Tuesday, February 25, 2014

Muet... @ Taman Melati

dalam pukul 9.30 tadi aku baru je selesai speaking test MUET aku. Grup aku ada 3 orang calon dari Kuota 4 orang sepatutnya. Aku calon A, topik dia pasal Neighbourhood, macam mana nak bina/jaga hubungan baik dengan jiran... aku dengan blur nya bagi la point-point se bijak yang boleh...last2 examiner tanya untuk dapatkan huraian.. nak mampus jugak aku rasa sebab dah la aku tak penah ambik MUET dah tu calon pertama plak tu dari 3 orang calon...memang rendah la markah Task A aku

Masuk ke task B plak lebih kepada perbincangan berkumpulan, mujur la ada dari 3 calon ni ada 2 orang pilih point yang sama  iaitu menyambut perayaan bersama-sama, jadi aku dan calon tu menangkan point tu sebab aku target point tu aku mampu berfikir dan bagi hujah-hujah yang power lagi angkuh.... dan grup ni bersetuju dengan point tu berbanding point ' bercuti bersama jiran ' macam examiner suruh bincangkan...oh god u save my day !!!

Lepas ni tinggal 3 paper lagi iaitu Reading,Writing dan Listening pada 8 mac 2014 nanti...Amin....

Saturday, February 15, 2014

TV Berbayar Di Malaysia

Setelah aku mengembara di alam IT untuk meneroka pakej-pakej tv berbayar baik satelit mahupun IPTV aku rasa pakej bulanan yang disediakan di negara luar jauh lebih murah jika kita lihat harga pakej nya tanpa menukar mata wang itu kepada ringgit malaysia.


Nami Cob Nobbler

Gambar ini diambil dari sisipan mingguan Utusan Malaysia iaitu Citra Orang Muda. Nami Cob Nobbler ialah penulis dan juga blogger kegemaran aku sejak 2011 iaitu zaman Teh Tarik Gelas Besar Masih lagi wujud di blogspot, kini TTGB beroperasi dari Tumblr, Sebab nak mengenali Nami jugak aku membeli kesemua novel-novel tulisan dia seperti Awek Chuck Taylor, Diorama Eksistens, Lelaki Eksistensial, Pengejar Bintang, Rokok Nan Sebatang, Bayang, Bau Semangat Anak Muda

Tahniah !! akhirnya ada jugak blogger berkualiti dipilih masuk ke Citra Orang Muda dari blogger picisan sebelum ini




Friday, February 14, 2014

Minat Baru

Sejak menyampah dengan kenaikan bil astro ni, aku mula berminat untuk mendalami pasal pakej- pakej Tv berbayar dan digital di luar negara. Sepanjang 2 bulan menelaah itu semua, banyak input-input yang aku belajar dan paling penting. Caj bulanan televisyen berbayar di luar negara jauh lebih murah dari @Stro milik Malaysia, dan paling penting ! diorang takde masalah siaran sewaktu hujan

Rekod BARU !!!!

Kali pertama sepanjang 2 tahun ++ aku memilik blog ni aku langsung tak update apa-apa.... terkejut jugak aku bulan januari 2014 langsung takde sebarang update... sekarang aku rasa sindrom post-blogspot dimana blogger sejak melibatkan diri dalam instagram,twitter,flickr,tumblr mula malas untuk berblogging.... +_+ ??