Friday, July 6, 2012

perihal goreng pisang

lumrah bapak aku setiap lepas solat jumaat, beli goreng pisang lepas tu bawak balek untuk dimakan sebelum sambung kerja.tapi isu utama yang ingin aku suarakan disini ialah adakah harga tepung sudah meningkat naik ?? tadi aku agak pelik dengan goreng pisang aka pisang goreng yang dibeli oleh beliau pasal goreng pisang biasanya warna kulitnya kuning keemasan tapi goreng pisang kali ni pucat.sebenarnya goreng pisang arwah nenek aku jugak pucat tapi itu kerana dia menggunakan 100% tepung gandum bukannya tepung gandum dicampur dengan serbuk kunyit.dan kulit goreng pisang arwah nenek aku cukup tebal sehingga tak nampak isi pisangnya.
bukanlah isu cucur pisang sape sedap atau sape punya goreng pisang yang cantik ingin aku suarakan tetapi aku bersuara pasal goreng pisang yang dibeli bapak aku sungguh nipis kulitnya dan boleh nampak buah pisang di dalamnya,ini kerana mungkin si penjual goreng pisang tu hanya membalik-balikkan pisang goreng tu tanpa merendam kan nya kedalam adunan tepung itu sehingga adunan itu benar-benar sebati dengan pisang.

lagi satu kerja mementingkan kuantiti dari kualiti.dipercayai goreng pisang ni dibeli oleh bapak aku di depan pintu masuk ke Desa wangsa keramat di blok A.kerana biasanya bapak aku menunaikan solat jumaaat di madrasah di taman tasik keramat itu jadi 99% goreng pisang tu dibeli di pintu masuk blok A  kerana pakcik dan makcik itu berniaga setiap hari.sungguh memotong selera goreng pisang ni dah la tak rasa dia punya gorengan tepung dahtu rasa macam makan buah pisang yang disapu tepung bukan dicelup tepung.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.