lepas sembahyang maghrib tiba-tiba aku terasa sayu semacam,sudah 4 bulan setengah aku menjadi staff trainee di vistana KL.rasa sedih pulak nak tinggalkan tempat yang menjadi guru aku untuk 5 bulan.paling sedih nak tinggalkan department housekeeping yang dah jadi darah daging aku.
lagi satu sebab untuk aku berasa sayu ialah 3 bulan lagi akan menyambut hari raya aidilfitri dan sudah 7 tahun aku takde feel atau semangat nak menyambut raya.raya aku sekarang ni dah tak semeriah raya 8-10 tahun dulu.bila tengok gambar raya yang dah sudah banyak perbezaan yang ada dengan atuk dan nenek dah takde lagi.- kehilangan mereka berdua ni banyak mengubah sikap dan perangai aku.
dah 7 tahun arwah nenek aku pergi dan sejak tu aku takde tempat mengadu.4 tahun jugak la arwah atuk menghembuskan nafas terakhir tanpa aku ada disisi untuk solat jenazah.masa tu aku kat KL dan arwah atok menghembuskan nafas terakhir di kuching,pada pagi ahad .aku terkejut masa mandi subuh tiba-tiba dapat call dari bapak cakap atok dah takde dan lepas semayang subuh aku terus buat bacaan yasin dan aku cukup terkilan sampai sekarang,pagi tu aku ketuk pintu bilik adik aku untuk baca yasin sekali dah la dia tak bukak pintu dahtu langsung tak tunjuk sebarang rasa hormat dengan buat hari tu macam takde apa-apa yang berlaku.
sejak kehilangan atok dan nenek aku dah takde mood nak beraya.aku lebih selesa berpuasa 30 hari dan mendengar takbir raya saja.bila mendengar takbir raya lebih mengingati aku dengan kenangan aku semasa kecik di mana pagi-pagi aku merenung ke arah lampu raya berwarna-warni dan surau di sebelah rumah yang diterangi cahaya lampu.
yaa-haaa...sabar la.nak wat cm ner.yang hidup prlu diteruskan.so hargai la orang yang menyyangi kita
ReplyDelete