Tuesday, April 15, 2014

Sempadan 3 Negara


Alangkah mudahnya jika semua negara di dunia ini seperti 3 negara dalam gambar ni... cukup dengan hanya menyeberang arus sungai kau sudah berada di sebuah negara lain. Kalau semua negara di dunia macam ni, agaknya sekarang ni di manakah aku berada ?? Yang paling dekat dengan aku hanya sempadan johor (Malaysia) - Singapura dan Kelantan - Selatan Thai, tapi di sempadan itu ada pos kawalan dan macam-macam lagi kerenah birokrasi, walaupun 2 negara itu Singapura dan Thailand berjiran dengan aku, tetapi aku merasa mereka terlalu jauh untuk dikunjungi kerana isu persempadanan yang melecehkan dan merumitkan.

Tuesday, April 8, 2014

Astro Ria...

Sejak kebelakangan ni kualiti rancangan astro ria semakin merudum aku tengok, kalau dulu boleh kata setiap 2-3 bulan siaran ni akan tampil dengan drama baru, tapi sekarang boleh kira dengan jari berapa banyak drama baru yang akan disiarkan di 104 ni. Tak cukup dengan tu lompong yang ada ni digantikan pulak dengan sinetron dari Indonesia yang belum tentu lagi orang kita nak tengok, dah la kualiti sinetron indon tu tak seberapa dah tu plak kuantiti dia melebihi kuantiti produksi tempatan, come on la Astro kami ni bayar astro ria tu tiap-tiap bulan.

 Kalau ye pun ulangan itu kami tak kisah asalkan kami dapat jimatkan duit dari beli alat recorder, tapi yang jadi masalahnya bila bayar bulan-bulan untuk berbulan-bulan berikutnya drama dan sinetron yang sama masih ada. Dulu sejak 2007 saya puji usaha astro yang mula menambah baikan kualiti drama di astro ria walaupun masa tu astro ria dibanjiri program drama seram/budak2 kolej dan program berbentuk kepolisian tetapi sejak setahun dua ni program di astro ria semakin hambar kandungannya. Itu belum lagi program di siaran lain seperti astro ceria yang kuantiti dan kualiti semakin merudum dari semasa ke semasa.


The Inbetweeners


Aku tengok sitkom British ni secara tak sengaja, kebetulan abang aku suka letak file-file dia dalam external hard disk aku. Jadi aku pun tengok la sitkom The Inbetweeners ni, cerita dia pasal 4 orang sekawan la yang belajar di sekolah yang sama dan habiskan masa bersama-sama. terdiri dari 4 orang remaja Jay,Neil,Simon dan Will.


Jay, paling nakal dalam kumpulan ni. kaki putar belit, penipu dan kurang ajar dalam kumpulan ni. Paling suka menyakat dan mengenakan rakan-rakannya. Hanya Neil saja yang percaya segala cerita-cerita Jay ni sebab tu Neil tu je kawan rapat yang dia ada.


Neil, si lurus bendul dalam kumpulan inbetweeners ni. Tetapi dalam grup tu dia la yang paling selamber dan takde rasa malu-malu. Dalam  kumpulan tu dia  yang paling berjaya memikat dan meniduri perempuan-perempuan...termasuk mereka yang tua.


Will, pelajar paling pintar,kemas,bijak di dalam kumpulan tu. Paling kerap menjadi bahan ketawa dan usikan rakan-rakannya yang lain kerana sifat nya yang tidak nakal dan takut berbuat sesuatu yang menyalahi undang-undang.


Simon, satu-satunya ahli kumpulan itu yang mempunyai teman wanita iaitu Carly. Tetapi sering diabaikan oleh Carly menyebabkan dia sentiasa obses dengan Carly.


Kalau aku tengok sitkom ni 5 tahun lalu mesti aku akan luangkan lebih masa dengan kawan-kawan sekolah aku. Sebab bila habes sekolah situasi sudah berbeza, masing-masing akan bawa haluan sendiri dan takde masa nak berjumpa macam dulu.


Monday, April 7, 2014

Ragut...

Tengah hari semalam semasa aku di kawasan parking lrt jelatek tiba-tiba aku terkejut dengar 1 jeritan, tak jauh dari situ sepasang beruk rempit - 1 bohsia 1 mat rempit meragut seorang mak cik. Aku tak sempat nak kejar sebab jarak aku dalam 300 meter dari lokasi kejadian, mat rempit tu meragut beg tangan mak cik tu sebelum melarikan diri dengan bohsia dia yang membonceng. Mujur lah di kawasan tu ada seorang penunggang motorsikal, pemandu kereta myvi berwarna kelabu dan seorang pejalan kaki. Aku tak pasti apa yang diperkatakan oleh mereka kepada mak cik tu. Aku harap sangat pemandu kereta myvi tu bawak mak cik tu pergi buat report. Lagipun ada 2 orang saksi yang berdekatan lokasi kejadian, pemandu Myvi dan penunggang motosikal. Manakala pejalan kaki tu pula hanya sampai sebaik saja peragut tu dah memecut masuk ke jalan jelatek. Jenayah ragut ni tak boleh dibiarkan, kalau lah masa tu aku ada berdekatan dengan mak cik tu memang dah tak bernyawa peragut tu hari ni....