Wednesday, September 12, 2012

11 September 11 Tahun Lalu....


Pada masa itu aku tak mengesyaki apa-apa tentang peristiwa 11 september ini.yang aku tahu aku tengah bercuti masa hari kejadian dan pada malam itu ada BBQ,bapak aku sibuk bersembang dengan rakan sekolar hijau nya tentang peristiwa 11 september dan mulai hari itu pelbagai konspirasi yang dicetuskan oleh konspirator yang otaknya lebih suka menuduh yahudi yang bersalah dalam hal ini dan sejak itu negara Uncle Sam mula menjadi fobia kepada islam yang mencetuskan ISLAMOPHOBIA padahal mereka fobia bukan kerana ketaatan penganut nya tetapi takut kepada janggut lebat,serban dan lelaki berjubah pada aku Amerika menjadi fobia sebab pada mereka apa yang dipakai oleh para Arabia ini lah yang melambangkan Islam tak kiralah si Arab itu agamanya kristian,Islam mahupun majusi.

Tapi di Malaysia tak ramai yang sedar 11 september juga ada makna tersendiri walaupun tidak dikenali di peringkat antarabangsa.3 tahun sebelum 11/9 versi Amerika berlaku di Kuala Lumpur telah berlangsungnya perasmian sukan Komanwel iaitu Temasya Terbesar Selepas Sukan Olimpik - pada aku ini kenyataan yang bodoh kerana sukan Pan Amerika,Sukan Asia jauh lebih besar prestijnya dari sukan Komanwel yang hanya disertai negara-negara bekas jajahan British.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.