Thursday, December 26, 2013

Beza Hari Mengundi Malaysia Dan UK

blogger yang pernah belajar di London School Of Economic ini antara blogger yang menjadi favourite aku terutamanya melibatkan entri-entri nya yang membezakan Malaysia dengan United Kingdom, entri ini agak lama tetapi cukup berinformasi, aku rasa mengundi di UK lebih mudah dan teratur berbanding di Malaysia

http://www.longhaffiz.com/2010/05/mudahnya-mengundi-di-united-kingdom-uk.html


Tuesday, December 24, 2013

Pasar Ikan Waterfront Sejarah Yang Hilang...

Setelah sekian lama tidak menyelusuri tebingan Kuching atau nama Inggerisnya, Waterfront aku berasa sedikit hairan kerana pasar basah yang berada di kawasan Brooke Dockyard berdekatan India Street sudah tiada lagi dan patut lah aku berasa  hairan kenapa sebelum bila pergi ke Waterfront, aku akan bermula dari kawasan yang berhadapan dengan Kompleks Mahkamah lama seperti kebiasaan, bukan dari kawasan yang serba asing ini. Bila difikir kembali, rupa-rupanya tapak di mana aku melangkah ini dulunya adalah bekas tapak pasar ikan, patut lah aku berasa perjalanan sepanjang tebingan Kuching ini berasa sedikit jauh kerana laluan yang pendek 1 ketika dahulu sudah dipanjangkan.....


Semasa sampai di seberang sungai, aku sempat mengambil gambar waterfront dari kawasan seberang, ini menjadi petunjuk kepada aku untuk 50 tahun akan datang untuk melihat sejarah apa pula yang bakal hilang selepas pasar ikan, apa pula yang bakal dirobohkan..... hairan dalam kepala yang sedang pening ketika itu.... Negara-negara Eropah seboleh-bolehnya ingin mengekalkan bangunan lama mereka untuk dijadikan tapak warisan dan tarikan pelancong, tapi di negara dunia ketiga ini warisan zaman berzaman itu dirobohkan atas dasar pembangunan dan kemajuan.... kemajuan ??? sebaik saja aku kembali ke waterfront aku sempat melihat ke gigi air sungai sarawak dan terdapat sisa-sisa sampah yang terdampar dan lagi menyakitkan pemandangan terdapat kipas berdiri dan duduk yang dibuang ke sungai terdampar disitu.. ini ke kemajuan ??  my arsehole



Kisah Top Up Maxis Dan Nombor Phone

Masa aku nak call miss D petang semalam aku terkejut pasal apa keluar suara operator suruh aku top up sebab aku cek baki kredit aku ada dalam 14++. Tiba-tiba aku teringat yang Hotlink Youth Club Plan aku dah tamat tempoh, terpaksa la aku beli top up RM10 semata-mata untuk aktifkan nombor maxis ni.

Sampai di Pernama, cashier tu kata Top Up RM10 dah habes....pelik campur hairan pun ada dalam fikiran aku masa tu, sebab dia buat top up secara online dan print out dari mesin kad kredit/debit macam yang kita selalu jumpa di Petronas tu. Aku pun beli je la top up RM 5 + 5 = RM 10. Di rumah aku pun terkejut kenapa kod top up ni tak sah !? dah banyak kali try dan dalam 1 jam tu berkali-kali jugak la aku mendail *100# untuk membebaskan nombor maxis aku dari sekatan, dalam tempoh tu berkali-kali jugak lah aku melayari laman sesawang Maxis tapi takde satu pun FAQ yang betul-betul membantu.

Dalam pressure tu aku pun mengadu kat Miss D yang nombor aku ni problem, tadi suara operator  suruh top up aku pun top up tapi bila nak key in nombor kad top up ni dikatanya nombor tak sah pulak! dalam tak keruan tu pun aku mendapat hidayah......

Rupa-rupanya nombor yang aku key in *111* 16 angka # tu salah !!! aku key ini nombor bar kod bukan nombor PIN top up !!! LOL nombor bar kod tu adalah nombor yang di scan untuk pengesahan penjualan top up itu oleh cashier dan nombor PIN ialah 16 angka yang berada di bahagian bawah resit top up !! dan juga nombor sebenar dan sepatutnya aku key in...nasib baik aku tak call maxis customer service, kalau tak dengan aku sekali dapat malu

Monday, December 2, 2013

Filem Melayu....

Mutu filem merudum

FILEM KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof di mana moral dan akhlaknya untuk dijadikan rujukan masyarakat.
TAHUN lalu sebanyak 76 buah filem tempatan dihasilkan berbanding 49 buah filem pada tahun sebelumnya. Dari sudut kuantiti, ini memanglah satu perkembangan positif.
Lebih malang sambutan yang diberikan oleh penonton filem tempatan tahun ini juga merudum berbanding beberapa tahun sebelum ini. Jika dilihat kepada beberapa filem Melayu mahupun Mandarin dan Tamil tempatan, jumlah pungutan tiket cukup menghampakan sehingga ada yang hanya mendapat hasil jualan sekitar puluhan ribu ringgit sahaja.
Ya, benar sekiranya penerbit atau pengarah filem mengatakan bahawa pungutan tiket filem-filem luar juga sama. Mungkin ini adalah hakikat yang sedang dihadapi oleh industri perfileman global.
Bandingkan walaupun hanya 49 buah filem tempatan yang ditayangkan pada 2011 namun jumlah kutipan kasar mencecah RM126.49 juta berbanding 76 buah filem yang hanya mencatat kutipan sebanyak RM97.29 juta pada tahun lalu.
Pada tahun ini dengan 60 buah filem mencatat jumlah kutipan tiket hanya RM60.58 juta (sehingga September).
Tidak dinafikan ada faktor yang tidak diingini berlaku kepada salah sebuah filem tahun ini iaitu KL Gangster 2 yang telah dirakam rompak sebelum tayangannya sehingga jumlah yang sepatutnya diperoleh oleh pengarahnya lebur begitu sahaja.
Ini mungkin satu punca yang secara tidak sengaja berlaku tahun ini namun punca sebenar kepada merudumnya hasil jualan tiket pada tahun ini tidak boleh dituding kepada faktor ini sahaja.
Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Penonton atau pihak berwajib seperti Finas? Ataupun perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap penerbit atau pengarah sendiri?
Tidak keterlaluan jika dikatakan mungkin perkara ini terjadi kerana sikap penerbit dan pengarah tempatan. Boleh dikatakan penghasilan filem yang bukan setaraf selama ini menjadi sebab utama mengapa situasi ini berlaku kepada industri perfileman kita.
Penonton tempatan mungkin sudah bosan dengan apa yang dihidangkan oleh setiap filem yang mereka tonton. Filem-filem yang buruk, tidak bermutu dan mempersendakan intelektualiti penonton berlambak di pawagam. Apakah pengarah atau penerbit mengharapkan filem-filem ini dijamah walaupun buruk, busuk dan beracun kepada akhlak masyarakat?
Setiap tahun, filem yang sama sahaja ditonjolkan. Filem yang bermutu untuk mengubati penyakit sosial pula boleh dibilang dengan jari.
Sekiranya penonton kita dihidangkan dengan filem-filem yang berkualiti mungkin situasi ini tidak akan berlaku.
Dalam hal ini siapakah yang sepatutnya membimbing penonton kita kalau bukan dengan filem-filem kita sendiri.
Penerbit serta pengarah sepatutnya sudah lama menyedari hakikat ini malah pihak berwajib seperti Finas misalnya perlu ada satu pelan dalam memastikan kelangsungan filem-filem bermutu tempatan.
Setiap yang terlibat dalam industri filem kita sepatutnya berganding bahu bagi mewujudkan suasana industri filem kita agar berada pada tahap sepatutnya.
Kalau sebelum ini banyak pihak menganggap dengan jumlah filem meningkat dan kutipan juga meningkat sebagai satu kemajuan. Ini bukan kemajuan kecuali industri filem menerbitkan filem yang wajar untuk ditonton.
Kita selalu terperangkap dengan angka-angka. Padahal filem sebagai karya seni yang berkait rapat dengan pemikiran tidak boleh diterjemah dalam angka. Maka padanlah orang tidak menonton kerana sikap pengarah dan penerbit sebahagian besarnya hanya mengeksploitasi penonton. Ini sikap tidak bertanggungjawab

 sumber : utusan Malaysia

apa yang aku boleh kata ?? setiap apa yang berlaku itu mesti ada faktor nya, jadi tanpa segan silu aku menuding jari kepada metrowealth yang jadi dalang kepada lambakan kuantiti filem melayu di pasaran tapi tiada nilai kualiti pada filem itu. 2 tahun jugak aku tak menonton filem Metrowealth ni selepas filem terakhir yang aku tonton ialah Senario OPS Pocot.

Terputus Bekalan Air Dan Elektrik



1) takde elektrik =  tak perlukan air
2) takde air          = tak perlukan elektrik

2 situasi berbeza yang aku lalui di 2 tempat berbeza ..
situasi 1 aku lalui di rumah pakcik di kampung, situasi 2 aku lalui semasa terjadi peristiwa di mana seluruh lembak Klang terputus bekalan air sebab sumber air dicemari tumpahan minyak diesel
ada elektrik + ada air = BOSAN…..