Thursday, September 27, 2012

Bangga Ke Jadi Orang Malas ??



Mujur aku tak mengamalkan apa yang disenaraikan
Malaysia dengan bangganya berada di kedudukan nombor 10 dalam senarai negara yang rakyatnya paling malas di dunia daripada 122 negara dunia. Apakah kita boleh merasa bangga? tentu tidak sama sekali. Oleh itu ambil perhatian mereka yang berperangai sebegini
  1. Bawa kereta sampai ke pintu depan kedai dan kalau boleh nak masuk terus dalam kedai tersebut ambil barang dan pergi bayar tak payah keluar kereta
  2. Beli nasi lemak di tepi jalan tanpa keluar dari kereta, terus order dari tingkap hingga mengganggu pelanggan lain.
  3. Naik ke tingkas satu atau dua dengan menggunakan lif, atau turun juga dengan lif.
  4. Tak akan keluar rumah tanpa kenderaan bermotor
  5. Pergi ke surau dengan kereta sedangkan kalau berjalan tak makan masa lebih dari 10 minit
  6. Ada taman permainan depan rumah atau tak jauh dari rumah tapi tak pernah ambil manafaat darinya sekurangnya 3 kali seminggu.
  7. Marahkan jiran yang buat kenduri kerana terpaksa letak kereta jauh dari pintu rumah.
  8. Sanggup keluar sebelum fajar semata-mata dapat parkir paling dekat dengan pintu lif bangunan pejabat.
  9. Lebih suka pakai kereta mayat daripada berkumpulan angkat mayat ke perkuburan yang tak berapa jauh.
  10. Lupa cara naik basikal sebab terlalu lama sangat hanya bawa kereta
  11. Tak ada sepasangpun kasut jogging walaupun ada lebih dari 3 pasang kasut kulit kasual
  12. Hanya guna track suit untuk tidur
  13. Merasakan waktu jogging hanya pada petang atau pagi hari sahaja. Selain dari waktu itu tak boleh jogging.
  14. Rasa semua orang melihat anda jika berada di padang waktu petang dengan kasut jogging dan berpakaian sukan.
  15. Lebih suka duduk di taman baca surat khabar dan pulan daripada berjalan sedikit selama 30 minit keliling taman.
Jika anda gemuk, makan banyak, duduk lama dari berdiri, bersembang siang malam dikedai kopi dan perut buncit dengan berbagai penyakit, anda patut di salahkan kenapa negara kita menjadi antara rakyat paling malas di dunia. Boleh blah la kalau anda begitu punya malas, kasi malu semua orang.

credit to : warta shubhi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.