Wednesday, June 1, 2016

Astro Hitz 705 Ditamatkan Siaran

Aku mula mengikuti siaran bercorak muzik tv ini pada 2004 pada waktu ia masih lagi dikenali sebagai Hitz.Tv sebelum ditukar kepada Astro Hitz, jangan terkeliru dengan HITS 720 yang menyiarkan siri tv,sitkom terkenal era 80an,90 an.

Awalnya siaran ini beroperasi pada  16 sebelum bertukar ke 705, setelah Astro mula menggunakan sistem 3 angka mulai Oktober 2007.

Pada waktu itu dimana YouTube masih belum wujud Hitz.tv ibarat YouTube pada remaja era itu untuk menonton video muzik-muzik hits terkini.

Paling diingati tentunya segmen Up 2 You, dimana para penonton diberi hak untuk mengundi video muzik mana yang mereka mahu mainkan untuk playlist seterusnya. Dan pada waktu inilah para pengundi akan berperang sesama sendiri bagi memastikan lagu kesukaan mereka dimainkan.

Sejak 2009 Hitz.tv menukar format mereka dengan lebih spesifik. Dengan setiap segmen atau slot waktu siaran mempunyai tema sendiri seperti Best Of British, yang hanya memainkan lagu-lagu dari Britain. Begitu juga homeboy, lagu-lagu artis tempatan dimainkan.
Tetapi Hitz.Tv terpaksa akur dengan persaingan semasa, dikala YouTube sudah mula tampil dalam format Vevo, begitu juga dengan kewujudan pemain muzik online seperti Spotify. Hitz.TV seakan akan tidak lagi relevan dikala pendengar muzik pada masa kini lebih gemar meluangkan masa mendengar lagu kegemaran mereka di smartphone berbanding menontonnya di tv.

Format siaran Hitz.tv yang masih lagi menggunakan format standard definition juga menyebabkan kualiti siaran mereka kurang digemari.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.