Wednesday, August 13, 2014

Corned Beef Greatwall


Dulu time kecik-kecik aku selalu makan daging corned beef ni, daging yang diawet dengan  garam dan dibungkus dalam tin, macam sardin dan tuna dalam tin jugak lah. Corned Beef ni popular di UK dan semasa era perang dunia ke 2 dimana bekalan daging lembu terpaksa dicatu kerana kekurangan bekalan. Semasa aku duduk kat Sarawak dulu corned beef ni selalu di makan bila takde makanan lain, maklumlah daging segar kan mahal jadi makan daging perap je lah. Nak masak corned beef ni campurkan dengan hirisan bawang besar pastu goreng dan tambah sikit garam bagi rasa pastu makan la dengan nasik putih.

Sejak berpindah ke Malaya, aku tak jumpa corned beef ni dijual di pasarraya tak tahu kenapa, mungkin orang sini tak biasa makan daging lembu perap. Tapi bila tengok statement paper di bawah ni boleh putus selera aku nak makan corned beef greatwall ni.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.