Wednesday, March 21, 2012

cerita housekeeping dan aktiviti hari ahad

 tempat di mana ku bekerja sebagai order taker

 hari ahad adalah hari cuti aku.tapi aku tak terasa aman pasal mengenangkan esoknya kena pergi banquet al-neraka jahanam. dan hari sebelumnya hari terakhir aku di syurga housekeeping.banyak kenangan 2 bulan aku di housekeeping ni.lebih-lebih lagi masa room attendant,runner & public area.

aku dapat member yang ok lagi baik.sudin,shahril,nazilan,razif dan yang terbaru HILMI aka kimi graduan polisas -politeknik sultan haji ahmad syah,kuantan dalam jurusan sijil ukur tanah . kimi sebelum ni runner aka penghantar pesanan ke bilik.bila si hazman aka aman masuk runner kimi pun diserapkan ke dalam PA aman dan kimi adalah adik beradik ye, dan bercakap pasal runner ni aku pernah jugak jadi runner tapi nite runner la.dari 11 malam-7 pagi dan pada masa yang sama aku jaga lobi,PA dan nite runner adalah orang yang sama masa syif 11malam - 7 pagi.

tapi kerja nite runner tak la sesibuk runner pagi dan petang.nite runner cuma hantar coffee set,bed sheet,iron board dan mineral water je.paling berat extra bed la tapi aku bernasib baik tak buat extra bed.tak lupa kredit kepada aman,eddy dan faizal runner yang ok dan suka bergurau dengan aku.tak lupa Dol,amy dan kak zuraina -senior order taker yang banyak membantu aku bila mana aku jam dan serabut dengan call dan request yang melambak.
 tak lupa firdaus - supervisor aku yang cool dan sempoi.di housekeeping aku mula sedar apa itu family in working, susah aku nak dapat suasana macam ni  2 bulan bersama diorang ibarat macam satu minggu yang berwarna warni-maksud aku di sini takde department sebaik dan semesra housekeeping.department lain semua nya plastik-dicontrol oleh etika dan undang2 hingga menyebabkan hilangnya kejujuran seseorang dari cuba menjadi diri sendiri.

berbalik kepada hari ahad, aku menghabiskan separuh hari dengan membebel kepada adik perempuan aku yang lambat kemas barang dan baru hari tu nak siapkan assignment dia.dah la aku cuti hari ni dia plak nak buang masa aku.plan untuk hari tu adalah nak pergi festival belon udara panas di putrajaya precint 2.masuk je putrajaya dah jam teruk.jadi carik punya carik bapak aku jumpa jugak parking kat depan masjid besi putrajaya. dalam 15 minit jalan kaki sampai la ke tapak pesta belon.tapi aku tak teruja dengan belon panas tu aku lebih teruja nak carik makan pasal aku dah berjaya menjayakan rancangan 7 hari tak makan nasik.sebelum ni 1 hari tak makan nasik aku dah pening kepala tapi sejak 7 hari ni aku ok dan takde pape pun.
dalam 8 minit di tapak festival aku pun pergi merayau ke tapak gerai-gerai di situ.dan aku dapat minum mountain dew percuma yang diberi krew mountain dew,sebelum nya selepas solat asar di masjid besi aku dah beli mountain dew tapi mountain dew yang diberi krew lebih sedap dan bergas lagi yang aku beli di vending machine di masjid besi putrajaya.sambil merayau di gerai tapak pesta tu aku pun carik la makanan yang sedap jumpa plak kiosk pizza hut bergerak nak beli tapi diorang dah cabut plag,clear itu ini semua macam dah nak ' tutup kedai'. dan aku teruskan perjalanan terjumpa KFC aku nak beli cheezy wedges je tapi barisan guest yang panjang macam lipan aku pun batalkan hasrat dan terjumpa darabif burger.
 mountain dew free
 
darabif burger ni agak unik pada aku pasal sebelum ni aku tak pernah jumpa stall burger ni.dan aku beli la MOO COMBO iaitu  
 

burger daging,french fries dan pepsi.semua sekali rm10.best nya daging burger dia tebal dan 2 kali ganda daging burger biasa yang dijual 3.50 tu.ada peniaga burger ni letak daging burger senipis buku nota poket je. dan paling menyakitkan selera dan mata aku ialah aku tak suka bila masak patty burger diorang suka-suka je tekan sehabis boleh daging burger tu.sampai hilang ramuan dalam daging burger tu.lepas beli burger aku terus lepak kat jambatan masjid besi.entah kenapa sekarang ni aku rasa macam hilang sesuatu dalam diri aku.dulu aku suka keluar lama-lama dan sekarang ni baru setengah jam jalan-jalan aku dah rasa nak balek.
 pepsi + burger + french fries = kenyang :)
 daging yang lebih tebal dari roti

sambil lepak di jambatan masjid besi tu lah aku enjoy burger daging ni.dan french fries plak takde yang sehebat french fries McD.dan memerhati dibawah jambatan masih banyak kereta lalu lalang di jalan-jalan yang biasanya sesak di hari kerja tapi takkan sesak di hari minggu kecuali untuk hari itu.

dari jauh aku melihat betapa indahnya pemandangan tapak pesta.dan di dalam hati aku masih terasa kehilangan sesuatu.yang menjadi punca kenapa aku tak se gembira dulu.rasanya aku perlu masa untuk berehat dan menenangkan fikiran.aku semakin lari dari landasan hidup aku yang asal iaitu nak jadikan kehidupan aku sentiasa tak pernah tua.

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.