Friday, July 13, 2012

kembali ke sabak bernam dan apa makna negeri maju??

kampung teluk rhu,sabak bernam ini lah tempat yang dah lama aku tinggalkan sejak hujung november 2011,sebenarnya tak la lama ditinggalkan aku mula-mula balek masa bulan februari lepas tu pun pasal nak amek baucar buku 1 malaysia.lepas tu 21 mei datang balek ke sabak pasal nak hantar laporan latihan industri dan interview oleh lecturer.dan sekarang 12 julai 2012 datang untuk daftar semester baru dan hantar barang-barang ke rumah sewa.

mulai ahad ni bermula la perjalanan rutin hidup aku di sabak bernam seperti biasa, tidur pukul 10 malam,bangun pukul 6.00 pagi,pukul 8 pegi kelas,pukul 12.30 balek rehat, pukul 2 pegi kelas petang dan pukul 4.45 balek kelas.itu la rutin hidup aku di tempat yang membosankan pernah aku tinggal sepanjang 20 tahun aku di dunia.sejujurnya sekarang ni aku sedang mencari escapisme aku di sabak bernam untuk mengatasi rasa bosan duduk di hujung tanah negeri selangor ni.

selangor maju 2005 ?? satu lawak bodoh dari sebuah negara dunia ketiga .maju apa kalau line internet masih di tahap shitbrick,maju apa kalau student takde pengangkutan awam yang efisien ke poli ?? maju apa kalau student dihalang buat itu ini baik di dalam asrama atau di luar poli ?? maju apa kalau tak sediakan kemudahan kediaman luar atau kolej kediaman kepada para student ?? padahal tanah di sekeliling poli masih kosong.aku rasa kalau kolej kediaman luar dibina berhadapan dengan poli tak ramai student akan bawak kereta dan mereka lebih suka bawak mountain bike,fixie dan motorsikal saja. dan lebih penting kalau kolej kediaman luar diwujudkan lebih jika diuruskan oleh pelajar sendiri dengan wujudnya student union,seeloknya student union ini janganlah dianggotai oleh JPP.

dan aku tak suka pandangan atau cadangan orang kampung diusulkan dan di jadikan undang-undang yang harus dipatuhi student.pada aku orang kampung di sini adalah muslim yang munafik dan fasik contohnya prebet sapu deme tu main anak orang - student poli takpe,tapi student poli bersenggama atau berkasih sayang sesama sendiri haram pada mereka.pada aku penis kau,kau punya pasal la nak buat ape.dick aku kau jangan sibuk,aku punya suka nak buat ape.

aku pun orang kampung,dan walaupun aku dah tak 9 tahun duduk di kampung secara frequent atau tetap kerana aku duduk di kampung bila ada cuti saje tapi aku tak la berpandangan dangkal atau jahilliyah macam kampung parit baru,teluk rhu atau sungai air tawar.sejujurnya orang kampung disini lebih suka ambik tau pasal hal ehwal apa kita nak buat pada encik P dan miss V kita dari ambek tau tentang kebajikan kita.sebagai manusia yang banyak didedahkan tentang negara-negara maju kemajuan negara itu dinilai dari KEBAJIKAN dan KESELESAAN penduduknya bukan dinilai dari AGAMA anutannya dan seberapa banyak hadis atau ayat-ayat al quran di hafalnya.

KEBAJIKAN ialah mengapa tidak disediakan kolej kediaman luar yang berhadapan dengan poli untuk memudahkan student dan menjimatkan masa perjalanan dan petrol ?? pengangkutan awam seperti bas ataupun van untuk memudahkan student pergi ke pekan dan tambang juga harus diambil kira kerana semasa aku naik prebet dulu SATU KEPALA saja ke sungai besar dah kena caj rm 15 ringgit untuk pergi sahaja. masa trip aku ke pulau pangkor dulu dari jeti pangkor ke teluk nipah dah mencecah rm 15 tapi itu bukan sekepala tapi untuk 3-4 orang.kalau melancong seorang pun kena la jugak rm 15 tapi boleh kautim kalau naik sekali dengan grup lain yang ada 5-7 orang penumpang. aku dulu masa nak balek ke jeti pangkor kena bayar 5 ringgit je pasal pakcik tu dah ada satu grup yang dah booking teksi dia jadi grup tu rm 20 + aku rm 5 = rm 25.
untuk pengetahuan teksi yang aku maksudkan di pulau pangkor ialah van yang berwarna pink,ini memang digelar teksi di sana.

padahal masa aku naik prebet sapu dalam van ada 7 orang jadi 7 orang tu kena bayar rm15. 15 x 6 = 105 ringgit !!
kalau pasal kolej kediaman untuk pelajar luar tu jugak seeloknya caj la sewa rm 50 satu kepala,tak termasuk bil air,bil elektrik ataupun bil wifi. kena faham jugak kat sabak ni line internet bertaraf celaka dan apa salahnya kalau la dah wujud kolej kediaman pelajar lengkapkan sekali dengan wifi pasal zaman milennium ni nak buat assignment nak rujuk buku memang susah la sebab library psis pun tak boleh challenge library sekolah aku dulu. bila nak sedar ni ? taraf hidup di sabak bernam ni lebih tinggi dari taraf hidup di pangkor.

keselesaan juga satu lagi perkara yang perlu diutamakan kerana para student terutama lelaki takkan nak berkurung dalam rumah je lepas balek kuliah deme mesti nak bersukan dan apa salahnya diwujudkan aktiviti pertandingan macam paint ball,explorace,wipe out,futsal dan tournament bola sepak.adalah lebih baik diadakan tiap-tiap minggu untuk memberi peluang kepada semua student yang ada minat bermain bola menunjukkan bakat masing-masing. adalah lebih bernas jika court futsal dan padang ditambah kerana bila turun main futsal je kena jadi tunggul kat tepi court tengok orang main dan kena tunggu giliran team aku main sampai lebih 45 minit.

aku sentiasa kagum bila tengok movie luar negara terutama filem ada kisah budak-budak kolej macam the social network.dalam movie tu kampus harvard tu dah macam satu bandar aku tengok dengan kemudahan lengkap,tempat berlatih rowing - dayung sampan,bilik hostel yang sebesar rumah siap dengan internet dan ada harvard crimson yang ditulis oleh pelajar harvard sendiri.setiap pelajar mengimpikan zaman kolej mereka seronok dan selesa. tapi ini tidak ada pada psis

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.