Wednesday, July 1, 2015

Filem Ah Boys To Men Bahagian 1


Filem tentang kisah anak-anak muda Singapura yang wajib menjalani kerah tenaga/khidmat negara ini di ilhamkan dari dokumentari Every Singaporean Son. Pengarahnya, Jack Neo menyuntik sedikit pengalamannya semasa menjalani latihan khidmat negara di samping keseluruhan babak dalam filem ini memaparkan rutin harian pelatih khidmat negara ini pada hari ini.
Di awal filem ini dipaparkan Singapura berada dalam krisis apabila mereka diserang oleh pihak musuh ( tidak dipastikan sama ada Malaysia atau Indonesia ) oleh sebab itu seluruh negara kini berada dalam darurat dan mereka yang pernah terlibat dan sedang terlibat dalam khidmat negara kini dipanggil untuk bertugas.



Rupa-rupanya itu hanyalah simulasi permainan video yang dimainkan oleh Ken Chow, seorang anak muda yang dalam dilema. Sama ada mengikut teman wanita nya bersama-sama melanjutkan pelajaran ke luar negara atau menghabiskan masa 2 tahun dalam khidmat negara. Gf nya tidak mahu membuang masa menunggu dia tamat latihan 2 tahun dan memilih untuk berpisah dengan dia. Tambahan pula Ken sering dimomokkan tentang betapa teruk dan sukarnya hidup semasa dalam kerah tenaga oleh pakciknya,  berbanding bapa nya pula  yang mahu Ken menjadi rekrut cemerlang dan mendapat tawaran ke sekolah tentera untuk pangkat yang lebih baik, kerana dia gagal mencapainya sewaktu berkhidmat dulu.

Aloysius Jin pula remaja yang benar-benar mahu menjadi yang terbaik dalam kumpulannya dan telah membuat persiapan dan persediaan lebih awal dari pelatih-pelatih lain. Dia suka rela untuk menyertai khidmat negara ini berbanding rakan-rakannya yang terpaksa mendaftar. Aloysius pula tidak begitu setiakawan kerana lebih bersikap individualistik seperti tidak merokok dan melakukan kesalahan disiplin seperti rakan-rakannya yang lain. Sikap ini mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan pelatih lain walaupun mereka tahu dia cuba memberikan contoh yang baik dan dia sering dipuji oleh Sarjan Platun kerana disiplin dan sahsiah terpuji nya.



Mereka bertemu dalam kampeni yang sama, kampeni Ninja dan untuk tempoh 2 bulan menjalani Basic Military Training ini mereka perlu bekerjasama bukan setakat sebuah platun tetapi juga sebagai band of brothers. Mereka juga berkenalan dengan Platun Sarjan, Sarjan Alex Ong yang bertindak sebagai abang dan pemimpin kepada mereka. Mujurlah PS Ong tidak begitu tegas dan kasar seperti pegawai yang lain.


Ken dan Aloysius berkongsi bilik dengan pelatih-pelatih lain seperti Luo Bang, opportunis dalam kerah tenaga itu dengan menjual barang-barang keperluan pelatih seperti bateri telefon kerana mereka tidak dibenarkan menggunakan telefon berkamera di dalam kem dan hanya telefon biasa saja boleh digunakan. Mereka juga dilarang dari ber internet dan mengecas telefon, jadi peluang ini digunakan oleh Luo Bang untuk menjual bateri telefon.

IP Man, jejaka kacak yang penakut dan lemah mental, Ismail, pemuda melayu yang tak tahan lasak dan Muthu, rekrut yang lemah lembut. Ada juga rekrut lain yang tidak dinyatakan dengan lebih teliti nama mereka. Mungkin hanya mahu menumpukan pada watak-watak utama dan pembantu ini
.

Ken, melakukan pelbagai jenis helah untuk dia dikecualikan dari menyertai kerah tenaga ini, sikap pentingkan diri nya ini menjadi-jadi kerana dibantu oleh ibunya yang berusaha keras supaya dia dikecualikan. Ken berjaya merealisasikan rancangannya apabila dia mengalami dehidrasi yang teruk akibat tidak minum air semasa rehat dan menyebabkan badannya mengalami kepanasan yang teruk dan dikejarkan ke hospital. Bapa nya yang mendapat khabar buruk itu telah bergegas ke Hospital dan tiba-tiba dia diserang strok dan terlibat dalam kemalangan.



Ken sedar, ini semua berpunca daripada nya. bapa nya kini mengidap lumpuh separuh badan dan pegawai atasan pula teruk dimarahi kerana gagal membendung masalah ini dari berlaku. Sejak itu Ken berubah sikap, dia kini lebih bertanggungjawab dan bermotivasi untuk mencapai apa yang bapanya impikan. Dia kini lebih mengutamakan keluarga dan rakan-rakan dari darah muda nya.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.