Wednesday, March 19, 2014

Maksud Half Brother Dan Step Brother

Pada mulanya aku fikirkan 2 perkataan ini membawa maksud yang sama tetapi rupanya berbeza, Half brother ialah mereka yang berkongsi ibu/bapa yang sama tetapi ibu/bapa mereka berkahwin lain. Step Brother pula si A dan B yang sudah bercerai tetapi mempunyai anak berkahwin untuk kali yang kedua dan anak-anak mereka itu dianggap Step Brother melalui ikatan perkahwinan yang terjalin antara Si A dan B. Ini pada pandangan dan pemahaman orang barat lah.



 Half Brother -

Contohnya Khairul berkahwin dengan kamelia, tetapi bercerai dan mereka mempunyai 1 orang anak bernama Khairil. Kemudian Khairul berkahwin buat kali kedua dengan Kamariah, yang masih bujang. Apabila Kamariah mengandung dan melahirkan anak bernama Khairudin jadi dia adalah HALF BROTHER kepada Khairil kerana mereka berkongsi  bapa yang sama.


Step Brother -

Lawrence berkahwin dengan Laura, Lawrence sudah mempunyai anak bernama Fabrice dari perkahwinan terdahulu yang berakhir dengan perpisahan. Laura pula ibu tunggal yang juga memiliki anak dari perkahwinan sebelum ini bernama Venice dan Candice. Jadi Fabrice,Venice dan Candice adalah STEP BROTHER kerana mereka berasal dari ibu dan bapa yang berbeza tetapi dianggap Step Brother kerana disatukan pertalian menerusi perkahwinan kedua ibu-bapa mereka.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.