Saturday, February 2, 2013

15.5.2005 : Nama mu Tetap Di Kalbu Buat Selama Lama nya

9 tahun yang lalu bermula la kronologi ter sedih dalam hidup aku.di saat aku mula menerjah ke alam remaja dan rock and roll aku terpaksa menerima hakikat arwah nenek Nipah binti Masri jatuh sakit dan ada bengkak di tekak nya, perkara itu terjadi sejak bulan ramadhan 2004 dan masuk bulan disember 2004 sakitnya itu bertambah teruk hingga dimasukkan ke wad.awal 2005 adik-beradik mak bergilir-gilir menjaga arwah nenek.boleh kata selama sebulan dia di rumah kami setiap hari rumah kami dikunjungi sanak saudara yang datang menjenguk arwah,sehingga pada hari dia bertolak ke kuala lumpur pada pertengahan januari bila mana tiada lagi sanak saudara yang datang menjenguk ke rumah aku mula berasa sunyi yang paling sedih kerana tiada lagi sanak saudara yang datang ke rumah sejak arwah nenek pergi ke kuala lumpur dan seterusnya ke Nilai ditemani pakcik untuk pembedahan.tetapi sudah terlambat walaupun sudah menjalani rawatan kimoterapi selepas pembedahan itu,pada 15 mei 2005 di pagi AHAD bulan mei nenek sudah meninggal dunia dan meninggalkan aku buat selama-lamanya.
pada hari arwah disembahyangkan aku mampu menahan sedih mungkin kerana aku tak mahu terlalu bermain dengan perasaan.tetapi bila dikenang peristiwa itu aku agak terganggu mental kerana sejak dia pergi kehidupan aku sudah tidak semeriah dulu lagi dan hari raya aku paling teruk sejak dia pergi.dan aku hanya mampu mengalirkan air mata bila terkenang lagu burn - kasih ibu.itu pun aku cepat-cepat lupakan lagu itu kerana tak mahu terlalu bersedih.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.