Satu lagi produk keluaran syarikat perfileman bajet rendah Hollywood, The Asylum. Filem ini dikeluarkan untuk meraih keuntungan atas filem Bad Neighbours, tetapi dari segi jalan ceritanya begitu berbeza sekali.
Alpha House ialah bergenrekan teen comedy, dan pastinya rating untuk filem ini ialah 18 ++. Plot nya lebih mirip dengan filem American Pie Naked Run dan Beta House, kerana jalan ceritanya lebih kepada situasi dalam kolej dan bermotifkan rumah fraterniti yang menjadi kebanggaan mereka.
Cameron dan Zack adalah dua pelajar Stirling College yang sudah bersedia untuk menyertai rumah Fraterniti Alpha, tetapi rancangan mereka untuk berseronok di rumah itu digagalkan kerana sebuah lagi badan sosial iaitu Delta Phi, sebuah sorority yang dianggotai oleh pelajar perempuan. Hasil campur tangan pembantu Dekan, Marshall menyebabkan Alpha terpaksa berkongsi rumah dengan Delta Phi yang diketuai oleh Kelly Kramer.
Ketua Alpha tidak bersetuju dengan penggabungan itu dan meninggalkan Cameron, Zack dan yang lain-lain berhempas pulas menyingkirkan ahli Delta Phi dari rumah itu. Pelbagai cara keji dilakukan oleh 2 buah persatuan itu untuk menyingkirkan ahli lawan masing-masing.
Di rumah itu Zack, bertemu semula dengan Melanie crush zaman sekolah nya dulu. Dari Melanie lah Zack mendapat tahu yang Kelly merancang menyingkirkan ahli Alpha dengan menggunakan syarat ke 13, untuk menyingkirkan ahli Alpha dimana jika ahli Alpha tinggal 40% saja maka rumah itu kelak milik sepenuhnya sorority, Delta Phi.
Zack menggunakan helah mutlak nya dengan membawa masuk sepupu nya, Natalie menyertai Delta Phi dan bertindak sebagai duri dalam daging dengan memulakan tindakan salah laku yang menyebabkan beberapa ahli Delta Phi tersingkir. Tetapi helah itu diketahui setelah terbongkar maklumat Natalie itu sepupu kepada Zac.
Apabila ahli Alpha tinggal 40% rumah itu menjadi milik Delta Phi. Ahli alpha kini merempat tanpa rumah untuk didiami. Kemudiannya, pembantu Dekan mendedahkan rancangan sebenarnya pada Kelly untuk menghapuskan rumah itu dari kolej Stirling, ahli Delta Phi kemudiannya diusir dan bekerjasama dengan Alpha untuk meminta bantuan Dekan, yang juga dahulunya ahli Alpha House sewaktu muda.
Dekan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan para pelajar itu menggunakan taktik kotor untuk membongkar salah laku disiplin Marshall. Mereka berjaya menggodam komputer Marshall dan mendapat tahu dia seorang sex maniac, jadi mereka telah memerangkapnya dan menggunakan bukti itu untuk menyingkirkan Marshall sekaligus membatalkan segala rancangan Marshall keatas rumah itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.