Thursday, June 2, 2016

Filem Demolition



Davis Mitchell - seorang pelabur yang berjaya, satu hari semasa berbual tentang peti sejuk di rumah mereka yang sudah bocor tiba-tiba kereta yang dipandu isterinya dan mereka tetlibat dalam kemalangan.

Isterinya terkorban tetapi Davis hanya cedera ringan. Isterinya sebenarnya mengandung dan berita seakan-akan tidak mengejutkan Davis. Seolah-olah dia baru saja bangun dari tidur yang panjang. Semasa di hospital, dia membeli snek dari mesin layan diri, tetapi snek itu tersangkut. Davis menelefon operator syarikat pembekal mesin layan diri itu supaya memulangkan wang nya kembali. Walaupun jumlahnya hanya 50 sen !! Davis pula bukanlah seorang yang miskin, dia tinggal di rumah banglo dan bekerjaya tetap di syarikat milik bapa mertua nya dan memegang jawatan besar. 

Pada satu malam selepas memecahkan dan meleraikan peti sejuk yang menjadi bahan leteran mendiang isterinya, Julia. Dia mendapat panggilan dari Karen, wakil dari syarikat pembekal mesin. Dari situ bermula lah hubungan persahabatan antara mereka walaupun pada awalnya Karen enggan bersemuka dengan Davis. Karen tinggal di sebuah rumah usang bersama pasangannya yang juga pemilik syarikat pembekal mesin itu, bersama seorang anak lelaki yang mempunyai masalah disiplin di sekolah. 

Secara tidak sengaja, semasa menaiki keretapi, Davis telah menegur seorang wanita. Dan tak lain tak bukan itu adalah Karen !. Davis akhitnya merasakan kehidupannya kembali bermakna. Selama ini dia hanya bangun-pergi kerja-pulang kerja-tidur, satu fasa yang cukup membosankan dalam hidupnya. 

Dia mula hilang pedoman dengan membayar kontraktor meroboh rumah, untuk melepaskan giannya. Tindakan Davis yang seperti orang hilang akal itu merisaukan bapa mertuanya, setelah dia meleraikan satu persatu komputer miliknya di pejabat. Dia akhirnya disuruh berehat. 

Chris, anak lelaki Karen mula berkawan dengan Davis setelah dia digantung persekolahan. Davis pula mula hilang akal apabula membawa Chris datang ke rumahnya dan meroboh rumah itu. Kerana rumah itu lambang kejayaan nya tetapi sebenarnya Davis kosong kerana dia tiada kawan untuk bersosial, tiada pengalaman manis untuk dikenang, tiada keluarga. 

Davis akhirnya mendapat tahu, mendiang isterinya sebenarnya mengandung anak hasil hubungan dengan orang lain. Orang yang melanggar kereta mereka semasa kemalangan itulah pasangan skandal isterinya. Apabila mendapat tahu semua itu, Davis menerima dengan tenang kerana dia tidak cintakan isterinya itu. Mendiang isterinya itu hanyalah platform kepadanya untuk mencapai status yang dimilikinya pada hari ini, iaitu status yang tidak ada makna pada hidupnya. 

Bapa mertuanya, Phil akhirnya menggunakan wang insuran milik Julia sebagai biasiswa kepada pelajar Universiti. Davis semasa zaman kolejnya bukanlah pelajar cemerlang, dia mengupgh seorang rakan untuk membuat segala paperwork itu. 

Davis mula menemui erti hidup yang sebenar, dimana dia rasa circle kehidupannya lebih ber erti dengan Chris dan Karen yang jadi tempatnya berkongsi cerita. Kini Davis lebih bersemangat untuk membina semula kehidupannya. 


Wednesday, June 1, 2016

Mirshad Hassan Kulasic

Mirshad, kini 22 tahun. Terkenal menerusi drama, Diari Ramadhan Rafique yang ditayangkan di TV3 pada bulan puasa 2006 dan 2007. Dalam drama itu dia memegang watak budak lelaki Perancis kacukan Melayu yang dihantar ke Malaysia untuk menjalani ibadah puasa bersama keluarga sebelah ibunya di Malaysia. Drama itu mendapat sambutan hangat dari kanak-kanak dan remaja, tetapi tidak didedahkan kenapa selepas drama itu Mirshad tidak lagi berlakon dalam mana-mana drama.

Dia yang berasal dari Bosnia Herzegovina datang ke Malaysia untuk mengikuti bapanya yang bekerja sebagai Chef.




Astro Hitz 705 Ditamatkan Siaran

Aku mula mengikuti siaran bercorak muzik tv ini pada 2004 pada waktu ia masih lagi dikenali sebagai Hitz.Tv sebelum ditukar kepada Astro Hitz, jangan terkeliru dengan HITS 720 yang menyiarkan siri tv,sitkom terkenal era 80an,90 an.

Awalnya siaran ini beroperasi pada  16 sebelum bertukar ke 705, setelah Astro mula menggunakan sistem 3 angka mulai Oktober 2007.

Pada waktu itu dimana YouTube masih belum wujud Hitz.tv ibarat YouTube pada remaja era itu untuk menonton video muzik-muzik hits terkini.

Paling diingati tentunya segmen Up 2 You, dimana para penonton diberi hak untuk mengundi video muzik mana yang mereka mahu mainkan untuk playlist seterusnya. Dan pada waktu inilah para pengundi akan berperang sesama sendiri bagi memastikan lagu kesukaan mereka dimainkan.

Sejak 2009 Hitz.tv menukar format mereka dengan lebih spesifik. Dengan setiap segmen atau slot waktu siaran mempunyai tema sendiri seperti Best Of British, yang hanya memainkan lagu-lagu dari Britain. Begitu juga homeboy, lagu-lagu artis tempatan dimainkan.
Tetapi Hitz.Tv terpaksa akur dengan persaingan semasa, dikala YouTube sudah mula tampil dalam format Vevo, begitu juga dengan kewujudan pemain muzik online seperti Spotify. Hitz.TV seakan akan tidak lagi relevan dikala pendengar muzik pada masa kini lebih gemar meluangkan masa mendengar lagu kegemaran mereka di smartphone berbanding menontonnya di tv.

Format siaran Hitz.tv yang masih lagi menggunakan format standard definition juga menyebabkan kualiti siaran mereka kurang digemari.

Dadah Dan Bolasepak Apa Kaitannya?

Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikat begitu dibenci penyokong kelab liga divisyen 2 Colombia, America De Cali.

Ini kerana semasa era Clinton, yang memerangi kartel dadah besar-besaran telah menyebabkan kelab mereka mengalami kemerosotan drastik.

Punca??  kelab ini dibiayai oleh adik-beradik Orejuela, Miguel dan Gilberto Orejuela. Yang juga kartel dadah di bandar Cali, dimana kelab ini terletak.

Hasil dana dari kartel Orejuela ini, kelab mereka pada masa itu antara kelab terbaik dunia, hanya dibelakang Juventus.

Kesan penangkapan 2 bersaudara ini yang kemudiannya di ekstradisi ke Amerika telah menyebabkan kelab ini tiada sumber kewangan untuk beroperasi. Kesan domino itu juga membawa kepada kejatuhan kelab ini.

Tiada yang pelik tentang dadah dan bolasepak di Colombia. Kerana hasil siasatan selepas pembunuhan Pablo Escobar, rata-rata kelab di Colombia dibiayai hasil wang penjualan dadah oleh kartel tempatan. Ini termasuk juga FA mereka!!

https://youtu.be/WNJDLWbv9j4