Monday, May 14, 2012

di penghujung jalan

 

minggu ni merupakan minggu terakhir aku di vistana KL. sudah hampir 5 bulan aku menjalani latihan di sini.untuk bulan pertama aku buat silap dengan memilih Front ofis dan aku berjaya mengubah nasib malang aku dengan menambah satu lagi department iaitu  food and beverage.tak banyak yang dapat aku ceritakan perjalanan aku di FO yang merupakan zaman gelap aku di sini.aku tak sukakan suasana kerjanya yang tak sebati dengan jiwa aku.

genap sebulan aku berpindah ke HOUSEKEEPING yang aku gelarkan sebagai saat-saat gemilang sepanjang tempoh praktikal aku di vistana.sehingga ke hari ini aku selalu mengunjungi department housekeeping untuk mengingati detik-detik manis aku di sini.kerja di housekeeping sungguh sempoi dan relaks tak kelam kabut macam FnB. supervisor adlan dan firdaus adalah mentor aku di sini dan bos pun ok dan tak lah seteruk kapten fnb.di HK juga lah aku ada kawan-kawan yang sekepala dengan aku.sehingga artikel ni ditulis taufiq(public area) aman ( runner) putra & akram(laundry) dah takde lagi di sini.taufiq dah melarikan diri ke sabah, aman pulak dah balek kelantan untuk sambung belajar, akram dan putra aku tak tau apa sebab diorang ni berhenti pasal aku tau diorang dah takde kat sini pun merujuk kat jadual kerja laundry.

teringat pulak aku kepada hakim-seorang butler dari ritz carlton yang dihantar ke vistana untuk duty manager training selama 2 bulan dan dalam tempoh itu dia la yang jadi teman aku berborak masa di FO.genap 2bulan aku di syurga housekeeping, aku berpindah ke food and beverage.hari pertama saja aku kena bankuet macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni.walaupun hampir 2 bulan aku di FNB tapi aku masih tak dapat biasakan diri dengan kerja ni pasal aku dah 2 bulan di ajar dan di format ikut cara kerja housekeeping yang slow & steady dan amalan itu dah meresap ke dalam diri aku.

di fnb jugak aku sempat berkawan baik dengan latip, aiman,john,bukhpinder dan hakim.yang lain tu bukannya aku tak kawan cuma aku tak berapa rapat dengan diorang macam sim,shahrul,khairul,raja,yasir,gagan,adnan. tak lupa pravin-budak india yang selalu berborak dan mencarut dengan aku masa time breakfats,masa ni si pravin ni dah berhenti.dan tak lama lagi, Mr mark iaitu bos aku akan berhenti dan dia digantikan john yap iaitu bos baru.dengar khabarnya mr mark nak sambung belajar di amerika syarikat tapi aku tak sempat tanya universiti/kolej apa tempat dia belajar tu.cuma yang aku tak selesa di fnb ni ialah ada langa,kokar,dan kota iaitu 3 orang kapten yang suka mengarah dan selalu buat aku sakit hati.

setakat ni hanya anne dan kak ros saja yang ok dengan aku.masa entri ni ditaip kak ros sedang cuti bersalin dan dia baru saja melahirkan anak lelaki ke 4 dia.di fnb aku paling tak ngam dengan staff perempuan yang merasakan diri diorang tu bagus sangat.bukan aku sorang je tak suka,staff permanent lelaki jugak kata macam tu.kalau di housekeeping aku ada budak-budak public area yang jadi bestfriend aku, di fnb plak aku baik dengan Latip iaitu mamat sabah yang aku panggil stone pasal nampak macam kuat amik 'batu' je.dia ni jugak die hard grunge kalau takde dia ni memang bosan kerja seharian aku.hakim plak storeman yang aku gelar paul finch pasal muka dia ada iras eddie kaye thomas yang melakonkan watak paul finch dalam american pie.
 
 
dimana ada fnb disitu ada kitchen, setiap pagi bila amik egg order aku akan hanter order pada seorang chef bernama Javier- mamat sabah jugak, aku baik dengan dia ni pasal pegangan agama dia yang kuat dan dia jugak bagi semangat kat aku kalau aku teruskan kerja fnb ni bila aku mohon kerja ni aku akan dapat gaji besar pasal kat hotel/restoran lain diorang bagi gaji yang lebih besar dari vistana ni yang dapat 1400 je sebulan. dia jugak cakap dulu masa dia kerja tempat lain socso dia 700-800 sebulan dan setakat ni EPF dia dah mencecah rm 20 000 dia sendiri mengaku yang gaji kat vistana ni kecik dahtu kerja berat pulak tu tak sepadan dengan gaji yang diterima.bukan sebarangan orang dia ni, vistana ni adalah tempat kerja dia yang ke 15 ! terkejut aku mendengarnya.sebelum ni dia hanya bekerja di restoran saja dan dia baru saja 3 bulan di sini.aku asalnya tak tau yang dia ni beragama islam pasal nama javier tu yang mirip orang kristian, tapi bila aku tengok dia sembahyang di surau baru aku tau yang dia ni islam.tak tau la saudara baru atau namanya sejak lahir lagi adalah Javier.

aku baik dengan javier ni jugak pasal dia selalu bagi aku makan omelette dan chicken sausage kerana itu sajalah yang sedap masa sesi breakfast di vistana ni.kebiasaanya trainee hanya training 3 bulan saja tapi aku dah training 5 bulan di sini dan ada staff yang bertanya pada aku yang aku ni dah diserap jadi staff permanent atau bila kau habes training pasal lama jugak la aku kat vistana ni sehingga ada staff baru yang menyangka aku pekerja di sini. pejam celik dah 5 bulan berlalu dan masa terasa begitu pantas,hingga ke hari ini aku masih merindui kenangan aku di housekeeping.

masa sebelum LI, aku memang cukup tension fikir pasal LI ni lebih-lebih lagi nak carik tempat praktikal. dan semasa LI mindset aku hanyalah kerja dan cuti,aku langsung tak fikir pasal final report.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.