Saturday, November 17, 2012

Ibra Dan Kryptonite Nya


ini Zlatan Ibrahimovic, juga dikenali ibra kadabra - sejenis jampi mantera. dengan fizikal yang besar dan tinggi tak mustahil ibra mampu membuli sesiapa yang dibencinya, kerana ibra juga ada tali pinggang hitam taekwando pada usia 17 tahun.jadi setiap kelab yang dia pernah bermain mesti ada rekod disiplin seperti bergaduh dengan jurulatih,bergaduh dengan rakan sepasukan semasa sesi latihan dan menampar pemain pasukan lawan dalam perlawanan sebenar

tetapi ibra ini ada kelemahannya iaitu helena seger, helena seger ini bukan bidadari,penyanyi,pelakon juga selebriti tetapi helena ini ibarat batu kryptonite kepada ibra seperti superman lemah kepada batu kryptonite.helena seger hanyalah seorang wanita berusia 11 tahun tua dari ibra,bekas supermodel,bekas pemain bolasepak wanita,seorang eksekutif pemasaran. itu bukan status menarik minat ibra untuk memikat helena tetapi kerana helena itu satu-satunya individu yang berjaya mengawal tingkah laku ibra,mengajarnya cara mengawal panas baran,menjaga budi bahasa.


aku berharap andi khairul bertemu wanita yang mampu mengawal nya,kalau aku yang sekarang ni pun panas baran,apatah lagi anak aku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.