Filem komedi ini dihasilkan pada 2012 tetapi hanya ditayangkan pada umum pada 2016 setelah label besar memiliki hak pengedaran keatas filem ini. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang baru saja menamatkan pengajian dan cabaran mereka untuk menempuhi hidup baru sebagai orang dewasa yang berdikari dan cabaran di alam pekerjaan.
Will dan Jillian adalah sepasang kekasih yang baru saja memasuki dunia pekerjaan, mereka menyangka dengan memiliki segulung ijazah mereka sudah cukup bersedia untuk memasuki alam baru tetapi sangkaan mereka meleset. Will datang ke firma internet yang mana dia menghabiskan masa cuti semesternya dengan bekerja sebagai budak internship secara percuma, malangnya tiada sebarang jawatan ditawarkan kepadanya kerana syarikat itu mengecilkan skala pekerjanya dimana para pekerja sedia ada turut diberhentikan.
Dia mencuba nasib dengan menjawat jawatan receptionist di sebuah motel tetapi dipecat kerana menjual bilik untuk khidmat pelacuran tanpa disedarinya tindakan itu salah disisi undang-undang. Semasa berkunjung ke kelab hiburan, dia mendapat nasihat dari seorang penari bogel untuk mengenali potensi diri yang ada pada dirinya dan memanfaatkan kelebihan itu. Akhirnya dia berjaya menjawat jawatan sebagai penyunting video korporat di sebuah syarikat penempatan pekerjaan terkemuka.
Teman wanitanya, Jillian pula hilang mata pencarian dan dibebani hutang akibat gaya hidup yang mewah. Will juga menetap bersama 2 sahabatnya yang sudah mempunyai pekerjaan tetap masing-masing iaitu Luke di syarikat pelaburan, Charlie pula Cikgu Sains dan Ethan sebagai Software Developer.
Tanpa pengetahuan ibunya, bapanya iaitu Roger diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi. Bapanya berpura-pura berpakaian kemas dan menghabiskan masa di kafe hipster untuk melayari internet dan mencari peluang pekerjaan baru. Bapanya terlebih dahulu menggunakan khidmat firma dimana Will kemudiannya ditawarkan jawatan di situ, tetapi kos penggunaan khidmat firma itu terlalu mahal dan menelan belanja 30 ribu.
Semasa bekerja sebagai receptionist, Will sempat merakam video untuk mempromosi khidmat yang ditawarkan oleh Skizzy D, bapa ayam. Video itu mendapat tontonan tinggi di youtube lantas menaikkan profail Will sebagai youtuber ternama.
Bosan dengan kehidupan korporat yang hipokrit, Will mula menanam impian untuk membangunkan jenamanya sendiri sebagai penyunting video tanpa perlu bergantung pada firma besar. Lantas dia memiliki kebebasan dalam berkreativiti tanpa batasan seperti yang ditetapkan oleh majikannya.
Bapanya akhirnya memiliki pekerjaan baru dan Will memilih untuk membangunkan kariernya sendiri sebagai penyunting video bebas. Bermula dengan menghasilkan video promosi deodoran dari sebuah jenama baru.
- Christopher Mint Plasse bekerja sebagai Software Developer dalam filem ini, kemudiannya dalam Filem Neighbour 2 Sorority Rising, dia ditanya tentang perkembangan kerjayanya sebagai Software Developer. Seakan-akan ada kesinambungan disitu walaupun dalam N2SR dia memegang watak yang berbeza dan tiada kaitan antara 2 filem ini.
- Walaupun watak-watak mereka dalam filem ini berusia awal 20an, usia sebenar mereka sewaktu pengambaran filem ini ialah Anna Kendrik 27, Brandon T Jackson 28.
- Anna Kendrick walaupun berusia 31 tahun, masih lagi diberikan watak remaja berusia 20 an padanya.
- Filem ini tidak memasuki pasaran Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.