di muka aku. memang aku tak merasa tetapi cuba aku bayangkan rasa sakitnya mungkin aku lebih rela tidak belajar sains reproduction persenyawaan bab 4 tingkatan 3 dulu.
entah sampai bila rasa loya dan fobia aku pada haid ini akan hilang ???  miss d


Saturday, January 19, 2013

Solidariti Untuk Bawani,Anak Muda Di Seluruh Dunia

dulu adam adli dan safwan anang,kini ada Bawani KS pula.bawani bukan sebarangan mahasiswa,dia ada ijazah psikologi dari UKM dan sekarang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di UUM ternyata pelajar UUM hanya megah pada nama saja tapi tidak memberi solidariti kepada rakan siswi mereka.


why dont u migrate into other country yang u suka sangat tu ??


like what our bright student have been doing for years ??
have u ever thought why a lot of our student and overseas student do not wanna comeback and serve the country ??
3 reason 
1.job prospect and money 
2.when they ask on something and when they propose a new idea auhtority like you suruh duduk diam dan bersyukur atau pun berambus daripada negara ni so they left 
3.burung dekat oversea tak bunyi macam tuh

tujuan video listen!listen!listen! itu diupload asalnya hanya untuk memalukan bawani tetapi setelah diteliti dan difahamkan video itu menjadi senjata kepada anak muda dan menjadi senjata kepada bawani untuk menembak kembali sharifah zohra jabeen yang perasaan bagus tetapi apabila diulang tayang ternyata dia langsung tidak menjawab soalan bawani dan langsung tidak menghormati bawani.sepanjang minggu ini bawani menjadi trend dalam sekelip mata,begitu juga sharifah zohra sehinggakan khairy jamaludin tidak mengaku mengenali sharifah zohra dan SW1M suara wanita 1 malaysia,sehingga dikeluarkan kenyataan 'sesiapa saja boleh mengguna 1 malaysia'  dia juga dikaitkan dengan KIMMA tetapi KIMMA juga mengatakan sharifah zohra tidak lagi terlibat dalam Kongres India Muslim Malaysia.
ternyata nampak jelas anak muda semakin mengorak langkah ke depan,harus diingat dunia ini milik anak muda,orang tua di atas sana bersiap sedia lah untuk merasa dihumban oleh anak muda.tunggu saja hari-hari terakhir kamu di kerusi empuk sebelum anak mengambil alih tampuk kepimpinan.


Hari Ini 1 Tahun Yang Lalu 19 Januari 2012

Aku menjejakkan kaki ke pulau pangkor buat kali pertama
aku melancong seorang diri buat kali pertama
pertama kali aku berjumpa miss d setelah sebulan 3minggu tak berjumpa
aku check in di liyana villa buat kali pertama
aku datang ke teluk nipah buat kali pertama


Tweet Aku Mengenai Mee Segera

di malam khamis,aku kebosanan lalu aku ber tweet pasal pengalaman 16 tahun aku mendalami dunia mee segera dan jenama mee segera yang pernah aku makan.

Sarawak dan lee fah mee tak dapat dipisahkan.perisa kari jawa dan perisa sup/ayam menjadi identiti

Packaging mee presiden tu warna oren,dan sedikit kuning untuk tulisan PRESIDEN.beli kat kedai makan bapak musaizuan.

Time aku kat sk abang kadir gedong - kat kantin sekolah ada jual indomee,perisa dan jenama apa entah rasa macam haram

Pakcik aku yang kenalkan aku pada always mee goreng.tahun 1997 dia datang johor

Lepas start makan mee adabi aku jatuh sakit - demam panas - demam campak - lepas tu fobia aku pada mee adabi punca aku sakit


Dah 10 tahun aku tak makan mee segera ADABI - mee udang,3 rasa dan ??

Maggi VEGE - adalah maggi yang paling fail

Lama dah tak makan mee PAMA ni

Mee PAMA - hisyam hashim yang perkenalkan mee ni pada aku masa kat hostel dulu


Mee RUSKI - iklan budak-budak pakai baju melayu makan mee.iklan keluar masa aku darjah 3


Maggi sup tulang - iklan dia historian minum sup tulang dalam gua.tiba2 jatuh tulang dinosaur sekeliling dia

Maggi sup tulang - aku 3 kali makan maggi ni terbaik la!! Tapi tak besar production dia

Always mee goreng masa aku kecik dulu dikenali dengan nama INDOMIE


Maggi goreng tak dapat tandingi mee goreng segera jenama sedaap dan always


Indomee-indonesia mee,satu industri mee goreng indonesia yang besar menerobos pasaran malaysia

Bila pergi tebedu aku suka borong indomee jenama pelik2 bila kat rumah tak selera plak nak makan


10 tahun dulu abg aku ada beli satu mee segera perisa laksa sarawak.sedap dan rare sejak tu dah tak jumpa lagi

8 tahun dulu 2005 ada mee segera perisa laksa aku beli.bukan mamee.maggi,cintan,ruski tapi brand agromas tak silap aku.sedap dan rare mee tu

dah 7 tahun rasanya aku tak makan mamee slrrp.mee segera mamee memang tak sedap.sedap lagi mee sedaap dan always ibumee

Baru sedar maggi asam laksa dan tom yam lagi sedap dari maggi ayam dan kari.

Tuesday, January 1, 2013

Rahsia Lagenda Filem Seram



filem RAHSIA ini sungguh bernostalgia dalam hidup aku.sudah 26 tahun (1987) usia filem ini.aku mula tengok filem ini di tv 1 semasa filem ini baru berusia 12 tahun,masa itu umur aku 7 tahun ingat lagi aku hari tu di petang sabtu sungguh bosan duduk di rumah apartment yang tiada hiburan.sedang bermain mainan aku terlihat montaj seram di tv panasonic hitam, 18 inci. aku pun fokus menonton cerita itu bermula dengan 4 beranak dalam perjalanan bercuti dan semasa mandi di laut anaknya  yang sorang itu mati.dan bertambah misteri lagi di rumah itu anak mereka dihantui mimpi ngeri, jalan cerita filem rahsia ini ibarat filem sinister dan congkak.dimana satu keluarga itu berpindah ke rumah baru tetapi sejak menetap di rumah baru ahli keluarga mereka sering diganggu makhluk halus dan seakan ada 'orang' yang memerhati mereka tetapi apabila didekati orang itu hilang,dan di akhir cerita orang itu akan menceritakan segala-galanya tentang misteri yang membelenggu mereka.
yang paling seram dalam cerita ini ialah dimana si anak bermimpi dia terlihat satu scene flashback seoran kanak-kanak di kemenyan dan dan kemudian diletakkan di dalam satu ruang sempit sebelum ruang sempit itu disimen dan ditutup dengan batu bata.sebaik saja tersedar dari tidur si anak pun memberitahu ibu-bapanya di situ lah kawannya ditanam.bapanya memanggil orang kampung untuk memecahkan dinding batu itu dan terjumpa rangka budak dan seutas loket.

itu sajalah yang aku ingat pasal cerita tu,ending dia bukan di situ tetapi ending dia berakhir dalam suasana hujan di mana yusof haslam watak antagonis dalam movie itu cuba memanjat rumah shukery hashim tetapi dia tergelincir dan lembing di pagar rumah itu mencucuk tubuhnya.selepas 4 tahun tidak menonton cerita itu pada disember 2003 aku kembali menonton filem rahsia ini yang ditayangkan di astro prima.tetapi kesihatan aku pada masa itu menghalang aku untuk menghayati cerita kerana pada masa itu aku demam campak dan demam panas,sepuluh tahun sudah berlalu hari ini di tahun 2013 dimana aku sudah berusia 21 tahun movie itu tidak pernah diulang kembali.