Friday, March 8, 2019

Fiksyen Lagenda : 1938 Harimau Malaya

Sekumpulan pelajar-pelajar Malaya yang berhijrah ke Britain untuk menyambung pelajaran telah terkandas dan tidak dapat pulang ke tanah air sebaik saja bermulanya perang dunia ke 2.

Mereka tidak dapat pulang ke tanah air dengan segera dan kerana bimbang akan nasib mereka, para pelajar ini telah mendapat idea bagaimana untuk meninggalkan legasi pada anak cucu mereka.

Terdiri daripada pelajar universiti, maktab perguruan dan kelasi kapal. Mereka ini bersatu membentuk satu pasukan bolasepak yang mewakili penduduk di Tanah Melayu. Ada daripada mereka yang tidak tahu bermain bolasepak kerana terlebih dahulu didedahkan dengan sukan kriket, hoki di komuniti tempat asal mereka, ada pula didedahkan dengan sukan badminton. Tak kurang juga yang berasal dari keluarga elitis dan lebih menggemari sukan ragbi.

Hasil daripada kesatuan pelajar pelajar dan kelab sosial masyarakat Melayu di Britain, mereka sepakat untuk menubuhkan satu pasukan dan berlatih bersama jika ada kelapangan. Mereka amat merindui tanah air, keluarga nun jauh di Malaya tapi disebabkan kekangan suasana perang, mereka melepaskan kerinduan dengan meluangkan masa  bersama sama dan bersukan sambil mengeratkan tali silaturahim dan lebih mengenali antara satu sama lain.

Piala Negara negara semakin hampir dan pemilihan telahpun dibuat. Hasil kesepakatan kaum pekerja kapal, pelajar mereka ini berjaya mengumpulkan 1 pasukan dan hasil didikan seorang bekas guru British yang berkhidmat di tanah melayu. Pasukan bolasepak harimau malaya berjaya dibentuk dan dalam masa yang sama mereka mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan koloni seperti Singapura, Brookeland (kingdom of sarawak), British Chinese(HK), North Borneo(sabah), British India (Pakistan, India, Bangladesh) Burmese,

Persediaan dibuat dengan rapi dan menunggu masa menuju ke negara penganjur (Switzerland). Tetapi satu tragedi tak diingini telah berlaku. Meskipun mendapat keizinan untuk masuk ke switzerland melalui Perancis  berjaya, mereka terkandas di sempadan Switzerland atas faktor bahasa dan dituduh sebagai pengintip oleh Vichy France dan tidak dibenarkan ke Switzerland.

Mereka ditahan di kem tahanan bersama tahanan perang lain. Disitu mereka bertemu dengan beberapa pemain yang berpotensi ke Piala Sepakbola tetapi terpaksa ditinggalkan atas faktor perang dan mereka ditawan oleh Nazi Jerman. Antara mereka yang ditawan ialah French African, French Arab, French Monegasque, French Quebec. Atas sebab senasib mereka memilih untuk mengadakan perlawanan sesama mereka sementara menunggu tarikh perlepasan. Tetapi tarikh tidak kunjung tiba, tawanan perang disitu mendapat helah dengan menggali terowong dan lari ke Switzerland atas faktor kesukanan. Mereka lari sebelum subuh, biarpun ada yang terkorban akibat mati ditembak, mereka tetap ke Switzerland. Dan sampai sebelum hari pertandingan.

Berita kehilangan misteri mereka menjadi tanda tanya kerana sebelum itu ada pasukan yang terlebih dahulu mendaftar sebagai pasukan Harimau Malaya. Lebih ajaib lagi, pasukan itu adalah hasil gabungan warga warga Indonesia, Singapore, Brunei, Sabah, Sarawak. Sampai lewat kerana bimbang akan nasib rakan rakan mereka yang ditahan rejim Vichy France.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.