dalam jangka masa 60 hari aku membazirkan 2 bulan dari hidup aku di tahun 2012 semata-mata untuk di harapan palsukan,kalau dalam Latihan Industri aku faham sebab dalam minggu-minggu terakhir aku semasa LI aku dah plan macam-macam seperti
- pergi melaka balik hari
- pergi pulau pangkor 4hari 3malam
- pergi mid valley untuk pertama kali
- masuk vistana coffee house nak minum smoothie dan jumpa rakan sekerja masa LI
aku tak mintak macam-macam aku tak mintak belikan aku handfon baru,external hard disk,earphone baru,baju ROMP atau TOPMAN, aku tak mintak di belikan kasut supra,aku tak mintak di puja dan mendewa-dewa kan aku dengan ayat gedik di wall fb,
aku cuma mahukan masa untuk bersama dan masa bersama itu bukan bermaksud menonton wayang,makan,jalan-jalan dan balek. aku mahukan bebas dari kongkongan masa,aku mahukan kita travel bersama dan aku ingin dia ada bersama-sama aku lalui perkara yang aku tak pernah lalui sebelum ni supaya merasa apa itu adventure.
aku bukannya berkata-kata manis di handfon aku bukannya suka ber mulut manis kerana aku seorang yang bukan jiwang tapi aku lebih suka membuat jenaka pasal dah sifat aku yang tak control hensem atau macho kerana sikap begitu adalah menjengkelkan.
tolonglah faham,dalam hidup ini jangan suka berjanji kerana janji itulah yang menjadi pagar dalam
'hidup' kita.janji kepada family tak bermakna kita akan berjanji kepada sebegitu kepada sepupu,saudara mahupun teman.
secara jujurnya aku merasa perkara paling mustahil dalam hidup kita ialah kita masing- masing tahu tarikh lahir tapi tak siapa yang tarikh mati.melainkan kalau seseorang itu memang nak bunuh diri.
dan sebab itu aku tak suka merancang terlalu jauh jika aku nak buats sesuatu,kalau aku nak beli mouse aku akan set kan dalam fikiran yang 3 hari lagi aku akan beli dan bukannya membeli mouse pada bulan hadapan atau 2 minggu lagi sebab kita tak tau yangtetikus itu pada masa tu sudah dibeli orang atau sudah tiada stok macam tu jugak la perancangan aku.
selagi sesuatu rancangan itu tidak mengambil masa panjang dan perancangan rapi tanpa banyak soal aku akan buat secepat yang boleh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.