Friday, March 8, 2019

The Goldberg

Aku ni bukanlah penggemar siri tv, lagi lagi siri tv yang terkini.

Tapi tah cemane aku boleh terjebak dengan siri tv the Goldberg ni.

berlatar belakang kan era 80an dan setiap budaya pop, trendy di era itu diketengahkan dengan baik dalam setiap episod.

diadaptasi dari pengalaman hidup produser Adam F. Goldberg bersama keluarganya dan kawan kawan di era 80 semasa beliau masih kanak kanak dan  remaja. Istimewanya setiap episod ini akan diakhiri dengan real stock footage, sama ada simpanan peribadi arkib Adam Goldberg sendiri atau rakaman video di era moden milik beliau.

Semasa aku terjebak menonton, siri ini sudah masuk ke musim ke 6.

Meskipun diadaptasi dari kisah sebenar Adam, ada perubahan dibuat dalam siri ini seperti Erica, kakak Adam. Dalam keluarga Adam di dunia nyata, mereka 3 beradik kesemuanya lelaki. Tetapi watak Erica menggantikan Eric dalam siri tv ini.

Begitu juga dengan bapanya, Murray. Murray dalam siri tv ini bekerja sebagai pengurus kilang pembuatan perabot yang diwarisi dari bapa mertuanya. Tetapi di dunia nyata, Murray adalah seorang doktor, dia hanya bekerja sambilan di kedai perabot milik bapanya kandungnya semasa remaja.

Dalam siri ini, Erica, Barry dan Adam memiliki jarak usia yang dekat tetapi di dunia nyata, Eric dan Barry jauh lebih tua dari Adam. Semasa Adam mula memasuki sekolah menengah, mereka sedang melanjutkan pelajaran di Universiti dan tidak begitu rapat dengan Adam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.