Tuesday, March 27, 2012

aku tak makan nasi,aku ok !

dah 3 minggu tak makan nasik pattaya
masuk khamis ni genap la 3 minggu aku berhenti makan nasik.sebab aku berhenti aku terkejut bila aku timbang berat badan aku mencecah 80 kilogram.padahal last time aku timbang berat aku dalam 60-61 kilogram.

dengan tekad dan azam aku berusaha untuk berhenti makan nasik dan setiap kali makan aku gantikan dengan mee goreng atau makan lauk saja.ini satu rekod baru kerana sebelum ni paling lama aku tak makan nasik adalah 24 jam.

dan aku masih hidup hingga ke hari ini.ternyata nasi tu hanyalah selera bukannya keperluan.,maksudnya tanpa makan nasik badan kita tak akan lemah.aku masih cergas lagi untuk buat kerja berat.

sampai sekarang aku tak terliur pun bila tengok nasik. roti kan ada,mee kan ada, itu boleh gantikan nasik. dan bila makan nasik,makanan yang tak dihadam tu susah nak di cerna dan sebab itu perut aku mudah kembung dan aku berasa tak selesa.
              
 aku nak sangat body kurus macam gambar di atas ni
                        
sejak berhenti makan nasik aku rasa lebih sihat dan macam tak percaya aku masih hidup tanpa menjamah sebutir nasi sepanjang minggu.aku takkan berhenti selagi berat badan aku tak turun dan aku nak badan aku kurus.pada aku kurus la senang nak carik baju dan seluar tiap kali time shopping berbanding badan saiz large macam aku.
                                        
harap-harap la tempoh aku berkempen tak makan nasik ni akan bertahan untuk 6 bulan dan sama ada aku kurus atau setakat turun berat badan itu sudah dikira menjadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.