Sunday, July 8, 2012

perkara yang aku ingat semasa minggu orientasi

 
 masuk 20 jun 2012 yang lepas genap la 2 tahun aku di politeknik Sultan Idris Shah, sabak bernam.pejam celik dah 2 tahun rupanya masa terasa macam lambat berlalu tapi itu semua lah proses yang menjadikan aku seperti hari ini.
sebenarnya aku tulis artikel ni pasal aku sentiasa teringat semester 1 aku di sini dan detik-detik awal aku di psis.

bermula dengan minggu orientasi atau minggu suai kenal aku masih ingat kenangan pahit yang aku lalui masa minggu pertama tu.aku mendaftar pada pukul 8.50 dan terus ke kafeteria asrama untuk mendaftar asrama dan diberi kunci bilik.blok aku ialah A1, 1.9 bermaksud aras 1 bilik no 1.9 bilik aku dihuni 4 orang tetapi aku penghuni pertama masuk aku memilih katil di tepi tingkap dan bernasib baik kerana ada abang nugraha susila yang jadi fasilitator untuk minggu orientasi tu pernah duduk bilik tu dan cerita la mana katil dia,mana locker dia.
selesai saje makan dan bawak semua barang-barang aku ke bilik.aku berkenalan dengan roommate aku,faiz azami.kebetulan dia sama kos dengan aku jadi aku dah ada kawan.dan lepas tu tiba-tiba bunyi siren suruh ibu-bapa pelajar meninggalkan kawasan kamsis - kampung siswa sekarang dikenali sebagai kolej kediaman pelajar. kitorang diarahkan berbaris di susur gajah - laluan kaki lima asrama dengan berpakaian skema eh baju putih + neck tie untuk pelajar lelaki.dengan kepala yang pening dan tak cukup rehat serta masih homesick aku pun berbaris bersama freshie yang lain ke dewan syarahan dan diberi fail untuk diisi dan mendengar ceramah yang membosankan.

selepas tu aku berbaris pergi ke bilik kuliah untuk mengambil baju minggu suai kenal,baju polibriged,baju batik dan beg kasut.selepas tu pergi ke dewan besar psis untuk dengar taklimat dan rehat sekejap untuk solat asar dan selesai taklimat aku balik ke bilik bersiap untuk solat maghrib.selesai solat maghrib dan isyak  malamnya aku tidur awal dan tanpa aku sedar pukul 4 pagi aku bangun dah heboh satu floor area JH pasal aku biarkan faiz tidur luar dan setelah tahu inci cerita rupa-rupanya faiz tertinggal kunci bilik kebetulan pulak masa tu pintu bilik stuck dia punya kunci tekan jadi kena la selalu bawak kunci hatta ke tandas sekalipun.si faiz ni cemerkap sejati selalu lupa kunci jadi tumpang tidor la dia bilik tengku,syed dan fixxo tu pun nasib baik ada extra katil.

diorang cerita diorang dah jerit dari tingkap bilik aku yang terbuka dan masa tu aku tidur mati jadi aku tak sedar apa yang berlaku di sekeliling aku.masa bukak pintu pukul 5 pagi tu pun aku baru dengar bunyi pintu diketuk dan dalam kotak fikiran aku mungkin si faiz ni baru 4-5 minit keluar.aku tidur mati sebab dah la letih dahtu aku tension dengan persekitaran baru aku ni.selama 2 hari aku kena pakai baju kemeja putih dan seluar hitam sungguh bosan rasa macam form 6.

 hari selasa pulak kena pakai baju batik,daftar kursus,dengar ceramah, dan masa daftar kursus aku serabut gila dengan surat tawaran politeknik aku tak bawak entah macam mana aku boleh lupa benda tu nasib baik masa daftar kursus lepas amin.itu lah julung kalinya aku memakai baju batek dalam hidup aku,aku tak rasa dewasa pun tapi rasa tua pasal aku cukup anti dengan gedebe perut besar berbaju batik.pakai baju batik pun sebab nak amik gambar buat kad matrik pelajar.
 pada masa lapang aku pergi ke kedai koop dan berkenalan la dengan sekiah budak DSK dan perkenalan itu hanya di situ saja,pasal aku nak tau sama ada dia cina,orang asli,sabah atau sarawak.

ada satu malam tu di pusat islam para-para serbanistas sejati telah membuat trick dengan menyedihkan para pelajar dengan memainkan tema'kamu balik ke rumah ibu bapa kamu dibaluti kain kapan,kamu derhaka pada ibu bapa kamu,kamu lupakan ibu-bapa kamu," trick ni aku dah kenal pasti sejak 2004 lagi jadi takde harapan la nak me-mind control kan aku pasal aku dah lali dengan nasty shit like this crap.dengan memadam lampu memusing para pelajar menghadap ke arah bahagian tengah PI dan mula memasang ayat-ayat suci yang aku tak faham apa maksudnya sambil ustaz al instructor mengarah para fasilitator supaya menutup pintu supaya tak ada pelajar yang lari keluar
kalau kita sering dimomokkan dengan ritual menyembah baphomet dan sebagainya di sini aku nyatakan kita pada masa tu juga sedang di mind control dengan ritual mengadap ke bahagian tengah surau dan menanti para ahli PI membawa patung atau gulungan karpet yang di tambahkan peralatan-peralatan sehingga membentuk susuk tubuh manusia yang dibalut dengan kain putih.pada aku bawalah keranda yang diusung undertaker sekalipun atau demo nasir bilal khan sedang menggali kubur,aku takkan tunduk dengan ritual karut marut ahli PI ini.kerana para freshie yang menangis tu tak KUAT HATINYA dan TAK KENTAL JIWA nya.

dengan mudah sekali mereka menangis,paling harem ada sorang malaon yang tiba-tiba jadi pelakon extra tak berbayar dengan menyerbu ke arah patung yang dibalut kain kapan tu.dengan menangis sekuat-kuatnya ini bagi aku tak ubah seperti ritual pasca kematian agama buddha dengan menangis dan meratap semahu-mahunya.kalau ritual black metal lagu-lagu burzum,mayhem di kumandangkan tapi di dalam PI ni lagu nasyid@nashit bergema dengan lagu-lagu yang biasa dimainkan di ritual meratap sayu sebegini seperti lagu AEMAN- ibu bergenang air mata ku, bila diingat balek budak yang nyanyi lagu tu lebih tua dari aku .entah-entah agaknya jadi serbanistas atau kpop wannabe pada hari ini.lantak la aku bukan kena mind control dengan nashit ni.pada aku lagu baji - AIA ayah ibu anak lebih menusuk jiwa dari nashit aeman ni.aku sikit pun tak menangis malam tu sebab trick ni dah lapok dan ketinggalan zaman.bak kata rashidee shukri : try harder,usaha keras lagi.

pemecah ice atau Ice breaking,satu lagi ritual membuatkan mereka -bukan aku insaf sekejap.dengan mengarahkan pelajar mencari nakhoda iaitu fasi -  setiap fasi akan memilih akan memilih sejumlah pelajar yang berjaya melakonkan watak anak derhaka yang insaf dengan berkesan,dan aku tak terkecuali kena melakonkan watak munafik itu walaupun terpaksa,program khurafat ini dinamakan KAPAL KARAM.pada percubaan pertama lakonan aku kurang memberangsangkan kerana kurang munafik dan celaka. pada percubaan kedua aku berjaya memunafikkan dan mem fasikkan diri untuk tunduk pada arahan ini dan aku berjaya naik ke pentas untuk bersama-sama dengan so called anak soleh,ye la kalau aku tak terpilih naik ke pentas tu kiranya aku derhaka la pasal tak sayang mak bapak -kata mad noh.

senamrobik jugak memalukan pasal tarian serupa ketam pun ada tapi sekurang-kurangnya tak la perlu bermodal air mata untuk menarik perhatian fasi.
dan hari-hari seterusnya aku mula bertukar baju kejap baju hitam putih,kejap baju MSK,dah macam filem tamil dah banyak bertukar baju.ini je la yang aku ingat pasal dah 2 tahun jadi hard disk kepala aku berkarat la nak mengingat kenangan MSK minggu seksa kami .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.