semasa parlimen bersidang ADUN atau perwakilan hendaklah datang ke mikrofon yang disediakan,bukannya tidor di kerusi empuk sambil menyampuk apa usul yang dibentang dan dibahaskan seperti di malaysia.cukup la sekadar kerusi bangku yang ada kusyen dan duduk berhimpit bergesel bahu sambil memikirkan apa yang perlu disuarakan untuk rakyat dan apa idea baru bagi menjadikan kehidupan kita ke arah yang lebih baik
aku di cadangkan jadi perdana menteri mula-mula aku anggap itu sebagai sindiran tetapi bila di fikirkan balek ada jugak yang menerima idea bernas aku.
manifesto atau janji aku sebagai perdana menteri ialah :
memperkenalkan slogan ' biar kroni tak kaya,asalkan rakyat selesa'
memansuhkan akta universiti dan kolej universiti (AUKU), akta 174, dan bermacam lagi akta yang menyekat anak-anak muda yang ada kesedaran dari berkempen dan menyuarakan pendapat.pada aku mahasiswa lebih berkesedaran kerana mereka bebas dan tidak dibayar untuk berkempen serta mereka juga sayangkan negara ini.anak muda ialah nadi penggerak dan jatuh bangun sesebuah negara.ambil contoh kerajaan kuku besi ben ali ditumbangkan oleh anak muda tunisia.
menjadikan sistem pengangkutan di malaysia antara yang terbaik di asia.kalau jepun yang ada gempa bumi,gunung berapi,tsunami tetapi mereka boleh buat seluruh jepun ada kemudahan kereta api kenapa malaysia tak boleh ?? aku akan memperuntukkan beratus bilion untuk membangunkan kemudahan laluan kereta api ke seluruh malaysia bukan tanah melayu saja.
mewujudkan bandar-bandar baru seperti berasaskan negara-negara eropah iaitu penduduk tinggal di bandar yang ada kemudahan lengkap bukannya bekerja di bandar tetapi menetap di luar bandar dengan mengumpulkan penduduk di bandar mereka akan ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam dan dengan ini kesesakan lalu lintas dapat di atasi dan menjimatkan petrol.
mewujudkan sudut pidato di tengah-tengah pusat bandar,dengan ini lebih jelas untuk aku mendekati rakyat tanpa perlu ke ceruk kampung tetapi dengan menarik mereka ke sudut pidato untuk berdebat dan meluahkan pandangan dan pendapat sudah cukup bagus.
memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik,mereka tidak perlu menyertai parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan, sebuah parti mewakili 100% suara maha siswa akan ditubuhkan dengan mereka bebas untuk memilih parti mana yang mereka rasa sudi bekerjasama dan memenuhi tuntutan mereka.
menghapuskan tugas minimal jabatan agama islam iaitu sibuk menangkap orang berkhalwat tetapi sering kedengaran aduan mualaf saudara baru mengadu tiada bantuan untuk meneruskan hidup dan tiada tempat bergantung.dengan ini jabatan agama islam aku sarankan lebih menumpukan menjaga kebajikan sesama ummah dari sibuk menganggu apa yang mahu mereka buat dengan kelamin mereka.
mewujudkan unemployee beneficial iaitu bantuan wang saraan untuk mereka yang tidak bekerja.dengan sumber nya aku perolehi dari mencekik duit para jutawan,bilionaire yang tak berfikir untuk beramal adalah lebih baik aku mengenakan cukai yang tinggi setiap bulan kepada mereka.bantuan wang sara hidup tidak bekerja ini aku salurkan kepada penggangur,pencen,pesara kerajaan,golongan tidak bekerja - student kolej/universiti,pelajar sekolah menengah,lepasan SPM,pelajar tingkatan 6 dan mereka yang belum mendapat kerja. bantuan ini diperuntukkan rm 500 sebulan dengan agihan sebanyak rm 125 seminggu,bantuan ini dituntut di khidmat komuniti yang akan ditubuhkan bila aku menjadi perdana menteri
mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat tetapi mereka mendapat pulangan setimpal.contohnya pada rakyat yang bergaji rm 2000 sebulan aku akan kenakan cukai 700 sebulan termasuk insuran,pulangan nya ialah jika dia dimasukkan ke hospital dia tidak perlu membayar bil perubatan kerana telah di potong dari cukai bulanan.dan kepada yang mempunyai anak pula mereka tak perlu runsing mencatu duit hendak membeli susu,lampin untuk anak kerana itu boleh di tuntut di khidmat komuniti dengan memberi maklumat anak mereka dan menyertakan sijil lahir anak sebagai bukti penerimaan.
menyediakan kemudahan pendidikan percuma,sebagai sosialis aku sentiasa mahukan keadilan untuk setiap masyarakat jadi pendidikan percuma adalah satu bentuk kemudahan dengan aku memansuhkan sistem akademik dan kokurikulum di malaysia dengan mengikut sukatan pelajaran dari United Kingdom,kerana modul mereka ialah 'belajar apa yang kamu cenderung dan minat,bukan belajar untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan'
mewajibkan pelajar-pelajar melayu lulus dalam bahasa tamil,dan cina - kerana anak-anak cina dan india mereka terpaksa menanggung beban kerana wajib lulus mata pelajaran bahasa melayu.dengan undang-undang ini anak-anak melayu sedar bahawa mereka tidak lagi dimanjakan oleh sistem akademik yang lapuk ditelan zaman
mewajibkan aktiviti kokurikulum berdasarkan minat pelajar,untuk apa buat persatuan bahasa melayu kalau pelajar hanya masuk untuk mengisi kuota saja?? lebih baik buat persatuan gamers online, blogger sekolah, hacker remaja sekolah, ultras smk ..... , fixie skool,dan buat sukan yang jadi kegemaran mereka seperti futsal,street soccer,bola sepak,bola keranjang,sofbol, baseball,ragbi,american football,lacrosse ini lebih cool kerana menepati citarasa mereka.
aku juga bercadang menghapuskan irama nasyid kerana semasa era sekolah aku hanya muzik nasyid yang dapat kelulusan ustazah/ustaz dan para cikgu untuk dipertandingkan mewakili sekolah selain itu hanya dikir barat saja.anak muda meminati muzik dan tarian apakah salahnya?? mereka di paksa mem poseurkan diri dengan memakai songkok hitam,baju melayu dan mengenggam kedua-dua belah tangan di pinggang sambil bernasyid lagu yang shit serta penulisan lirik nasyid yang entah apa-apa.aku menggalakkan mereka bermain muzik yang rebel dan mendatangkan semangat untuk berpogo sambil bangkit memberontak seperti grunge,punk rock,hardcore, muzik lain seperti alternative,soul,acoustic,sub pop,brit pop,brit rock juga digalakkan tetapi jika ada yang mahu hip hop berteraskan kesedaran dan perjuangan membela gologan kulit hitam itu aku luluskan tetapi jika hip hop ala caprice,Black eyed peas itu, sila bermuzik di luar kawasan sekolah ..
menambah waktu PJK iaitu pendidikan jasmani kerana budak-budak seronok bersukan dan menghilangkan tekanan belajar dengan menambah waktu pjk sebanyak 2 jam seminggu kepada 8 jam seminggu dengan dari 5 hari seminggu mereka perlu bersukan 4 hari ini bertujuan mereka sentiasa seronok berada di persekitaran sekolah.
menyediakan satu kelas,satu bilik darjah/kelas dengan ini para pelajar itu mempunyai satu tahun untuk menghias kelas mereka mengikut kreativiti dan tanpa perlu berasa risau budak kelas petang akan menjahanamkan hasil kerja mereka.dengan ini juga barang-barang atau properties milik mereka terjaga kerana tiada perkongsian kelas dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.
menyediakan sudut lepas geram dengan menyediakan tembok untuk mereka meluahkan perasaan atau berekspresi tentang emosi mereka sama ada geram,marah atau bergembira.dengan ini dinding bilik kelas dan permukaan meja mungkin lebih bersih dari sekarang ini
memansuhkan sistem ujian memandu sedia ada,untuk lulus ujian memandu di michigan,amerika syarikat hanya ada 2 step iaitu ujian bertulis/undang-undang dan kemudian ujian jalan raya. untuk lesen memandu kereta bayaran ujian undang-undang ialah 25 us dolar saja dan jika gagal untuk mengambil semula ujian itu tidak perlu dibayar sekali lagi kerana 25 dolar itu masih boleh digunakan untuk ulangan kali kedua, untuk ujian jalan raya pula rm 50 us dolar dicaj ini masih dikira murah berbanding di malaysia yang sekarang ini memakan 750 untuk lesen D sahaja. ujian jalan raya di michigan tidak la teruk seperti malaysia semasa sesi ujian jalan raya kita akan menggunakan kereta auto dan membuat ujian parking dengan dibawah kendalian tutor, di amerika juga tidak perlu melalui ujian jpj dan dalam tempoh 2 minggu saja sudah dapat mempunyai lesen kereta.untuk menjadi negara maju kita haruslah mengikut modul negara maju dan memastikan rakyat selesa tanpa terbeban dengan sesi pengajian yang memakan masa yang lama.
memansuhkan proton - proton menjual produk sendiri di malaysia pada harga yang tidak munasabah dengan kualiti kereta yang dihasilkan.untuk mengelakkan pembaziran projek yang tidak menghasilkan untung dan membebankan adalah elok jika proton di tutup dan cukai untuk kereta yang di import diturunkan dengan ini mudah lah rakyat kita memiliki kereta jenama luar yang jadi idaman mereka
membangunkan bandar-bandar lain - adalah tidak adil kuala lumpur dan putrajaya bandar yang tidak memiliki sumber bahan mentah menerima peruntukan lebih banyak dari bandar lain. contohnya sarawak yang kaya dengan gas asli tetapi bandar kuching,miri tidak la setanding dengan kuala lumpur. adalah lebih elok aku memajukan bandar-bandar lain seperti ipoh,kuching,kota kinabalu,shah alam,george town,alor setar,melaka,seremban,kuantan,kangar,kuala terengganu supaya sama taraf dengan KL dari segi kemudahan dan keselesaan rakyat. umpamanya membina trem dan monorel untuk memudahkan pengangkutan dan bukan nya membina bangunan tinggi dan shopping kompleks yang menjadikan rakyat kita semakin membazir dan hanya berbelanja sakan saja,adalah lebih elok di bina muzium,pusat kebudayaan dan warisan dan taman tema air untuk mereka bersuka ria dari membina pusat membeli belah yang tidak tahu adakah mampu menghasilkan keuntungan besar dan dibina bangunan tinggi yang mempunyai lot pejabat kosong.
mewajibkan universiti,kolej,institut perguruan,institut kemahiran dan politeknik dibina di kawasan pekan atau bandar yang ada kemudahan di tahap memuaskan ini untuk keselesaan para pelajar dan memudahkan mereka.
mengenakan syarat wajib kepada pembangun hartanah supaya apartment,pangsapuri yang bakal dibina mempunyai kemudahan seperti padang bola,court futsal,gelanggang basketball untuk bersukan.
menghalal kan penerbitan dan penjualan majalah,akhbar dan buku yang berhaluan kiri untuk dijual secara terbuka di kedai-kedai buku dan meng halal kan sebarang jenis demonstrasi jalanan atau protes.juga menggalakkan kebebasan bersuara terhadap sebarang isu tanpa mengambil kira sensitiviti ini bertujuan mengelakkan budaya cakap belakang atau mengumpat di media elekronik dan laman sosial
mengharamkan penerbitan majalah hiburan seperti mangga,hai, urtv dari dijual dan diterbitkan dengan ini artis tempatan akan lebih berilmiah dan ber pengetahuan dari memikirkan hendak membuat cerita karut tentang sape kekasih lama dia,sapa datuk X yang jadi secret admirer dia.dan menarik balik permit penerbitan majalah mastika yang semakin mengarut dari berleluasa meracun minda anak muda.akhbar tabloid seperti harian metro di haramkan dari diterbitkan kerana menjual cerita bertaraf sampah dan dengan langkah ini mampu membendung masyarakat kita dari menjadi masyarakat sampah yang suka membaca cerita sampah dan mengurangkan dosa masyarakat kita yang sibuk hal kangkang orang lain.
menguatkuasakan undang-undang supaya sebarang jenis rancangan realiti TV tidak diterbitkan kerana membazir duit dan membodohkan masyarakat kita,mendidik masyarakat untuk berusaha gigih dalam hidup dari mencari jalan pintas dengan menjaja kisah hidup susah,adik cacat,tunang miskin di dalam rancangan realiti tv semata-mata meraih simpati.
mengadakan debat sesama ahli politik setiap minggu dan bukannya setiap kali kempen pilihanraya ini mendedahkan kepada rakyat siapa yang layak dipilih menjadi pemimpin dan manifetso siapa yang pada mereka lebih rasional dan mampu dilaksanakan
menggalakan toleransi sesama agama,ini bertujuan menghapuskan sentimen kristianisasi,islamophobia dan pelbagai jenis sentimen keagamaan lagi .dengan liberalisasi sesama agama lebih mudah kesepakatan dan perpaduan diwujudkan dan sila hormati hak orang lain beragama.
penerbitan majalah bolasepak yang berteraskan liga bolasepak tempatan akan mudah diberi lesen penerbitan ini bertujuan menghapuskan mentaliti EPL liga kita, England pasukan kebangsaan kita.dana juga disalurkan kepada majalah yang menerbitkan perkembangan liga bolasepak malaysia tanpa ada dicampur adukkan dengan info liga eropah.hanya info liga negara asia saja yang dibenarkan ini menunjukkan benua asia juga ada liga juara-juara mereka sendiri.
gologan monarki hanya meneruskan kehidupan mereka sahaja tanpa terlibat dalam mana-mana parti politik dan bidang kuasa mereka hanya di dalam istana saja.rakyat biasa juga tidak dikenakan sebarang tindakan malah di beri mandat dan kebebasan untuk menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap institusi beraja.
menetapkan gaji minimum serendah 1700 sebulan ini mengelakkan majikan dari menindas pekerja dan menjaga kebajikan golongan kelas pekerja/kolar biru/proletariat dan rakyat marhaen.memastikan 1 mei adalah hari cuti dan hari peringatan kepada para pekerja. pekerja haruslah bekerja mengikut waktu syif saja jika overtime,ianya mestilah kerelaan pekerja itu sendiri bukan atas paksaan majikan.
rumah perlindungan diberikan kepada anak-anak yang lari dari rumah dan dihalau oleh keluarga.ini keutaaman aku sebagai perdana menteri memberi perlindungan dan bantuan kepada yang memerlukan.
banyak lagi idea yang akan menyusul nanti aku tulis ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.