Wednesday, July 25, 2012

cerita dan angka 2

ada satu cerita ada 2 orang umat manusia lelaki dan perempuan, saling menyimpan perasaan dari hari kedua berkenalan dan dari hari kedua menjadi 2 hari,menjadi 2 minggu dan 2 bulan tetapi si perempuan masih jugak dengan pendirian maha-konservatif nya atau dalam bahasa melayu nya adam HARUS mencari hawa dan perigi mencari timba.tidak mahu mendekati lelaki itu dengan lebih mendalam dan hanya menjadi stalker di FB saja, masa berganti masa.2 berganda 2 akhirnya menjadi 2 tahun dalam tempoh itu si lelaki sedar dia sudah tidak punya banyak masa kerana kelak dia akan berhijrah ke pulau 2 negara iaitu pulau irishman.lelaki itu bukan tidak mahu mendekati dek kerana sebelum ini 2 kisah percintaan nya dengan gadis luar negara bermula dengan gadis itu mengenali dan si lelaki dan 2 bekas teman hatinya itu tidak bersatu kerana ke dua-duanya mempunyai pegangan 2 agama yang berbeza dan 2 budaya yang berbeza.2 bahasa dan selera makan berbeza bukan lah masalah utama,

setelah selesai check in di lapangan terbang KLIA 2 si lelaki dikejutkan dengan panggilan seorang wanita tepat pada pukul 2 petang.si lelaki akan berlepas pada pukul 4 petang dan dijangkan sampai pada pukul 6 keesokan harinya,si perempuan itu memaklumkan bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi suri hari si lelaki.si lelaki terpaku kerana dalam hidup nya hanya angka 2 lah yang menjadi 'pagar'  dari 2 ibu bapa.2 adik beradik,keluarga kelas ke 2, anak ke 2.dia pun terharu dan bertanya kepada wanita itu bila mereka akan berjumpa si wanita itu berkata 2 minggu lagi tapi setelah 2 minggu menjadi 2 bulan lagi penantian dan setelah 2 bulan penantian menjadi 4 bulan setelah 4 bulan berlalu genap la 2 tahun si lelaki memegang janji si perempuan semasa tempoh 2 tahun di pulau 2 negara itu lah dia kekal kan hatinya tanpa memilih untuk mencari pasangan baru.

tanpa disedari angka 2 itulah takdirnya,pada umur 32 dia meninggal akibat kemurungan dan tekanan akibat penantian 2 tahun yang tak kunjung tiba,setelah disahkan mati familinya menuntut mayatnya setelah 2 minggu di bekukan dan selamat dikebumikan di sebelah kedua-dua bekas isterinya terdahulu.si perempuan setelah mengetahui hal itu mula berasa bersalah kerana menangguhkan dan memberi harapan palsu.tapi dia tak sedar yang setiap dari kita tahu tarikh lahir tapi tak siapa tahu tarikh mati.
2 young 2 live. 2 fast 2 die


dari 2 hari menjadi 2 minggu
dari 2 minggu menjadi 2 bulan
dari 2 bulan menjadi 4 bulan
ditambah 2 teruskan mengira ....
teruskan mengira sampai la
2 batu nisan terpacak di kaki dan kepala

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.