Filem
lakonan Kumpulan KRU ini ditayangkan pada 1995 dan tidak banyak info di google
sebab movie ni tak diterbitkan ke dalam format VCD jadi yang aku tengok di
youtube tu dalam format VHS atau tape video.
Korang faham-faham la kualiti VHS ni macam mana….
Cerita
bermula dengan seorang lelaki melarikan diri selepas kelibatnya disedari 2
orang konco gangster. Semasa dia berada kawasan parking kereta dia memasukkan disket ke dalam kereta Suzuki Vitara milik orang lain, kemudian
dia berjaya ditangkap oleh 2 orang samseng itu dan ditembak mati.
Norman
yang ketika itu baru saja selesai membuat persembahan di sebuah kelab malam
bersama ahli kumpulannya terkejut
melihat 2 orang tidak dikenali mengintai ke dalam kereta nya, setelah menyergah
2 orang lelaki itu mereka pun lari. Semasa hendak memainkan CD, Norman hairan
kenapa ada disket di sebelah tempat duduk pemandu tanpa disedari dia diekori
oleh 2 orang lelaki yang telah membunuh lelaki tadi.
Mereka
berjaya menceroboh masuk ke halaman rumah Norman tetapi gagal menemui disket
itu. Norman bertanyakan kepada Yusri adakah disket itu miliknya Yusri menafikan
kerana dia tidak memiliki komputer, Edry juga menafikan disket itu miliknya.
Mereka membuka file disket itu tetapi tidak dapat difahami isinya kerana ianya rumit dan ada
melibatkan statistik,nombor dan formula di dalam soft copy itu. Seperti cliché nya
filem melayu, kesemua mereka ini memilik masalah masing-masing, Norman terjebak
dalam friendzone dengan Linda Rafar dan Emilia, kawannya semasa di
Medan,Indonesia yang datang ke Malaysia sebagai penyanyi tetapi menggunakan nama pentas, Nirmalia.
Yusri
pula dihimpit masalah kerana sering menjadi tempat mengadu oleh Leina Hangat ( aku lupa nama
watak dia dalam filem ni) yang ditinggalkan bekas kekasihnya lakonan Edika Yusof. Yusri dahulunya selalu mengikuti geng
bermotosikal berkuasa tinggi Edika Yusof tetapi kemudian dia tidak lagi bersama
grup itu dan menghabiskan masanya bekerja sambilan di stesen minyak, berlatih muzik
bersama rakan-rakannya,bermain muzik di kelab malam dan menghadiri kuliah.
Yusri makin terseksa bila Edika Yusof meninggalkan Leina dan mahu dia
mengugurkan kandungannya, Norman juga memarahi Leina kerana sejak melepak
bersama Edika dia meninggalkan mereka semua dan tidak mempedulikan nasihat
mereka supaya jangan terlalu rapat dengan Edika. 1 hari bapa kepada Leina
menemui Dekan dan bertanya kerana sudah
3 bulan dia tidak pulang ke rumah dan
tidak menghadiri kuliah. Leina mati dan Yusri bersedih kerana Edika memaksa Leina mengugurkan kandungan itu
Edry
pula sering di marahi oleh ibu nya kerana kedua-dua ibu bapanya sibuk dengan
kerjaya masing-masing, ibunya mengesyaki ayahnya mempunyai skandal dengan
seorang penyanyi, dalam masa yang sama ibunya pula mempunyai skandal dengan seorang lelaki. Edry
akhirnya menemui bapanya secara tidak sengaja di semasa berkunjung ke kelab
malam bersama rakan-rakan dan disitu terbukti apa laporan di akhbar yang
bapanya benar-benar mempunyai skandal dengan seorang artis wanita, dia
mendekati bapanya itu dan berpura-pura tidak mengenalinya dan meminjam lighter, bapanya memberi amaran jangan memberitahu perkara itu pada
ibunya.
Tetapi
itu semua tidak menjejaskannya kerana dia menghabiskan waktu lapangnya
bersama Norman,Yusri dan dance kru, dia juga selalu melepak di rumah Mahmud ali
bashah (aku lupa nama watak dia ) dan Husni, classmate kepada Edry, juga
housemate kepada Mahmud Ali Bashah. Tanpa disedari MAB ini
seorang gay dan sebab itu dalam filem ini kelihatan sentuhan manja dan belaian
songsang dari dia terhadap Edry, dalam kemesraan MAB itu wujud
perasaan cemburu dari Husni, berkemungkinan dia ini gay partner kepada MAB. Di hujung movie didedahkan oleh Husni sendiri bahawa Mahmud menghidap
HIV positif dan husni juga mengakui dia berkemungkinan dijangkiti.
Norman
memberikan disket itu kepada seorang pakar komputer di kolejnya tetapi dia juga
gagal memahami apa isi kandungan disket itu dan norman memberikan disket itu
kepada Prof untuk membongkar apa isi penting di dalam disket itu, kata Prof
itu Norman tidak perlu tahu kerana disket
itu bakal membahaya kan hampir separuh penduduk bumi dan disket itu akan berada
di bawah simpanan nya untuk tujuan keselamatan ( dah macam cerita kartun
kanak-kanak pun ada dengan data yang hanya disimpan dalam disket 1mb boleh
membahayakan separuh penduduk bumi kah kah kah!!! )
kematian lelaki di awal movie itu didedahkan bahawa dia seorang mahasiswa dan data dalam disket yang ada padanya adalah maklumat penting yang ingin dimiliki oleh Prof ( Jalalludin Hassan)
kemuncaknya
Nirmalia diculik dan mereka bertiga menemui penculik itu untuk menyerahkan
disket itu dan Nirmalia terkejut kerana Profesor Rahman ( Jalalludin Hassan) adalah
pakciknya dan kemudian tempat itu diserbu Polis, Prof Rahman ditangkap dan di
akhir cerita Norman yang masih belum berani meluahkan isi hati kepada Emilia memberikan kaset yang mengandungi
lagu terbarunya, Emilia menerima cinta norman dan cerita berakhir disitu …sejujurnya
cerita AWAS ini tiada yang menarik jalan ceritanya patut lah tidak banyak info
mengenai movie ini di internet