Aiman, seorang pekerja di balai seni lukis. Sebagai seorang manusia normal, memang tidak lari dari masalah kehidupan. Tapi bagi Aiman dugaan demi dugaan yang menimpanya membuatkan dia jadi lari dari landasan agama, sering mempersoalkan perkara dan benda di sekelilingnya, kenapa tuhan jadikan ada manusia miskin, ada yang kaya. Mengapa daun pokok berwarna hijau tetapi tidak biru ??
Kemuncak kemarahan Aiman apabila ibunya meninggal dunia, ditambah pula dengan hubungannya dengan bapanya yang sentiasa dingin. Satu hari Aiman terlibat dalam kemalangan dan apabila sedar, dia sebenarnya berada di dunia yang tiada seorang pun manusia hidup. Dia jadi gembira kerana bebas melakukan apa sahaja. Tetapi tidak dapat lari dari kesunyian,
Sebenarnya Aiman menghidap sindrom Anton Babinski, dimana dia berada dalam dunianya sendiri. Tetapi sindrom itu dirahsiakan darinya sejak kecil. Watak Dr Chua menjadi jawapan kepada segala persoalan dalam filem ini. Dr Chua diamanahkan oleh mendiang bapanya yang juga seorang doktor untuk mengawasi perkembangan Aiman ini dari jauh, tanpa pengetahuan Aiman.
Aiman sebenarnya gila tetapi dia boleh berfikir menjadi waras dengan mesin yang dicipta oleh Dr Chua. Walaupun gila dan ' buat ' sementara, dia masih lagi boleh mempunyai deria sentuhan dimana dia boleh menerima dan merasa sebarang sentuhan dari orang lain di dunia nyata yang dia tak dapat lihat di dalam dunia nya sendiri.
Di dunia fantasi itu, Aiman bertemu Maya yang dia sangka sama manusia normal sepertinya, tetapi sebenarnya tidak. Dia juga mempunyai sindrom sama seperti Aiman. Sebab itu mereka boleh bertemu di dunia sama. Aiman yang sudah mendapat kewarasannya mengambil risiko untuk menyembuhkan Maya walaupun kelak dia mungkin buta. Bapanya yang mencari Aiman kesana kemari akhirnya mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Aiman yang sedang berimginasi dalam dunia nya sendiri untuk bertarung dengan musuhnya, Aiman yang berteraskan nafsu dan ketamakan.
Aiman selamat dan dia mendirikan rumah tangga bersama Maya. Bezanya kini dia walaupun buta, dia tidak lagi lapar pada nafsu duniawi yang merajai dirinya dulu.
* Kami lebih menumpukan pada aspek CGI dalam filem ini yang membuatkan filem ini menarik untuk ditonton. Bayangkan bagaimana pihak produksi berjaya ' mengosongkan ' kawasan yang sentiasa sesak dalam filem ini seperti depan Sogo, Chow Kit, Petaling Street dan Bukit Bintang.
Kami menonton filem ini di TGV Wangsa Walk Mall dan sedikit wujud elemen ' umpama mimpi dalam mimpi ' disini apabila babak Shamsul Yusoff menaiki scrambler dan masuk ke pusat beli belah Wangsa Walk Mall ini dan menuju ke kaunter tiket TGV !! membuatkan kami tersenyum sinis dan terkejut seolah-olah dia akan menuju ke dalam pawagam.
Ramai juga yang berteka teki sama ada Syafiq Yusoff menggunakan pengaruh bapanya untuk mengosongkan lokasi pengambaran di tengah-tengah kotaraya yang sentiasa sesak ini. Penjelasannya ada dibawah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.