Showing posts with label trivia dan info. Show all posts
Showing posts with label trivia dan info. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Masih Ingat Lagi ??


4 tahun dulu masa aku berusia 16 tahun di tingakatan 4 lagu daripada band dia ni menjadi kegemaran telinga aku,dengan teen pop,pop rock yang dimainkan sungguh catchy dan rasa nak berpogo je bila dengar lagu band dia ni.tapi tahun 2010 band dia  berpecah tapi brader ni masih carry on lagi karier muzik dia pakai nama metro station jugak tapi secara solo lah. metro station - mewarnai zaman remaja aku.dan mamat yang sekarang ni nampak macam gengster ni berusia 23 tahun.

MASON MUSSO vokalis metro station

 metro station

Sarawak Pada Fikiran Orang,Tapi Di Pandangan Kami

aku sudah letih nak menerangkan dimana sabah di mana sarawak kepada masyarakat semenanjung ini.sebenarnya di kalimantan itu ada orang dan kalimantan itu bukan hutan tiada tamadun.sabah dan sarawak itu negeri yang berbeza.




Monday, November 26, 2012

Aku Tengok Bola Ni Bukan Sehari-Dua

lantak la nak tuduh aku macam-macam yang aku tau aku takde sikap seperti pemain malaysia yang bila dah glamour prestasi ke laut.bila dah mengentot artis lutut jadi longgar sampai main sikit je terus cedera berpanjangan.bila dah glamour terus dapat masuk majalah entah pape.

jangan kata aku fitnah pemain malaysia ni,dah terbukti yang pemain malaysia ni baru disentuh glamour sikit dah cair ibarat pak serban ketayap mula bercinta terus angau tak sudah.
disini aku sertakan pelbagai jenis link untuk tatapan dan artikel yang ditulis bukan memuja pemain malaysia dari hujung rambut sampai hujung kaki



















Wednesday, November 14, 2012

Tutorial Membuat Jeans Koyak

jean koyak atau ripped jean ialah seluar denim/jean yang sudah lusuh di bahagian tertentu seperti lutut dan paha dan digayakan dengan t shirt atau jaket.sejak tersalah beli seluar jean RAGS jean di jusco AU2 dulu aku mula memikirkan bahawa kesan ripped atau benang terburai di lutut dan paha agak memalukan kerana paha dan lutut aku berbulu jadi membolehkan sembahyang aku sah,bahagian dalam ripped jean itu ditampal dan aku mula berasa bergaya juga kalau pakai ripped jeans ini.

dibawah ialah bahan-bahan dan cara-cara membuat ripped jean secara do it yourself.


Saturday, November 10, 2012

Fungsi Barang Yang Tidak Kita Sedar

bila melihat gambar ini ia mampu mengubah persepsi kita terhadap fungsi sesuatu barang itu dan dari gambar ini kita memperolehi pengetahuan baru dalam hidup kita.gambar pertama aku sudah praktikkan dan fungsi lain sabun kecil ialah kita boleh gunakan sebagai sabun pembasuh tangan.gambar kedua pula mengingatkan aku semasa Latihan Industri di Vistana KL dulu chef de partie menyediakan telur rebus nasi lemak dengan menghirisnya menggunakan benang.gambar ketiga pula sesuatu yang baru kerana fungsi bekas kerepek kentang mister potato itu boleh digunakan untuk menyimpan spageti keras,ini jalan penyelesaian kreatof kerana tiada bekas penyimpan (container) yang bersaiz sepanjang spageti yang masih keras itu.


Tuesday, August 21, 2012

hartanam

di suatu petang pada bulan november 2004 seorang budak sedang merenung ke arah kawasan lapang sebelah rumah ibu-bapanya.budak yang baru saja mengetahui result upsr nya tidak begitu cemerlang memilih untuk melupakan kenangan pahit itu dengan melakukan aktiviti yang dirasa mampu menaikkan semula moralnya.sedang dalam kekalutan di musim cuti hujung tahun yang baru saja bermula serentak dengan sambutan aidilfitri itu anak muda itu berfikir sejenak yang tanah di sebelah rumah yang tak berapa siap itu agak lapang dan ada sedikit tanaman sebagai hiasan tanah di situ lalu dia pun mendapat idea untuk menjadikan tanah itu kebun mini kerana daun pandan,pucuk ubi dan labu sudah tumbuh dengan subur di situ lantas anak muda itu membawa cangkul tinggalan projek rumah ibu bapanya itu dengan merayau ke celah rumpun pisang lalu terjumpa sepohon anak pokok kuini yang sudah mengeluarkan tunas. melihat kepada rumpun pisang yang bermaharajalela di situ anak muda itu pun mengalihkan tunas kuini itu ke kawasan lapang tadi.

7 tahun kemudian,malas mengambil kisah tentang perihal pagar yang akan dibina di sebelah rumah tak berapa siap milik ibu bapanya anak muda itu datang semula ke kebun mini yang sudah bertukar menjadi mini semak samun dan sedikit tersenyum kerana pokok kuini yang disangkanya pokok mangga 7 tahun lalu sudah mula berbuah di bulan puasa 2011, buahnya tidak lah lebat tetapi itu sudah memadai kerana pokok itu baru saja berusia 7 tahun dan jika budak itu tidak memindahkan tunas kuini itu 7 tahun lalu sudah pasti pokok itu tidak membesar pada hari ini. 

setahun kemudian pada raya aidilfitri 2012 pokok kuini itu mula berbuah dengan lebat dan mampu menitiskan saliva sesiapa yang melihat kelebatan buahnya.hari itu budak itu sudah berusia 20 tahun dan dia masih ingat dengan jelas saat dia menemukan pohon kuini itu dan saat dia memindahkan kuini itu ke tempatnya sekarang.8 tahun dahulu tinggi pohon kuini itu hanya sepanjang separuh daripada tulang kering si penanamnya tetapi pada hari itu pokok kuini itu 3 kali ganda lebih tinggi dari penanamnya walaupun pokok kuini itu baru berusia 8 tahun dan si penanamnya kini seorang remaja berusia 20 tahun.  tersenyum sendiri anak muda itu melihat hartanam nya yang kini mula lebat berbuah, lagi manis bila pokok kuini itu berbuah bila mengetahui penanam dan pemindah nya akan pulang beraya dan menemuinya walau detik itu hanya berlaku setahun sekali.

itulah kebaikan bila berbudi kepada tanah kerana itu lah pepatah yang bermain di minda anak muda itu pada 8 tahun lalu, sebenarnya pohon kuini itu bukan ditanam oleh anak muda itu,dia hanya memindahkan pohon kuini itu dari rumpun pisang ke kawasan yang lebih lapang kerana bimbang pohon kuini itu tidak mendapat nutrien yang secukupnya jika dibiarkan terus di kawasan rumpun pisang itu. sebenarnya yang menanam dan meletakkan benih kuini itu di rumpun pisang ialah nenek kepada anak muda itu pada  8 tahun lalu. nenek kepada anak muda itu telah meninggal dunia 7 tahun lalu agaknya setahun selepas pohon kuini itu diletakkan di rumpun pisang.

jika pokok kuini itu punya perasaan pasti dia sedikit terkilan kerana pemilik asalnya sudah tiada lagi di dunia ini dan dia hanya dibesarkan oleh cucu kepada pemiliknya untuk beberapa minggu sebelum anak muda itu kembali ke sekolah.dan setelah 7 tahun pemiliknya pergi si pohon kuini itu berbuah dengan lebat tanda terima kasih kepada pemilik asalnya dan pemindahnya. budak yang kini berusia 20 tahun itu merasa agak sayang untuk menjamah isi kuini itu kerana niat asalnya 8 tahun lalu hanya untuk memindahkan dan mencantikkan landskap kawasan kebun mini itu bukannya untuk menikmati rasa buah kuini itu.

Wednesday, August 8, 2012

bulan madu di hotel monastero santa rosa ,itali

tengok kemudahan yang disediakan seperti swimming pool,taman bersiar-siar,bilik mandi,gimnasium,restoran,balkoni,bilik air,sauna,jakuzi,tempat rendam kaki,katil urut ini sudah menaikkan selera aku dan dalam keadaan yang romantik ini tak mustahil ratio untuk mendapatkan zuriat 90 : 100

Friday, July 27, 2012

burger al-harith satu-satunya burger ber delivery di sungai air tawar

biasanya bazaar ramadhan akan tutup lepas maghrib jadi sesiapa yang balik lepas tarawih tu pastinya lapar dan kalau dah sampai ke rumah mesti malas nak keluar semata-mata nak beli sebijik burger, tetapi ada sekumpulan student yang terdiri daripada pelajar semester 5 diploma seni bina,diploma pengurusan pelancongan dan diploma pengurusan hotel katering dari politeknik sultan idris shah  yang ada idea luar biasa dengan usaha sendiri untuk membuat bisnes burger yang dimulakan selepas solat tarawikh dan yang paling penting ada perkhidmatan penghantaran ke rumah (delivery) caj penghantaran ialah sebanyak rm1 sahaja.  beli 5 burger percuma 1 benjo.untuk student luar yang susah nak cari kedai makan kerana rumah sewa yang berada di lubuk bunian  ini sungguh berguna lebih-lebih lagi kepada yang malas nak keluar rumah di waktu malam.

yang pastinya projek burger ini atas usaha mereka sendiri tanpa kongkongan AUKU,JPP,pengarah PSIS,akta 174,ketua jabatan dan pensyarah. DIY !!


Saturday, July 21, 2012

BATA bukan batu bata

BATA ibarat 'rumah ibadat' kepada aku setiap kali nak beli kasut pasal sejak zaman sekolah rendah lagi aku akan beli kasut dari bata.dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang bagus sudah 14 tahun aku jadi pelanggan setia kedai bata bukan tak pernah cuba jenama lain tapi disebabkan kualiti yang tak tahan lama aku memilih untuk ke bata saja setiap kali nak beli kasut baru.dan ini pertama kalinya dalam sejarah hidup aku,aku membeli kasut perempuan dari kedai BATA untuk di beri kepada miss D



Saturday, July 7, 2012

roti kahwin puteri diana dan putera charles dilelong

roti bakar ini disediakan pada sesi sarapan pagi di  hari perkahwinan mendiang puteri diana dan putera charles tetapi roti ini tidak sempat dijamah oleh kedua-dua mempelai dan roti ini diambil oleh ibu kepada gundik istana buckingham yang melawat anak nya yang bekerja di situ.hanya kerana ia berkaitan dengan kerabat diraja harganya bakal dilelong sebanyak 500 pound sterling bersama 2500 ringgit di majlis lelongan charles hanson yang akan berlangsung di Etwall,Derbyshire pada 19 julai nanti.

kepingan roti bakar berusia 31 tahun itu dikutip oleh rosemarie smith kini 83 tahun, dari dulang berisi sarapan pagi putera charles dan puteri diana setelah 2 mempelai itu selesai bersarapan pagi  .protokol istana melarang kepada sesiapa yang pernah bekerja di istana untuk tidak menceritakan kenangan dan pengalaman mereka semasa berkhidmat untuk kerabat diraja.anak perempuannya telah berkhidmat selama 30 tahun untuk istana buckingham dan antara rutin harian anaknya ialah mengambil dulang berisi sarapan pagi yang telah di makan oleh putera charles.

Tuesday, July 3, 2012

tiada lagi XFM - the radio that rocked


 aku mula mengenali XFM di saluran radio milik astro 8 tahun lalu pada masa itu XFM dikenali dengan X FRESH fm yang menjadikan para remaja sebagai sasaran pendengar mereka,antara barisan DJ terawal X fresh Fm ialah adi fashla & burn - af 1. ada juga DJ lain tapi disebabkan 2 tahun tak mendengar XFM aku sudah lupa dengan barisan deejay nya.yang aku tau shac,rizal,ray,haniff,ira dan dina yang kini di radio era dahulunya juga dj di Xfm .memang Xfm tak popular tapi aku menghormati xfm kerana pada era pra indie invasion mereka telah memperkenalkan konsep 100% lagu-lagu malaysia iaitu memainkan lagu-lagu band2 indie antara yang aku ingat ialah harmacy - rioh & SAM kuman - aku seekor kuman, ada juga lagu lain tapi2 lagu ini yang paling aku ingati hingga kini.
                                           sam kuman - aku seekor kuman
 

harmacy - riuh
bila mengingati XFM secara automatik aku akan mengingati zaman remaja sekolah aku yang menghabiskan masa lapang dengan menekan butang astro 858 dan mendengar lagu-lagu baru yang dimainkan oleh Deejay.mulai 9 julai 2012 frekuensi 103.0 sudah tidak berfungsi lagi dan XFM memilih untuk bersiaran secara online,dengan ini berakhirlah sudah perjuangan radio 100% malaysia yang masih lagi memperjuangkan konsep memainkan muzik malaysia kepada pendengar walaupun XFM cukup dikenali tetapi mereka tidak mendapat rating yang top seperti hot,era,sinar dan suria FM malah XFM juga lebih rendah rating nya dari radio milik RTM yang berlambak-lambak.

selepas ini para remaja jadi lah hamba telinga kepada najwa latif,mizz nina,siti nurhaliza,yuna,shila amzah tanpa mereka sedar yang mendengar muzik sebegitu hanyalah penyedap telinga dari membawa kita berfikir sambil mendengar bunyian muzik dan kemudian bercita-cita tampil dengan muzik tersendiri dan berangan-angan mempunyai rock band.XFM juga kaya dengan sokongan kepada band2 tempatan dengan sering mempromosi konsert,festival muzik atau gig.



juga sentiasa di ingatan aku -  brader LOVE ! dia ni jadi idola aku sampai sekarang dia ni jadi pendamai atau peacemaker di kalangan pasangan kekasih yang bergaduh.paling aku ingat masa brader love jadi orang tengah antara penjual burger,samad dan bekas tunang dia yang materialistik,bekas tunang dia tu dah ada lelaki lain memilih untuk memutuskan ikatan pertunangan paling tak boleh blah si sheren ni hina pekerjaan samad si penjual burger.dalam temubual tu brader love selambek je sound perempuan tu.aku bukan seorang yang materialistik dan begitu juga D aku.pada aku,perempuan high maintenance @ materialistik ni tak lama hidup dia atau erti kata lain tak reti berdikari @ bertanggungjawab.dalam kes tu brader love nampak cuba kontrol kemarahan dia dan yang best nya panggilan telefon antara brader love,samad dan tunang dia sherene tu disiarkan tanpa ditapis.
memang XFM belum mati lagi kerana akan bersiaran secara online tapi apa bezanya bersiaran secara online dengan mendengar lagu di MP3 ??? antara punca kejatuhan jumlah pendengar XFM 2 tahun lalu ialah kerana membelakangi motto mereka sendiri, iaitu "berdiri dibelakang bunyi baru muzik Malaysia" X FM membelakangi motto mereka dengan mengudarakan lagu-lagu tahun 90-an dan kebawah, walaupun telah di kritik oleh pendengar, mereka tetap meneruskan siaran tersebut. namun kini mereka menggunaka motto baru iaitu xfm rocks untuk menmperdengarkan lagu 90-an kebawah

bagi generasi seperti aku tidak salah kalau nak memainkan lagu era 90 an seperti spiral kinetic circus,infectious maggots,nice stupid playground tapi jangan la sampai memainkan lagu-lagu spring, dan se spesies dengan mereka pasal kalau nak dengar lagu diorang tu lebih baik kami sebagai pendengar memilih radio RTM dan radio yang lain yang memang pasti memutarkan lagu sebegitu setiap hari,sebab nak inginkan muzik baru dan sesuatu yang lain dari yang lain lah kami memilih XFM.aku melihat ini seperti peristiwa di dalam filem the boat that rocked di mana radio ROCK yang beroperasi melalui bot di laut atlantik di kawasan perairan britain kerana pada masa itu kerana jika stesen radio itu hendak bersiaran mereka harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh BBC. radio BBC memainkan muzik klasik sahaja jadi pendengar yang berjiwa muda dan inginkan bunyi baru memilih mendengar RADIO rock yang digelar pirate radio kerana bersiaran dari bot di lautan.dan bukannya bersiaran dari bangunan serta memainkan muzik rock tanpa henti ini menjadikan radio rock mempunyai 25 juta pendengar di samping DJ yang ada identiti tersendiri seperti midnite mark,gavin cavanaugh,quentin dan the count.

seperti di dunia sebenar selepas era pirate radio berakhir para DJ nya di lamar oleh stesen radio lain untuk menjadi DJ mereka,begitu juga dengan XFM setelah pengarah operasinya ditukarkan radio ERA yang sedang mengalami perubahan pada masa itu,dibawa sekali Deejay dari XFM yang dan hasilnya kini 90 peratus dj radio era dahulunya dari XFM.

Friday, June 22, 2012

cara melipat telur di mcdonald

setakat ni kat mcd malaysia ni aku tak pernah lagi jumpa telur yang dilipat kalau telur dimasak dalam bekas bulat tu ada lah. dan video di bawah ni menunjukkan cara melipat telur di mcd. aku heran kenapa mcD malaysia ni tak terbuka kepada orang luar yang nak tahu cara-cara mereka memasak telur dan patty burger.

Thursday, June 21, 2012

gajah bersalin

seumur hidup aku,tak pernah aku tengok gajah beranak dan ini kali pertama.sungguh tragik bila tengok si ibu cuba mengeluarkan anaknya maklumlah anak gajah saiznya sama besar dengan seorang remaja.tak boleh bayankan kesakitan dia mengandungkan anak sebesar tu. paling ngeri bila tengok darah melimpah lepas anak dia dah selamat dilahirkan macam pecah je perut dia.lepas anak dia selamat dilahirkan aku heran kenapa si ibu menendang anak dia rupa-rupanya nak bukak selaput yang menutup bayi dia tu.

Thursday, June 7, 2012

bangkitlah semula blog lucu menarik

sejak khalis mengumumkan yang blog lucu menarik @ sah dan tak sah bakal menamatkan operasinya sebulan yang lalu aku terasa bagai hilang rakan seperjuangan dalam arena ber blogging ini. usia blog lucu menarik dengan blog aku  pulak sebaya iaitu setahun lebih.bezanya blog dia cepat mendapat rating yang tinggi pasal usaha yang gigih dari tuan punya blog yang pada waktu itu merupakan seorang tokey cybercafe CC jadi mengadap komputer la si khalis siang hingga ke malam.tapi apakan daya,projek perumahan yang menjadi tanggungjawab khalis menjaid punca CC dia terpaksa ditutup dan masa dia terpaksa dikorbankan untuk projek terbaru dia.pengisian blog khalis pula banyak berkisah tentang lawak jenaka,cerita-cerita pelik orang di sekeliling kita.pengisian blog khalis jugak sama dengan aku.bezanya aku lebih banyak menulis tentang bolasepak dan kritikan pedas kepada pasukan malaysia.

masa khalis mengumumkan nak carik pengganti yang boleh meneruskan kesinambungan blog lucu menarik,aku terasa tergerak hati nak calonkan diri.tapi bile tengok keadaan sekarang ni rasanya masa belum sesuai kerana aku ada komitmen lain iaitu sebagai seorang pelajar dan aku cuma bergantung harap pada wifi dan broadband -faham faham je la line internet ni macam mane.berbeza dengan khalis yang ada line internet yang stabil dan kerja mengadap komputer plak tu.pasal tu entri dekat blog khalis jumlahnya berkali-kali ganda lebih banyak dari entri di blog aku. bukan aku tak serius meng update blog,bila aku ada masalah aku tak de mood nak update blog pasal tu aku kurang mengupdate blog sejak masuk bulan 1 tahun ni,kerana aku kena menjalani latihan industri dan masa aku bukan lagi di depan laptop mencari sumber untuk blog tetapi menghabiskan 8 jam aku di hotel.

setelah sebulan bertukar tangan dengan seseorang yang dikenali sebagai hairul ezarm,macam tu la bunyi nama dia,aku tengok blog lucu menarik semakin suram dan tiada isi-isi menarik untuk dibaca.bukan aku nak membandingkan admin sekarang dengan khalis.tapi ambik itu sebagai satu teguran positif kerana antara perkara wajib aku buat setiap hari ialah baca entri kat blog lucu menarik

Monday, June 4, 2012

Sunday, June 3, 2012

Jus durian

semasa aku pergi ke pasar malam jelatek hari jumaat lepas,ada satu minuman yang menarik selera aku iaitu jus durian.harga segelas jus ni 3 ringgit, rasa dia macam bubur durian.

Saturday, June 2, 2012

kebersihan negara demi ratu

sebanyak 25 000 orang sukarela terdiri dari warga england bergotong royong membersihkan kawasan awam di bandaraya london untuk memastikan sambutan jubli berlian ratu elizabeth disambut meriah dan dalam keadaan bersih.london antara bandaraya terbersih di dunia tetapi londoners mahukan kebersihan yang lebih baik lagi, situasi ini tidak berlaku di kuala lumpur kerana orang KL lebih bergantung harap pada DBKL yang tak berapa nak pro aktif.dan juga dah jadi budaya orang malaysia bila gotong royong dijalankan mereka tiada,tetapi bila tiba jamuan makan setelah penat melakukan tugas pembersihan jumlah yang datang untuk makan berkali ganda dari jumlah bergotong royong.

mungkin terlalu banyak raja di tanah melayu menjadi punca majlis pertabalan di setiap negeri melayu bersekutu hanya dikenang sebagai public holiday bukannya menyambut pertabalan sultan mahupun raja.memang di UK hanya ada satu raja dan sebab itu mereka mudah mengingati raja mereka.bukannya 10 raja & 10 sultan di tanah melayu. sukarelawan yang bergotong royong membersihkan bandaraya london terdiri dari pekerja TESCO,LLYOD TSB dan MARK & SPENCER.

Thursday, May 24, 2012

tak faham-faham lagi ?

 
Diam Seribu BahasaDia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak TahuDia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan BersamaBila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )
  
Masam MukaTindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat KhabarBab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat MalamDia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa BeritahuAda lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
 
Matikan Telefon BimbitHa ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer

Sunday, April 22, 2012

cara on bluetooth di asus A43S

aku sebenarnya masih belum memahami sepenuhnya laptop aku ni.pasal masa aku nak bluetooth file dari nokia X2 ke lappy ni bluetooth x2 tak dapat connect dengan bluetooth laptop ni.jadi terpaksa la aku upload gamba guna USB bengong.

bukan tak berusaha,aku dah check kat internet pasal macam mana nak on bluetooth kat laptop tapi satu pun tak membantu.pada satu hari dengan tak sengaja aku ter-klik satu simbol dalam hidden icon dan terus keluar ikon WLAN & BLUETOOTH jadi aku pun double klik ikon bluetooth serta merta bluetooth di asus A43S aku kembali berfungsi.

  
 simbol wireless console berwarna biru ni ialah simbol /ikon yang perlu di klik sebelum keluar ikon WLAN & BLUETOOTH.
 kalau simbol macam di atas ni bermakna bluetooth masih boleh di detect oleh mana-mana device/gajet
 kalau ada simbol ni plak bermakna bluetooth untuk laptop ni OFF dan kalau nak ON balek kena double klik je ikon Bluetooth tu.
 back to normal ! senang kan ?