Friday, November 30, 2012
UMNO
Update Time Emo je tau.time happy susah benor nak mengupdatenye
Aku Tak Berdaya - Indah Dewi Pertiwi. ni lah cerita pasal 2 jam skali...tidor 4 5 jam, msg aku terbiar selama 2 jam skali baru aku dapat msg reply dari kau. bahagia nya aku. dia bosan msg la tu..aku pulak bosan dgn perangai dia y asyik TIDOR je. lembik betol. ni lagu utk kau. SAKIT HATI AKU........................ benci gila.
Tuesday, November 27, 2012
Koleksi Cerita Mayat : 13 Tahun Pencarian
13 tahun dulu (1999) arwah atok aku, haji ali setiap petang akan tolong bacakan buku Koleksi Cerita Mayat yang di himpunkan dari cerita mayat yang ada dalam majalah mastika. bukan aku tak reti membaca,aku masa tu darjah 1 jadi tahap membaca aku kurang baik dan atok aku yang suka bercerita akan membaca siri yang ada dalam buku ini dan menerangkan kepada aku dan nenek tentang cerita yang dibacanya.
back then,1999 tiada apa yang dapat dibanggakan rumah aku masa tu belum ada astro,komputer,lcd tv,vcd player,ps 1 apatah lagi internet. tapi itu lah benefitnya tiada internet dimana kita dapat membaca dengan aman tanpa sebarang gangguan mesej,call masuk,bbm,dan tweet mesej. sambil dengar atok bercerita aku pun mula membayangkan situasi itu sungguh seram feel nya bila atok aku bercerita walaupun hari tu cerah dan cuaca elok.paling menakutkan bila tengok gambar ilustrasi yang diberikan yang paling menakutkan aku sampai hari ini ialah cerita mayat menyerupai babi,mayat itu tidak dikenal pasti sama ada mayat pendatang asing yang jadi mangsa bot karam atau pun mayat rakyat tempatan.
setelah 13 tahun aku akhirnya menemui semula cerita itu tetapi dalam bentuk softcopy dan aku berterima kasih kepada internet dan google yang menemukan aku kembali dengan cerita mayat berbentuk babi walaupun hari ini aku sudah tidak takut lagi seperti 13 tahun dulu.
ini link dia : babi
cuma aku masih ternanti mana agaknya nak carik buku NERAKA tahun 2000 dulu di sekolah agama,rafiq syahmi ada tunjuk buku neraka dalam buku di tunjukkan siksa azab api neraka dan ilustrasi seksaan dia sungguh horor,tahun 2003 aku ada jumpa buku tu kat kedai cina tapi disebabkan aku takde duit jadi tergendala la hasrat aku tu.kedai cina yang jual buku tu pun dah hangus dibaham api dan kedai baru yang dibina di tapak sama pun entah apa dijualnya.dan sudah 12 tahun aku menanti buku tu tak tau dimana nak mencarik nya
AZFAR Di Dunia Novel
aku dah lama menantikan ada watak dalam movie atau drama menggunakan nama aku.tapi sepanjang 20 tahun hidup ni benda tu tak pernah berlaku balik-balik watak hero bernama daniel,apa penulis skrip drama meleis ni takde nama lain ke yang boleh difikirkan sebagai trend setter ?
agaknya nak tunggu skop production buat movie ada watak bernama AZFAR baru production lain ada akal nak guna nama azfar dalam karakter diorang.dan aku agak terkejut bila ada satu novel terbitan karangkraf,berjudul TAK MUNGKIN DIA karya rania firdaus.aku akui aku jenis tak suka baca novel tapi baca sinopsis novel ni dikira baca jugak la rumusan dia kan ? hek hek hek
agaknya nak tunggu skop production buat movie ada watak bernama AZFAR baru production lain ada akal nak guna nama azfar dalam karakter diorang.dan aku agak terkejut bila ada satu novel terbitan karangkraf,berjudul TAK MUNGKIN DIA karya rania firdaus.aku akui aku jenis tak suka baca novel tapi baca sinopsis novel ni dikira baca jugak la rumusan dia kan ? hek hek hek
Monday, November 26, 2012
Aku Tengok Bola Ni Bukan Sehari-Dua
lantak la nak tuduh aku macam-macam yang aku tau aku takde sikap seperti pemain malaysia yang bila dah glamour prestasi ke laut.bila dah mengentot artis lutut jadi longgar sampai main sikit je terus cedera berpanjangan.bila dah glamour terus dapat masuk majalah entah pape.
jangan kata aku fitnah pemain malaysia ni,dah terbukti yang pemain malaysia ni baru disentuh glamour sikit dah cair ibarat pak serban ketayap mula bercinta terus angau tak sudah.
disini aku sertakan pelbagai jenis link untuk tatapan dan artikel yang ditulis bukan memuja pemain malaysia dari hujung rambut sampai hujung kaki
jangan kata aku fitnah pemain malaysia ni,dah terbukti yang pemain malaysia ni baru disentuh glamour sikit dah cair ibarat pak serban ketayap mula bercinta terus angau tak sudah.
disini aku sertakan pelbagai jenis link untuk tatapan dan artikel yang ditulis bukan memuja pemain malaysia dari hujung rambut sampai hujung kaki
Monday, November 19, 2012
Jangan Tuduh Aku Semitik
Hatikva ini lagu kebangsaan Israel hatikva bermaksud harapan baru.dinyanyikan dalam bahasa Hebrew walaupun aku tak faham sepatah apa pun lagu ni tapi lirik dan melodi nya sungguh puitis dan jauh lebih bermakna dari lagu setia malaysia - yang diberi nafas baru oleh cat farish dan malique
Sunday, November 18, 2012
Ku Cari Damai Di Hati
Saturday, November 17, 2012
Ibra Dan Kryptonite Nya
ini Zlatan Ibrahimovic, juga dikenali ibra kadabra - sejenis jampi mantera. dengan fizikal yang besar dan tinggi tak mustahil ibra mampu membuli sesiapa yang dibencinya, kerana ibra juga ada tali pinggang hitam taekwando pada usia 17 tahun.jadi setiap kelab yang dia pernah bermain mesti ada rekod disiplin seperti bergaduh dengan jurulatih,bergaduh dengan rakan sepasukan semasa sesi latihan dan menampar pemain pasukan lawan dalam perlawanan sebenar
tetapi ibra ini ada kelemahannya iaitu helena seger, helena seger ini bukan bidadari,penyanyi,pelakon juga selebriti tetapi helena ini ibarat batu kryptonite kepada ibra seperti superman lemah kepada batu kryptonite.helena seger hanyalah seorang wanita berusia 11 tahun tua dari ibra,bekas supermodel,bekas pemain bolasepak wanita,seorang eksekutif pemasaran. itu bukan status menarik minat ibra untuk memikat helena tetapi kerana helena itu satu-satunya individu yang berjaya mengawal tingkah laku ibra,mengajarnya cara mengawal panas baran,menjaga budi bahasa.
aku berharap andi khairul bertemu wanita yang mampu mengawal nya,kalau aku yang sekarang ni pun panas baran,apatah lagi anak aku.
Thursday, November 15, 2012
Seusia Malam Ku Menanti Mu
Seusia malamku menantimu
Dihembus embun aku tersipu
Mungkinkah kau lupa temujanji kita
Kau gembira bersama teman-temanmu
Berlari-lari ku mencarimu
Selembut salju musim berlalu
Mengapa berubah sekelip mata
Hatiku gundah tiada terhingga
Dihembus embun aku tersipu
Mungkinkah kau lupa temujanji kita
Kau gembira bersama teman-temanmu
Berlari-lari ku mencarimu
Selembut salju musim berlalu
Mengapa berubah sekelip mata
Hatiku gundah tiada terhingga
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya
18 Perkara Tak Disukai LELAKI
1.kejutkan mereka,ajak keluar dating ketika mereka tengah syok tidur dibuai mimpi indah
2. ajak teman kan masuk butik pakaian wanita berjam-jam lamanya,ending tak beli sehelai pun..sekadar nak survey harga saja
3.ajak tengok wayang filem cinta dan romantik sedang kan awal-awal sebelum tu mereka dah cakap nak tengok filem aksi dan thriller
4.tentukan pakaian apa yang dia orang harus pakai ketika nak keluar dating
5.temankan pergi parti kawan .sedangkan di parti tu dia tak kenal seorang umat manusia pun.nak tak nak terpaksalah jadi pak pacak dan kera sumbang sambil tunggu habis bergosip dan mengumpat dengan kawan-kawan
6.mendesak,lelaki ni memang pantang kalau asyik kena desak lebih-lebih lagi kalau saban hari diajukan soalan yang sama bertalu-talu
7.cemburu yang melampau-lampau contohnya tanya awak kat mana ni..dengan siapa...itu suara perempuan mana pulak tu..memang sakit jiwa lah nak explain.lepas tu merajuk bagai nak rak sampaikan lelaki fed up nak pujuk walaupun sebenarnya tak ada apa pun berlaku.
8.tak reti settle perkara remeh temeh.kejap-kejap tanya macam mana nak buat itu lah.padahal benda itu simple dan senang diselesaikan
9.cakap meninggi suara ala-ala menengking .sedangkan kita duduk bukan jauh sebatu daripada dia
10.perempuan yang suka berleter.padahal bukannya ada kesalahan besar pun yang lelaki dah buat
11.selalu cakap besar,meninggi diri,dan menunjuk-nunjuk
12. mengata perihal adik beradik,mak-bapak dan saudara mara dia orang
13.queen control.banyak sangat pantang larang.itu tak boleh,ini tak boleh.itu yang buat kaum adam bertambah tekanan
14.suka mengungkit.dari hal kecik sampai lah hal yang besar.yang peliknya,peristiwa 5-6 tahun lepas pun boleh ingat.memang kaum lelaki ni tak boleh cakap apalah
15.suka sangat nak tau jadual seharian kita.tadi makan dengan siapa,balik pukul berapa,lepas tu pergi mana,buat apa,kenapa tak SMS,kenapa tak call
16.suka memperkecil dan merendah-rendahkan kemampuan mereka.tambah pula jika pendidikan lebih tinggi dari dia orang
17 diam tak tentu pasal.cara dia berhadapan dnegan kita pun kita tahu yang dia ada masalah,tapi bila tanya cakap takde apa-apa.dalam erti kata lain ,berahsia tak tentu pasal.kalau dating 10 jam,10 jam lah buat muka monyok dengan kita
18 tak suka awek yang selebet ,tak pandai bergaya,kusut - masai dan tak terurus.kalau keluar dengan kita tu pakai asal boleh je.tapi bila kita puji awek-awek lain yang pandai bergaya,tau pulak dia nak jealous dan tarik muka
Wednesday, November 14, 2012
Tutorial Membuat Jeans Koyak
jean koyak atau ripped jean ialah seluar denim/jean yang sudah lusuh di bahagian tertentu seperti lutut dan paha dan digayakan dengan t shirt atau jaket.sejak tersalah beli seluar jean RAGS jean di jusco AU2 dulu aku mula memikirkan bahawa kesan ripped atau benang terburai di lutut dan paha agak memalukan kerana paha dan lutut aku berbulu jadi membolehkan sembahyang aku sah,bahagian dalam ripped jean itu ditampal dan aku mula berasa bergaya juga kalau pakai ripped jeans ini.
dibawah ialah bahan-bahan dan cara-cara membuat ripped jean secara do it yourself.
dibawah ialah bahan-bahan dan cara-cara membuat ripped jean secara do it yourself.
Tuesday, November 13, 2012
Kata Kata Hikmat
ayat-ayat ni aku copy paste dari komentar yang radikal pemikiran dan pandangannya.tak perlu serban ketayap dan jubah untuk mengajar aku menghormati dan mengagumi mu,cukup dengan ideologi dan fakta-fakta yang bernas dan pandangan yang radikal ...
Bak kata Mohammed Abduh, seorang ilmuwan Islam, "saya ke Barat dan melihat Islam walaupun ramai yang bukan Islam, dan saya balik, saya lihat ramai orang Islam, tetapi tiada Islam"
semua nak jadi holier-than-thou. "Aku lagi suci dari kau". Aku lebih pandai ugama dari kau.Aku nak bertanya pada semua orang ni, yang sibuk melabon pasal ugama ni cuba fikir, kenapa kadar buang bayi negara kita jauh lebih tinggi berbanding Norway, Sweden atau Denmark yang makan babi minum vodka?
Apakah kita di negara Islam - yang korang kata sepatutnya lebih baik dari negara kafir, tetapi result sebaliknya? Bak kata Mat Sabu lah, Malaysia ni negara orang Islam, bukan negara Islam. Kalau difikir balik, aku rasa benda tu betul. Sebab orang Islam ni tak semestinya mengikut Islam.
Perkara Pelik Yang Ingin Dibuat Semasa Hujan
setiap kali hujung tahun saje mesti hujan lebat siang,tengah hari,malam sampai nak pegi mana-mana pun susah.lebih-lebih lagi KL ni kalau hujan lebat sikit je dah banjir satu bandar.dalam kebanjiran air yang melanda ini aku pun terfikir nak buat sesuatu untuk mengisi masa yang terbuang dek hari hujan ni.
Sunday, November 11, 2012
Tabiat Selepas Gunting Rambut
sejujurnya dah banyak kali aku update kat blog ni yang aku tak suka rambut aku dipotong dan aku tak suka gaya rambut pendek.dan ini biasanya tabiat aku lepas gunting rambut
bangun pagi sebelum gunting rambut amek gambar dulu,maklumlah 2 bulan sekali gunting rambut
sebelum :
semasa :
lepas je gunting rambut dalam kepala tu dah set nak balik rumah terus pasal dah miang satu badang dengan rambut yang lepas kena cukur dan gunting tu
selepas : lepas je mandi dan syampu,snap gambar dan bandingkan dengan gambar sebelum gunting rambut
bangun pagi sebelum gunting rambut amek gambar dulu,maklumlah 2 bulan sekali gunting rambut
sebelum :
semasa :
selepas : lepas je mandi dan syampu,snap gambar dan bandingkan dengan gambar sebelum gunting rambut
ada iras-iras NSIT bukan N'sync tapi Nor Shahrul Idlan Talaha aka Mat Yo
Music Player Dulu Dan Hari Ini
aku memang tak boleh berpisah dengan mp3 aku.setiap kali keluar jalan-jalan mp3 aku sentiasa ada menemani.agaknya kalau aku jadi remaja zaman 90 dan awal 2000 an mesti susah sikit aku nak enjoy dengar lagu sebab masa tu mp3 masih satu teknologi baru dan harganya mencecah 3-4 ratus untuk memori 500 megabait.dan teknologi yang mampu milik pada masa itu hanyalah walkman,biasanya yang murah walkman kaset tapi kalau mampu beli walkman cd dah kira kaya waktu tu. tapi aku lebih selesa mendengar lagu melalui mp3 sebab aku boleh ulang lagu yang aku nak dengar banyak kali hanya dengan sekali klik sahaja berbanding walkman yang cukup manual dan terpaksa tukar cd kalau nak dengar lagu maklumlah itu saje teknologi yang canggih masa tu.
Saturday, November 10, 2012
Fungsi Barang Yang Tidak Kita Sedar
bila melihat gambar ini ia mampu mengubah persepsi kita terhadap fungsi sesuatu barang itu dan dari gambar ini kita memperolehi pengetahuan baru dalam hidup kita.gambar pertama aku sudah praktikkan dan fungsi lain sabun kecil ialah kita boleh gunakan sebagai sabun pembasuh tangan.gambar kedua pula mengingatkan aku semasa Latihan Industri di Vistana KL dulu chef de partie menyediakan telur rebus nasi lemak dengan menghirisnya menggunakan benang.gambar ketiga pula sesuatu yang baru kerana fungsi bekas kerepek kentang mister potato itu boleh digunakan untuk menyimpan spageti keras,ini jalan penyelesaian kreatof kerana tiada bekas penyimpan (container) yang bersaiz sepanjang spageti yang masih keras itu.
Orang Jahat Pun Nak Berhibur Jugak
Macam Pernah Je Buat
Bila jalan-jalan aku selalu tersesat hingga ke kawasan yang tiada sebarang tarikan contohnya shopping mall yang tak laku,shopping mall yang baru bukak,shopping mall yang pertama kali aku pergi ke situ dan bila aku cuba carik surau tetapi jumpa jalan mati.gambar di bawah ini menerangkan apa yang biasa aku buat bila aku dalam situasi berikut.
Tasik Di Lofoten,Norway
aku sentiasa mengimpikan percutian bersama miss D di tempat yang jauh dari kesibukan kota di mana kami bebas berdua tanpa diganggu oleh orang dan kami mahukan kebebasan bersama dan melalui hari-hari tanpa dibebani komitmen yang memaksa kami rushing dalam setiap urusan.alangkah bagus kalau aku dan miss D dapat bercuti ke kawasan yang ada tasik seperti dalam gambar ni sungguh romantis nya suasana.
Sunday, November 4, 2012
Butterfly OST___Melly Goeslow feat Andhika Pratama
terbangla tinggi..lebih tinggi lgi..dan lihat dunia kita berdua.mahligai indah di sana..umpama rama rama terbang bebas..sayang, kite tetap terus bersama..
Ku Pilih Hatimu ^_^ Ussy feat Andhika Pratama
jangan lah jangan kau sakiti hati ini..smpy nanti ragaku sudah tidk bernyawa lagi..dan menutupmata ini utuk y terahir...KAU SEGALANYA BAGIKU..
Kita Rasa Cinta
2 tahun bersama dan kami melangkah bersama dengan lebih jauh lagi.732 hari mengikat kasih kini kami kini melalui fasa baru dalam kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)