Penduduk jati Goa Mosa membantah perjanjian Anglo-Belanda yang ditandatangani antara Anglo dan Thai yang menyaksikan negeri Kelate dan wilayah wilayah Melayu di selatan Thai diserahkan kepada Thai.
Mereka tidak bersetuju kerana perjanjian berat sebelah ini dibuat tanpa referendum dan sebulat suara oleh penduduk Goa Mosa. Mereka berdemo dan menuntut supaya diberikan kuasa autonomi dan dijadikan wilayah baru iaitu tidak lagi menjadi sebahagian dari negeri Kelate dan masih mengekalkan sistem Gabenor-Raja. Berbeza dengan negeri negeri Malaypura yang lain.
Hasil referendum dan rundingan ini, Goa Mosa berjaya mendapat 'kemerdekaan' sendiri dan diiktiraf oleh Thai, Anglo dan Kelate sebagai wilayah autonomi. Mereka juga diberi kebenaran untuk menubuhkan pasukan keselamatan negeri ' Fox Cave State Troopers ' mirip dengan National Guard di Amerika.
Raja berkuasa di Istana dan Gabenor pula jawatan yang diberikan kepada rakyat biasa yang dilantik secara meritokrasi.
Sistem monarki di Goa Mosa unik, pewarisan takhta bukan dari ayah ke anak lelaki, sebaliknya dari abang ke adik atau dari sepupu ke sepupu untuk memastikan pewarisan takhta adil dan saksama.
Sebagai contoh Raja Utara adalah anak sulung, Baginda mempunyai 2 adik lelaki, Raja Selatan dan Raja Barat. Mengikut kebiasaan sistem lain, Raja Utara akan mewarisi takhta itu kepada anak baginda, Raja Utara II. Walaubagaimanapun, sistem ini menyaksikan Raja Utara menyerahkan kuasa kepada adinda baginda, iaitu Raja Selatan dan seterusnya, Raja Barat.
Setiap seorang Raja akan diberi mandat 10 tahun dan ditabalkan menjadi Raja pada usia 25 tahun, usia yang cukup matang. Pewaris takhta juga wajib memiliki pendidikan tinggi, berkhidmat dalam jabatan Polis, Tentera, Bomba, Maritim, Kastam, Perubatan, Percukaian supaya mereka arif akan bidang bidang sebegini. Jika mereka ditabalkan, khidmat mereka akan dibekukan dan kembali berkhidmat setelah habis penggal 10 tahun.
Usai sahaja tempoh Raja Barat menjadi Raja, takhta itu akan diwariskan kembali kepada anak Raja Utara iaitu Raja Utara II. Jika dia telah memenuhi syarat syarat wajib.
JIKA Raja Utara mempunyai kakak, selepas tamat tempoh 10 tahun Raja Barat (adik lelaki bongsu) takhta itu akan pergi ke anak lelaki sulung Puteri Timor, Raja Timor. Selepas itu takhta itu diserahkan kepada anak Raja Utara iaitu Raja Utara II.
JIKA Raja Utara mempunyai adinda perempuan diantara baginda dengan Raja Selatan ATAU Raja Selatan dengan Raja Barat. Iaitu Puteri Tenggara, maka seharusnya sebaik saja tamat tempoh Raja Utara II atau Raja Selatan II tamat berkhidmat, pewarisan takhta akan diserahkan kepada Raja Tenggara.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.