Wednesday, September 30, 2015

Pitch Perfect 2 2015


Para ahli kumpulan Barden Bellas kini berada di tahun terakhir mereka, untuk menamatkan pengajian mereka dengan jaya nya mereka tetapi reputasi mereka merudum kerana persembahan teruk mereka sewaktu malam gala harijadi Presiden Barrack Obama. Lantas mereka di gam dari mana-mana majlis yang menampilkan persembahan accapella.

Emily

Dengan kemasukan ahli baru seperti Flo dan Emily, Bella dijangka memiliki tenaga baru dan elemen baru dalam kumpulan mereka. Emily lebih beruntung kerana mendapat didikan dari ibunya yang dulu nya ahli Barden Bellas.
Flo
Becca masih bersama dengan Jesse, yang kini ketua Treblemaker. Treblemaker masih lagi pencabar Barden Bellas di universiti mereka. Becca dalam diam tanpa pengetahuan rakan-rakannya bekerja sebagai budak praktikal di studio muzik. Dia menarik perhatian dari bos nya kerana kreativiti nya yang berjaya menambah baik kualiti rakaman album sempena hari Krismas Snoop Dogg yang dalam pembikinan.


Untuk membersihkan reputasi yang tercalar, Barden Bellas merancang untuk menyertai pertandingan accapella di Denmark nanti. Laluan mereka tidak mudah kerana kemunculan kumpulan Das Machine yang lebih energetik mengganggu gugat kedudukan mereka. Disebuah parti mereka menyertai sebuah pertandingan nyanyian secara spontan tetapi tumpas kepada Das Machine kerana kurang team work sesama mereka.


Untuk memulihkan keyakinan mereka, Barden Bellas mengadakan kem bina semangat dan disitu mereka berjumpa semula dengan Aubrey, senior mereka yang berkhidmat disitu. Chloe, rakan Aubrey sejak sama-sama di dalam Barden Bellas masih belum bersedia untuk meninggalkan alam kuliah dan dia sudah berada dalam Barden Bellas sejak Beca dan yang lain di tahun pertama lagi !




Barden Bellas kini berada di Copenhagen untuk pertandingan accapella antara negara-negara. Mereka mewakili Amerika, menggunakan lagu ciptaan Emily dan dibantu oleh veteran Barden Bellas yang lain mereka berjaya bergelar juara.



Tuesday, September 15, 2015

Filem Hansel Vs Gretel 2015


Sequel kepada filem Hansel dan Gretel 2013, watak Gretel dalam filem ini dimainkan oleh Lilli Baross, bukan lagi Stephanie Greco dalam filem terdahulu. Brent Lydic masih lagi berperanan sebagai Hansel, cuma kali ini dia lebih matang dan kuat berbanding dahulu kerana kini dia menjadi pemburu ahli sihir.



Gretel pula masih meneruskan perniagaan Gingerbread House, akan tetapi disebabkan darahnya sudah tercalit pada surat perjanjian dengan Lilith dahulu kini dia menjadi ahli sihir kerana perjanjian itu. Mereka kini tinggal bersama nenek mereka, setelah kematian bapa. Hansel tidak lagi menetap bersama, lebih selesa meneruskan misi nya sebagai pemburu hantu.




Para sahabat ahli sihir Lilith kembali ke Gingerbread House kerana mereka mengesan sesuatu yang tidak kena pada tempat itu. Gretel yang keseorangan berjanji untuk membantu mereka bersama-sama mencari pembunuh Lilith. Hansel pula kebetulan kembali ke sana kerana menyiasat kes kehilangan orang tempatan. Dia terkejut kerana Gretel menjual pai daging, sama seperti yang dijual Lilith dulu iaiti pai yang ber intikan daging manusia. Tanpa diketahui nya daging dan darah yang terkandung dalam pai itu adalah milik mereka yang dibunuh kejam oleh Gretel.





Sepanjang cerita ini Hansel gagal mengesyaki sesuatu yang aneh pada Gretel kerana dia pandai memanipulasikan keadaan, dia berpakat dengan rakan-rakan Lilith dalam masa yang sama dia memerangkap Hansel untuk masuk ke perangkap dan membunuh ahli sihir itu satu demi satu. Supaya memudahkan kerja dia untuk menghapuskan mereka. Dibantu oleh Willy dan Jacob, kawan lama Hansel mereka cuba menjejaki dimana letaknya tempat persembunyian para ahli sihir itu.




Gretel yang sudah hilang kewarasan nya telah membunuh nenek mereka dan dia berpura-pura dia telah diserang oleh ahli sihir, Jacob dibunuh dan begitu juga Willy, misi Gretel untuk menghidupkan semula Lilith berjaya, Cthonia - satu-satu kawan ahli sihir Lilith yang masih hidup telah dibunuh oleh Gretel kerana niatnya mahu merampas kawasan Lilith. Paling mengejutkan, Willy yang selama ini menemani Hansel rupa-rupanya ahli sihir yang paling agung ! dia membunuh Lilith

Kuasa Gretel gagal menandingi ahli sihir agung itu, kemudian Hansel bertindak pantas dengan menikam di tengkuknya dan mati. Hansel menembak Gretel untuk melemahkannya dan kemudian membawanya lari bersama atas dasar kasih sayang.

Monday, September 14, 2015

Filem Hansel And Gretel 2013

Sebuah lagi naskah mockbuster dari The Asylum, Hansel dan Gretel yang dikeluarkan untuk mendapat tempias dari filem Hansel & Gretel Witch hunter yang dikeluarkan pada tahun 2013.
Dengan bajet sekitar 135 000 Us Dollar, filem ini masih boleh ditonton kerana lebih banyak menggunakan practical effect berbanding CGI murah seperti kebiasaan filem keluaran The Asylum yang lain.


Gretel bekerja di Gingerbread House, sebuah kedai menjual manisan dan biskut. Kepunyaan seorang wanita tua bernama Lilith. Hansel, kembar kepada Gretel adalah remaja yang masih belum mempunyai hala tuju selepas tamat persekolahan. Bapa mereka merancang untuk berkahwin dengan teman wanita nya yang tua sedikit dari Hansel dan Gretel. Dia bercadang untuk berkahwin lagi dan menjual rumah mereka untuk mengembara bersama pasangan baru nya. Hansel yang berang dengan tindakan itu marah dan pergi  ke hutan dimana mereka sering menghabiskan masa bersantai bersama mendiang ibu mereka.

Gretel menjejaki Hansel setelah dia terpijak perangkap beruang. Mereka mendapatkan rawatan di sebuah rumah di dalam hutan. Rupa-rupanya pemilik rumah itu ialah Lilith, majikan Gretel. Mereka bermalam di rumah Lilith. Keesokan harinya Gretel terkejut dimana Hansel, Lilith memberitahu di dihantar ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.


Misteri rumah itu terbongkar satu demi satu apabila Gretel terpandang sekeping gambar lama, Lilith bersama 3 orang anaknya, malangnya anak perempuan nya itu tidak hidup lama. 2 orang anak lelaki nya masih menjadi tanda tanya. Begitu juga dengan suami Lilith. Lilith memberikan Gretel sehelai kertas perjanjian dimana Gingerbread House itu akan menjadi miliknya kerana Lilith mahu bersara, secara tidak sengaja tangan Gretel terluka dan darahnya tercalit pada ruang persetujuan itu.


Gretel terjumpa kuku dan ada sebuah peti yang merupakan laluan rahsia ke ruang bawah tanah, disitu dia terjumpa Hansel tahanan lain.
Hansel tersedar dari tidur dan dia berada di ruang bawah tanah bersama 3 lagi tahanan. Mereka diberi makanan sedap-sedap dan apabila cukup masanya mereka akan disembelih dan dimakan oleh Lilith Bobby dan John, 2 orang anak lelaki nya.

Bapa dan ibu tiri mereka buntu dimana 2 orang beradik itu berada, mereka meminta bantuan Sheriff untuk mengesan kemana mereka berdua pergi. Dari sekeping gambar lama, mereka mendapat petunjuk untuk menjejak dimana Hansel dan Gretel berada, mereka pergi ke hutan itu hanya bersama ibu mereka dan tidak pernah bersama bapa mereka.



Mereka ber empat nekad untuk lari meninggalkan rumah itu. Hansel dan Gretel mahu menyelamatkan Jane terlebih dahulu, tetapi Kevin pula hanya mahu melarikan diri tanpa mempedulikan Jane. Jane berjaya diselamatkan dengan Gretel membunuh Bobby, tetapi tiada jalan keluar yang mudah kerana John  itu licik dalam memasang perangkap. Mereka bertiga terkena gas halucinogen dan mengalami halusinasi.

Deputy Sheriff pergi ke Gingerbread House untuk menyiasat kehilangan Gretel tetapi dia dibunuh dengan kejam oleh Lilith. Jane mati dibunuh apabila kepala nya dihantukkan ke arah kepala paip oleh John. Hansel yang naik berang telah membunuh John, ibu bapa mereka sampai ke rumah Lilith tetapi dibunuh oleh Lilith. Sherif yang dalam perjalanan ke rumah Lilith telah terlanggar Kevin yang menyelamatkan diri dan mati disitu.


Sheriff dibunuh setelah dipanah oleh Lilith, Hansel dan Gretel dibawa kembali ke rumah Lilith mereka melarikan diri dan berjaya memerangkap Lilith untuk masuk ke dalam ruang pembakaran dan dia dibakar hidup hidup oleh mereka..

* Agak tidak logik juga apabila John dan Bobby mengorbankan mangsa untuk dimakan hampir setiap hari kerana yang memakan daging itu hanya mereka bertiga saja dan mana mungkin daging bersaiz orang dewasa itu mampu dihabiskan dalam masa sehari ? lain lah kalau dimakan untuk 15-30 orang.

Usaha The Asylum mengetengahkan cerita ini di zaman moden patut dipuji kerana Hansel & Gretel ini ialah kisah di zaman purba.

Kesan daripada perjanjian itu, Gretel mengalami perubahan dan seakan-akan dirasuki roh syaitan dan akan menyusul kelak Hansel Vs Gretel.

Friday, September 4, 2015

Filem Alpha House 2014

Satu lagi produk keluaran syarikat perfileman bajet rendah Hollywood, The Asylum. Filem ini dikeluarkan untuk meraih keuntungan atas filem Bad Neighbours, tetapi dari segi jalan ceritanya begitu berbeza sekali.


Alpha House ialah bergenrekan teen comedy, dan pastinya rating untuk filem ini ialah 18 ++. Plot nya lebih mirip dengan filem American Pie Naked Run dan Beta House, kerana jalan ceritanya lebih kepada situasi dalam kolej dan bermotifkan rumah fraterniti yang menjadi kebanggaan mereka.



Cameron dan Zack adalah dua pelajar Stirling College yang sudah bersedia untuk menyertai rumah Fraterniti Alpha, tetapi rancangan mereka untuk berseronok di rumah itu digagalkan kerana sebuah lagi badan sosial iaitu Delta Phi, sebuah sorority yang dianggotai oleh pelajar perempuan. Hasil campur tangan pembantu Dekan, Marshall menyebabkan Alpha terpaksa berkongsi rumah dengan Delta Phi yang diketuai oleh Kelly Kramer.

Ketua Alpha tidak bersetuju dengan penggabungan itu dan meninggalkan Cameron, Zack dan yang lain-lain berhempas pulas menyingkirkan ahli Delta Phi dari rumah itu. Pelbagai cara keji dilakukan oleh 2 buah persatuan itu untuk menyingkirkan ahli lawan masing-masing.




Di rumah itu Zack, bertemu semula dengan Melanie crush zaman sekolah nya dulu. Dari Melanie lah Zack mendapat tahu yang Kelly merancang menyingkirkan ahli Alpha dengan menggunakan syarat ke 13,  untuk menyingkirkan ahli Alpha dimana jika ahli Alpha tinggal 40% saja maka rumah itu kelak milik sepenuhnya sorority, Delta Phi.



Zack menggunakan helah mutlak nya dengan membawa masuk sepupu nya, Natalie menyertai Delta Phi dan bertindak sebagai duri dalam daging dengan memulakan tindakan salah laku yang menyebabkan beberapa ahli Delta Phi tersingkir. Tetapi helah itu diketahui setelah terbongkar maklumat Natalie itu sepupu kepada Zac.




Apabila ahli Alpha tinggal 40% rumah itu menjadi milik Delta Phi. Ahli alpha kini merempat tanpa rumah untuk didiami. Kemudiannya, pembantu Dekan  mendedahkan rancangan sebenarnya pada Kelly untuk menghapuskan rumah itu dari kolej Stirling, ahli Delta Phi kemudiannya diusir dan bekerjasama dengan Alpha untuk meminta bantuan Dekan, yang juga dahulunya ahli Alpha House sewaktu muda.

Dekan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan para pelajar itu menggunakan taktik kotor untuk membongkar salah laku disiplin Marshall. Mereka berjaya menggodam komputer Marshall dan mendapat tahu dia seorang sex maniac, jadi mereka telah memerangkapnya dan menggunakan bukti itu untuk menyingkirkan Marshall sekaligus membatalkan segala rancangan Marshall keatas rumah itu.