dalam pukul 9.30 tadi aku baru je selesai speaking test MUET aku. Grup aku ada 3 orang calon dari Kuota 4 orang sepatutnya. Aku calon A, topik dia pasal Neighbourhood, macam mana nak bina/jaga hubungan baik dengan jiran... aku dengan blur nya bagi la point-point se bijak yang boleh...last2 examiner tanya untuk dapatkan huraian.. nak mampus jugak aku rasa sebab dah la aku tak penah ambik MUET dah tu calon pertama plak tu dari 3 orang calon...memang rendah la markah Task A aku
Masuk ke task B plak lebih kepada perbincangan berkumpulan, mujur la ada dari 3 calon ni ada 2 orang pilih point yang sama iaitu menyambut perayaan bersama-sama, jadi aku dan calon tu menangkan point tu sebab aku target point tu aku mampu berfikir dan bagi hujah-hujah yang power lagi angkuh.... dan grup ni bersetuju dengan point tu berbanding point ' bercuti bersama jiran ' macam examiner suruh bincangkan...oh god u save my day !!!
Lepas ni tinggal 3 paper lagi iaitu Reading,Writing dan Listening pada 8 mac 2014 nanti...Amin....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.