• Logo UiTM terbesar menggunakan dodol dicacatkan di dalam Malaysia Guinness Book Of Record.Logo UiTM terbesar menggunakan dodol dicacatkan di dalam Malaysia Guinness Book Of Record.
 1 / 2 
BUKIT PALAH - Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka Cawangan Kampus Bandaraya berjaya mencipta logo UiTM terbesar menggunakan dodol sempena Karnival Keusahawanan dan Kesenian Islam yang akan bermula hari ini sehingga 8 Jun ini di Pusat Islam, Melaka.

Lebih manis lagi, apabila hasil usaha sempena ulang tahun ke-30 UiTM Melaka itu berjaya dicatatkan di dalam Malaysia Guinness Book of Record.

Menurut Penolong Rektornya, Dr Ismadi Md Badarudin, usaha yang julung kali diadakan itu itu menggunakan sebanyak 37,400 bekas plastik dodol bersaiz kecil dan ia dijalankan oleh 40 pelajar dari pelbagai fakulti.

“Usaha ini berjaya dilakukan selama dua jam setengah sebelum terhasilnya logo UiTM yang tertera '30 Tahun UiTM' bersaiz 5.3 meter x 8.2 meter di ruang lobi, Pusat Islam Melaka” katanya selepas menerima sijil dari wakil Malaysia Guinness Book Of Record, Suhaila Shamsudin di sini, semalam.

Turut sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Md Zin Mansor dan Ketua Projek Pembinaan Logo tersebut, Maizatul Saadiah Mohamad.

 Tambah Dr Ismadi, pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM13,400 bagi menjayakan program berkenaan.

“Kesemua dodol yang digunakan ini akan dijual kepada orang ramai dengan harga RM10 bagi 10 bekas dan setakat ini sebahagiannya sudah ditempah lebih awal, sementara bakinya akan dijual di Karnival Keusahawanan dan Kesenian Islam bermula dari 6 hingga 8 Jun ini.

“Sementara hasil jualan, sebahagiannya akan disumbangkan kepada Aman Palestin manakala sebahagian lagi kepada Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) suatu badan yang ditubuhkan UiTM bagi membantu pelajar miskin dan lemah melanjutkan pelajaran,” katanya.


 Universiti Malaysia ni dah kenapa ?? bukankah Institut pengajian tinggi itu seharusnya menampilkan sesuatu yang ilmiah dan intelektual ?? sepadan dengan prestij mereka sebagai Institut pengajian tinggi. Jika mereka mencipta sesuatu yang berbakti kepada masyarakat dan menambah baik kehidupan masyarakat sekeliling mereka itu perbuatan yang harus dipuji. Tetapi apa sebenarnya yang kita dapat capai dengan membuat logo dari dodol ini ? adakah ini dapat menaikkan kadar IQ seseorang pelajar/mahasiswa,mahasiswi ?? Aku pun masih hairan di tahun 2014 ini kenapa masih wujud golongan yang mahu mencipta nama dan meraih publisiti dengan cara mudah tanpa bersusah payah mencapai kejayaan. Jika mahu mendabik dada dengan membuat logo dari dodol ini, suruh macik kampung pun mereka boleh buat, bukan mahu menghina penat lelah mereka menyusun dodol selama 2 jam 30 minit itu, tetapi jika difikirkan apa natijah nya menyusun dodol ini ?? Dapatkah menyusun dodol ini memulihkan ranking universiti Malaysia di ranking universiti dunia ?? Kita sendiri tahu mereka ini pelajar-pelajar yang boleh dianggap pandai kerana berjaya memasuki universiti tetapi kenapa ini yang mereka lakukan ?? kenapa tidak cipta sesuatu yang baru atau ber inovasi dari apa yang mereka pelajari di universiti dan mencipta sesuatu yang baru dari ilmu yang diperolehi itu ??