Tuesday, October 1, 2013

Filem AWAS 1995



  


Filem lakonan Kumpulan KRU ini ditayangkan pada 1995 dan tidak banyak info di google sebab movie ni tak diterbitkan ke dalam format VCD jadi yang aku tengok di youtube tu dalam format VHS atau tape video.  Korang faham-faham la kualiti VHS ni macam mana….
 
Cerita bermula dengan seorang lelaki melarikan diri selepas kelibatnya disedari 2 orang konco gangster. Semasa dia berada kawasan parking kereta dia memasukkan disket ke dalam kereta Suzuki Vitara milik orang lain, kemudian dia berjaya ditangkap oleh 2 orang samseng itu dan ditembak mati.

Norman yang ketika itu baru saja selesai membuat persembahan di sebuah kelab malam bersama ahli kumpulannya terkejut melihat 2 orang tidak dikenali mengintai ke dalam kereta nya, setelah menyergah 2 orang lelaki itu mereka pun lari. Semasa hendak memainkan CD, Norman hairan kenapa ada disket di sebelah tempat duduk pemandu tanpa disedari dia diekori oleh 2 orang lelaki yang  telah membunuh lelaki tadi.

Mereka berjaya menceroboh masuk ke halaman rumah Norman tetapi gagal menemui disket itu. Norman bertanyakan kepada Yusri adakah disket itu miliknya Yusri menafikan kerana dia tidak memiliki komputer, Edry juga menafikan disket itu miliknya. Mereka membuka file disket itu tetapi tidak dapat difahami isinya kerana ianya rumit dan ada melibatkan statistik,nombor dan formula di dalam soft copy itu. Seperti cliché nya filem melayu, kesemua mereka ini memilik masalah masing-masing, Norman terjebak dalam friendzone dengan Linda Rafar dan Emilia, kawannya semasa di Medan,Indonesia yang datang ke Malaysia sebagai penyanyi tetapi menggunakan nama pentas, Nirmalia.

Yusri pula dihimpit masalah kerana sering menjadi tempat mengadu oleh Leina Hangat ( aku lupa nama watak dia dalam filem ni) yang ditinggalkan bekas kekasihnya lakonan Edika Yusof. Yusri dahulunya selalu mengikuti geng bermotosikal berkuasa tinggi Edika Yusof tetapi kemudian dia tidak lagi bersama grup itu dan menghabiskan masanya bekerja sambilan di stesen minyak, berlatih muzik bersama rakan-rakannya,bermain muzik di kelab malam dan menghadiri kuliah.

 Yusri makin terseksa bila Edika Yusof meninggalkan Leina dan mahu dia mengugurkan kandungannya, Norman juga memarahi Leina kerana sejak melepak bersama Edika dia meninggalkan mereka semua dan tidak mempedulikan nasihat mereka supaya jangan terlalu rapat dengan Edika. 1 hari bapa kepada Leina menemui Dekan dan bertanya  kerana sudah 3 bulan dia tidak  pulang ke rumah dan tidak menghadiri kuliah. Leina mati dan Yusri bersedih kerana Edika memaksa Leina mengugurkan kandungan itu

Edry pula sering di marahi oleh ibu nya kerana kedua-dua ibu bapanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, ibunya mengesyaki ayahnya mempunyai skandal dengan seorang penyanyi, dalam masa yang sama ibunya pula mempunyai skandal dengan seorang lelaki. Edry akhirnya menemui bapanya secara tidak sengaja di semasa berkunjung ke kelab malam bersama rakan-rakan dan disitu terbukti apa laporan di akhbar yang bapanya benar-benar mempunyai skandal dengan seorang artis wanita, dia mendekati bapanya itu dan berpura-pura tidak mengenalinya dan meminjam lighter, bapanya memberi amaran  jangan memberitahu perkara itu pada ibunya. 

Tetapi itu semua tidak menjejaskannya kerana dia menghabiskan waktu lapangnya bersama Norman,Yusri dan dance kru, dia juga selalu melepak di rumah Mahmud ali bashah (aku lupa nama watak dia ) dan Husni, classmate kepada Edry, juga housemate kepada Mahmud Ali Bashah. Tanpa disedari MAB ini seorang gay dan sebab itu dalam filem ini kelihatan sentuhan manja dan belaian songsang dari dia terhadap Edry, dalam kemesraan MAB itu wujud perasaan cemburu dari Husni, berkemungkinan dia ini gay partner kepada MAB. Di hujung movie didedahkan oleh Husni sendiri bahawa Mahmud menghidap HIV positif dan husni juga mengakui dia berkemungkinan dijangkiti. 

Norman memberikan disket itu kepada seorang pakar komputer di kolejnya tetapi dia juga gagal memahami apa isi kandungan disket itu dan norman memberikan disket itu kepada Prof untuk membongkar apa isi penting di dalam disket itu, kata Prof  itu Norman tidak perlu tahu kerana disket itu bakal membahaya kan hampir separuh penduduk bumi dan disket itu akan berada di bawah simpanan nya untuk tujuan keselamatan ( dah macam cerita kartun kanak-kanak pun ada dengan data yang hanya disimpan dalam disket 1mb boleh membahayakan separuh penduduk bumi kah kah kah!!! ) 

kematian lelaki di awal movie itu didedahkan bahawa dia seorang mahasiswa dan data dalam disket yang ada padanya adalah maklumat penting yang ingin dimiliki oleh Prof ( Jalalludin Hassan)
kemuncaknya Nirmalia diculik dan mereka bertiga menemui penculik itu untuk menyerahkan disket itu dan Nirmalia terkejut kerana Profesor Rahman ( Jalalludin Hassan) adalah pakciknya dan kemudian tempat itu diserbu Polis, Prof Rahman ditangkap dan di akhir cerita Norman yang masih belum berani meluahkan isi hati  kepada Emilia memberikan kaset yang mengandungi lagu terbarunya, Emilia menerima cinta norman dan cerita berakhir disitu …sejujurnya cerita AWAS ini tiada yang menarik jalan ceritanya patut lah tidak banyak info mengenai movie ini di internet

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.