kali ini aku nak bercakap pasal bilik aku.aku sudah tinggal di bilik ini selama 6 tahun sejak hujung tahun 2006.lokasi rumah adalah dirahsiakan, yang menariknya ialah sejak 6 tahun lalu susunan katil,almari baju dan tempat sidai tuala masih di tempat sama kerana perabot ini berat dan susah hendak dialihkan. katil aku pulak bukannya jenis DIY, katil ni disambung menggunakan mesin yang dipasang oleh wakil dari pihak kontraktor. yang berubah hanyalah lampu di siling bilik, asalnya lampu di siling bilik ni berbentu bulat dan tahun lepas lampunya ditukar dengan jenis lampu kalimatang.
begitu jugak dengan meter kipas di bilik ni.kipas lain di rumah ni semuanya hanya boleh on bila meter 3,4,5 digunakan sebab dah 6 tahun hanya 3,4,5 saja digunakan 1,2 dah tak boleh pakai. tapi lain ceritanya kipas di bilik aku,meter kipas ni sejak 6 tahun dulu hanyalah 1-2 saja kerana kawasan bilik dan rumah aku ni tak panas dan ada tingkap yang memberikan pengaliran haba yang baik. hanya dalam keadaan tertentu saja aku akan guna meter 3-4 iaitu jika tengah malam aku terjaga sebab panas oleh itu meter kipas akan dinaikkan dan jika badan aku sudah cool down jadi meter kipas akan ditukar semula kepada 1-2.
bilik ni jugak boleh digelar perpustakaan di rumah ni kerana di sini lah letaknya majalah G3,GILA GILA,ROTTW DAN WISEL.sebab tu aku tak pernah bosan kalau menghabiskan masa seharian di bilik kerana bilik dah macam library dan bila bosan,aku belek la majalah lama aku untuk hilangkan kebosanan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.