Sunday, April 8, 2012

3 minggu dalam neraka

hari terakhir di banquet ????


aku tak pasti pasal kalau bizi mesti aku kena naik bankuet punya.aku jugak cipta rekod setakat ni.lawrence trainee ICHM kena bankuet 4 hari, ame seminggu, aku pulak 3 minggu !!
dalam tempoh 2 minggu terawal memang aku pressure sebab target aku asalnya nak masuk coffee house dan tanpa diduga awal2 lagi aku dah masuk bankuet.

cakap pasal bankuet ni simpang malaikat 44 aku! dah la kerja tak menentu.selama 3 bulan aku praktikal kat vistana KL ni syif kerja aku hanya 8 jam.bila dah masuk bankuet aku kena culture shock, kerja sampai 12 jam,16 jam sehari.dahtu kena kerja dengan sorang akak yang kuat membebel dan kelam kabut. aku cukup benci kerja dengan orang yang kelam kabut ni macam dilanda kiamat pulak.
antara perkara kontroversi yang aku cetuskan ialah aku berani mantul@ kutuk kapten itu sebab aku dah pressure kena suruh itu ini dan kapten plak jenis takde budi bahasa dahtu tak boleh tengok orang rehat.sampai bos pun tanya aku kenapa aku macam tu,aku cerita la kat bos yang selama aku 3 bulan kat sini aku tak pernah melawan sebarang arahan dari senior,duty manager,supervisor itu pasal diorang tu tak terlalu mengerah keringat aku dan diorang bagi arahan dengan cakap elok-elok tak perlu la nak maki hamun.

nasib baik bos pun ok.jadi dalam hal ni aku selamat pasal bila aku memberontak adalah sebabnya dan aku takkan memberontak tanpa alasan kukuh.dah masuk minggu ke 3 aku mula bekerja seorang diri dan handle satu majlis seminar sebanyak 48 pax.dan untuk seminar 2 hari tu kapten aku tak terima sebarang aduan dari urusetia tentang kerja-kerja aku dan aku berjaya lulus ujian kerja seorang diri tu.hari pertama memang penat dengan aku kena pick up food sorang-sorang,kena clear,carik serving gear sendiri dan serve sendiri.tapi aku tak pressure pasal semua benda aku handle sendiri dan kapten tak kacau kerja-kerja aku pun.

minggu ke3 plak tak bizi macam minggu pertama dan kedua jadi aku lebih relaks disitu dan segala urusan berjalan lancar.yang ok bankuet ni aku tak payah nak amik order,aku cuma pickup food je dan serve.yang tak seronoknya, aku balek rumah cuma untuk tidor saja dan takde masa nak update blog.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.