Tuesday, July 3, 2012

tiada lagi XFM - the radio that rocked


 aku mula mengenali XFM di saluran radio milik astro 8 tahun lalu pada masa itu XFM dikenali dengan X FRESH fm yang menjadikan para remaja sebagai sasaran pendengar mereka,antara barisan DJ terawal X fresh Fm ialah adi fashla & burn - af 1. ada juga DJ lain tapi disebabkan 2 tahun tak mendengar XFM aku sudah lupa dengan barisan deejay nya.yang aku tau shac,rizal,ray,haniff,ira dan dina yang kini di radio era dahulunya juga dj di Xfm .memang Xfm tak popular tapi aku menghormati xfm kerana pada era pra indie invasion mereka telah memperkenalkan konsep 100% lagu-lagu malaysia iaitu memainkan lagu-lagu band2 indie antara yang aku ingat ialah harmacy - rioh & SAM kuman - aku seekor kuman, ada juga lagu lain tapi2 lagu ini yang paling aku ingati hingga kini.
                                           sam kuman - aku seekor kuman
 

harmacy - riuh
bila mengingati XFM secara automatik aku akan mengingati zaman remaja sekolah aku yang menghabiskan masa lapang dengan menekan butang astro 858 dan mendengar lagu-lagu baru yang dimainkan oleh Deejay.mulai 9 julai 2012 frekuensi 103.0 sudah tidak berfungsi lagi dan XFM memilih untuk bersiaran secara online,dengan ini berakhirlah sudah perjuangan radio 100% malaysia yang masih lagi memperjuangkan konsep memainkan muzik malaysia kepada pendengar walaupun XFM cukup dikenali tetapi mereka tidak mendapat rating yang top seperti hot,era,sinar dan suria FM malah XFM juga lebih rendah rating nya dari radio milik RTM yang berlambak-lambak.

selepas ini para remaja jadi lah hamba telinga kepada najwa latif,mizz nina,siti nurhaliza,yuna,shila amzah tanpa mereka sedar yang mendengar muzik sebegitu hanyalah penyedap telinga dari membawa kita berfikir sambil mendengar bunyian muzik dan kemudian bercita-cita tampil dengan muzik tersendiri dan berangan-angan mempunyai rock band.XFM juga kaya dengan sokongan kepada band2 tempatan dengan sering mempromosi konsert,festival muzik atau gig.



juga sentiasa di ingatan aku -  brader LOVE ! dia ni jadi idola aku sampai sekarang dia ni jadi pendamai atau peacemaker di kalangan pasangan kekasih yang bergaduh.paling aku ingat masa brader love jadi orang tengah antara penjual burger,samad dan bekas tunang dia yang materialistik,bekas tunang dia tu dah ada lelaki lain memilih untuk memutuskan ikatan pertunangan paling tak boleh blah si sheren ni hina pekerjaan samad si penjual burger.dalam temubual tu brader love selambek je sound perempuan tu.aku bukan seorang yang materialistik dan begitu juga D aku.pada aku,perempuan high maintenance @ materialistik ni tak lama hidup dia atau erti kata lain tak reti berdikari @ bertanggungjawab.dalam kes tu brader love nampak cuba kontrol kemarahan dia dan yang best nya panggilan telefon antara brader love,samad dan tunang dia sherene tu disiarkan tanpa ditapis.
memang XFM belum mati lagi kerana akan bersiaran secara online tapi apa bezanya bersiaran secara online dengan mendengar lagu di MP3 ??? antara punca kejatuhan jumlah pendengar XFM 2 tahun lalu ialah kerana membelakangi motto mereka sendiri, iaitu "berdiri dibelakang bunyi baru muzik Malaysia" X FM membelakangi motto mereka dengan mengudarakan lagu-lagu tahun 90-an dan kebawah, walaupun telah di kritik oleh pendengar, mereka tetap meneruskan siaran tersebut. namun kini mereka menggunaka motto baru iaitu xfm rocks untuk menmperdengarkan lagu 90-an kebawah

bagi generasi seperti aku tidak salah kalau nak memainkan lagu era 90 an seperti spiral kinetic circus,infectious maggots,nice stupid playground tapi jangan la sampai memainkan lagu-lagu spring, dan se spesies dengan mereka pasal kalau nak dengar lagu diorang tu lebih baik kami sebagai pendengar memilih radio RTM dan radio yang lain yang memang pasti memutarkan lagu sebegitu setiap hari,sebab nak inginkan muzik baru dan sesuatu yang lain dari yang lain lah kami memilih XFM.aku melihat ini seperti peristiwa di dalam filem the boat that rocked di mana radio ROCK yang beroperasi melalui bot di laut atlantik di kawasan perairan britain kerana pada masa itu kerana jika stesen radio itu hendak bersiaran mereka harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh BBC. radio BBC memainkan muzik klasik sahaja jadi pendengar yang berjiwa muda dan inginkan bunyi baru memilih mendengar RADIO rock yang digelar pirate radio kerana bersiaran dari bot di lautan.dan bukannya bersiaran dari bangunan serta memainkan muzik rock tanpa henti ini menjadikan radio rock mempunyai 25 juta pendengar di samping DJ yang ada identiti tersendiri seperti midnite mark,gavin cavanaugh,quentin dan the count.

seperti di dunia sebenar selepas era pirate radio berakhir para DJ nya di lamar oleh stesen radio lain untuk menjadi DJ mereka,begitu juga dengan XFM setelah pengarah operasinya ditukarkan radio ERA yang sedang mengalami perubahan pada masa itu,dibawa sekali Deejay dari XFM yang dan hasilnya kini 90 peratus dj radio era dahulunya dari XFM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.