Sunday, July 1, 2012

kenangan 4 dan 5 tahun dulu...

 
 zaman aku form 3 dan 4 dulu setiap hari jumaat aku akan singgah ke masjid muadz bin jabbar di setiawangsa.dah jadi rutin harian aku setiap hari jumaat pasal bas/van yang aku naik selalu ambek lewat jadi dari berdosa tak solat jumaat baek aku korbankan 70sen aku untuk tambang dari setiawangsa ke jelatek.dalam 12.40 tengah hari aku dah bersila kat masjid muadz tu sebelum  mendengar khutbah aku membaca flyer atau risalah yang disediakan beserta hadis dan memerhati gelagat manusia,di samping tu jugak aku menenangkan fikiran dengan  melupakan segala masalah dan berfikir selepas solat jumaat ni aku nak pergi mana,biasanya aku akan pergi 7 eleven beli gula-gula,beli wafel depan 199,dan singgah kedai alat tulis yang aku tak ingat nama dia walaupun dah 6 tahun beli G3 kat situ.
 dengan berbaju melayu sekolah berwarna putih aku merenung ke jalan raya tengok orang pergi ke masjid untuk solat jumaat,aku jugak tengok para peniaga di luar masjid yang sibuk berniaga makanan,ubat kuat,siasah,suara keadilan,harakah itulah keunikan masjid di KL ni di luar masjid setiap hari jumaat berniaga di situ macam berniaga di pasar malam berbanding masjid di luar KL yang rata-ratanya berfikir masjid hanya tempat untuk bersolat,sembahyang jenazah dan mendengar ceramah.semasa khutbah tengah bersidang pulak aku terganggu dengan bunyi bising budak SMK DTHO yang khutbah nya lebih bertenaga dari khutbah imam.
masa tingkatan 4 aku dah tak selalu pergi masjid tu pasal aku biasanya balek terus ke rumah,mandi dan bersiap pergi masjid.sebab sembahyang jumaat pukul 1.45 jadi dalam 1.15 aku dah ada kat rumah,mandi,besiapdan 1.30 dah pergi masjid.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.