Saturday, March 9, 2019

Koloni Fiksyen : Republika de Kolonia Trinidad

Bersesuaian dengan nama, Trinity. Republik ini yang terletak nun jauh di Borneo adalah hasil serahan pengiran muda kepada empayar Belgium, Itali dan Swiss.

Koloni Belgium

Sarikei dan Sibu diserahkan kepada Raja Leopold II, Raja Belgium yang menjadi orang tengah di antara perebutan wilayah Afrika Penjajah Perancis dan Inggeris. Dengan Raja Leopold II menandakan satu kawasan di tengah tengah benua Afrika dan disitu had jajahan mereka, jadi Raja Leopold II menjadikan kawasan yang ditandakan itu sebagai wilayah neutral, iaitu wilayah miliknya. Kini wilayah itu dikenali sebagai Democratic Republic Congo.

Disebabkan negara Belgium yang merdeka itu dahulunya sebahagian dari empayar Belanda, maka sebab itu wilayah Sibu dan Sarikei diserahkan kepada  Raja Leopold II untuk mengimbangi kuasa-kuasa penjajah di Nusantara yang pada waktu itu dibawah naungan
British(Myanmar,Malaysia,Singapura)
Belanda(Indonesia),Sepanyol(Filipina),
Perancis(Indo China- Vietnam,Cambodia,Laos).

Dengan penyerahan itu menjadikan Sibu dan Sarikei ialah satu satunya koloni Belgium di Asia. Bahasa Perancis, Belanda dan Jerman secara tak langsung dibawa masuk dan menjadi medium para pendatang dengan warga tempatan.

Koloni Itali

Miri diserahkan kepada Itali semasa era penyatuan Itali. Menjadikan Miri koloni Itali selepas Ethiopia.

Miri diberikan kepada Itali untuk menjadikan Pulau Borneo ini bebas dari cengkaman Sepanyol, Inggeris, Perancis dan Belanda. Susulan Sibu dan Sarikei diserahkan kepada Belgium.

Koloni Swiss

Sri Aman dihadiahkan kepada Swiss atas dasar negara itu yang tidak mahu menyertai mana-mana blok kuasa negara negara besar dan memilih untuk kekal neutral dan tidak terlibat dalam mana-mana perang.

Itu juga penting untuk demografik politik. Disamping mengekang kemaraan kuasa besar ke pulau Borneo. Disamping kemaslahatan umat kerana Swiss yang bertutur bahasa Perancis, Italy dan Jerman banyak membantu untuk berkomunikasi dengan koloni lain - Miri (Itali), Sibu & Sarikei - Belgium (bertutur bahasa Belanda, Perancis, Jerman).

Disebabkan dasar ini Sibu dan Sarikei terselamat dari pendudukan Jepun semasa era perang dunia kedua. Biarpun penjajah mereka, Belgium berada dibawah pendudukan Jerman.

Malang bagi Kuching yang berada dibawah pentadbiran keluarga Brooke. Disebabkan keluarga Brooke pro-British maka jajahan mereka pun turut terkena tempiasnya, sama seperti Filipina yang dibawah jajajan Amerika Syarikat turut ditakluki Jepun (Amerika tidak terlibat dengan PDK2 sehinggalah peristiwa pengeboman Pearl Harbour Disember 1941).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.