maksudnya di sini ialah aku bukannya melayu jawa,banjar,acheh,minang,bawean.siam dan sebagainya.aku seorang berketurunan borneo.ibu-bapa aku berdarah asli borneo dan susur galur keturunan aku takde yang berkahwin dengan melayu semenanjung. borneo itu merujuk kepada orang yang berketurunan bangsa atau penduduk yang menetap di kepulauan borneo.borneo itu tak terhad kepada sabah dan sarawak saja.borneo merangkumi kalimantan,brunei,sabah,sarawak dan labuan.
memang aku berbahasa melayu tetapi melayu sarawak, aku tak pasti dari mana asalnya bangsa melayu sarawak ini.aku lebih suka digelar orang borneo atau bangsa borneo.aku berang dengan tindakan segelintir melayu semenanjung yang cetek pengetahuan nya tentang borneo dengan menganggap borneo itu hanya ada kaum iban dan penan saja.padahal banyak lagi bangsa atau suku kaum dan bahasa yang ada di borneo. dan pada mereka orang borneo masih lagi menjadi pangait dan memakai cawat.itu aku tak boleh terima kerana di KL juga ada mamat jambu memakai short pants dan singlet di tempat awam pada aku itu serupa la dengan memakai cawat cuma cawat dan singlet mereka itu berjenama mewah saja.
memang kami dianggap kuno tetapi kami bangga dengan budaya kami sendiri dan tidak menjadikan budaya orang diserap menjadi budaya kami.tak hairan lah borneo sentiasa dibanjiri pelancong yang ingin mempelajari cara hidup masyarakat borneo yang hidup di hutan dan ada juga yang sanggup dicacah tatu di badan mereka kerana cara pembuatan tatu orang borneo yang unik dan maksud coraknya yang tersendiri.
aku akui aku hanya boleh berbahasa melayu sarawak saja kerana faktor geografi aku yang membesar di perkampungan melayu.itu tak mengahalang aku untuk memahami dan bergaul dengan bangsa lain.contohnya aku masih lagi faham apa yang dibualkan oleh kawan-kawan aku dalam bahasa mereka aku tak boleh bercakap dalam bahasa mereka tetapi aku masih boleh faham apa yang mereka cakapkan.
memang menjadi bahan ketawa bila dengar orang borneo bercakap dalam bahasa melayu dengan ayat tunggang langgang dan sebutan perkataan di dalam bahasa baku.aku tak terkecuali mengalami situasi yang sama 13 tahun dulu.aku asalnya fasih berbahasa melayu tetapi bila berpindah balik ke kampung pada 1998 aku mula bercakap dalam bahasa melayu sarawak dan berhijrah ke bandar pada 1999 membuatkan aku mengalami situasi masalah bahasa kerana sudah lama tak bertutur dalamb bahasa melayu riau dan ini mengambil masa setahun lebih untuk aku mengasah semula kemahiran berbahasa melayu aku.
dan sehingga kini aku masih lagi mampu fasih bertutur dalam bahasa melayu semenanjung dengan baik dan tanpa kedengaran dialek sarawak aku.ini jugak menimbulkan kekeliruan kerana takde siapa percaya aku berasal dari sana kerana cara perbualan aku dah macam orang semenanjung tanah melayu.cuma aku kena touch up sikit sebutan perkataan aku kerana 6 tahun dulu semasa aku mula-mula memulakan kehidupan di KL aku masih menyebut ganja itu sebagai ganje. kerana bahasa aku yang banyak menyebut A itu e'.
dan jika lau aku berkahwin dengan orang bukan borneo aku mule terfikir macam mana aku nak mengajar anak aku bahasa melayu sarawak ??
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.