Friday, May 8, 2015

Kawan Dan Gajet



Harini hampir semua dari kita memiliki smartfon tetapi pengguna rata-rata masih belum 'smart' kerana terlalu asyik 'berbual' di internet dari berbual di dunia nyata. Trend ini bukan baru lagi kerana sejak 10 tahun lalu lagi sudah ada telefon pintar teknologi 3G tetapi pada masa itu tabiat bergaul di gajet ini belum lagi kritikal seperti hari ini. 


Contoh mudah, di meja makan di mana kita bertemu dengan kawan untuk sekian kalinya tidak berjumpa. Tetapi sampai saja di meja terus jibauk ini membuka henfon nya tanpa mempedulikan rakan-rakannya di sekeliling. Kalau kau setakat main henfon baik duduk di rumah atau melepak bersendirian saja.



Dahulu, mereka yang asyik berkepit dengan henfon ini kami gelar mat SMS sebab terlalu leka ber sms dengan girlfriend. Hari ini spesies ini bukan setakat ber sms tetapi dia juga ber wassap, tweet dan  instagram. Harap-harap la spesies ini cepat mampus dan tak membiak kerana tabiat keji ini mampu membuatkan masyarakat kita hilang sifat saling tegur menegur dan meruntuhkan institusi persahabatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.