Pelancong minta arca dikekal
OLEH SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my
Diana Febriyanti merakam gambar
rakannya di hadapan arca periuk kera semasa melawat kawasan Dataran
Merdeka di Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) perlu mempertimbangkan semula cadangan untuk merobohkan
pancuran air berbentuk pokok periuk kera yang terletak berhampiran
Dataran Merdeka, di sini.
Orang ramai terutamanya pelancong berpendapat arca tersebut wajar
dikekalkan kerana menjadi sebahagian binaan yang menarik perhatian
mereka datang ke Kuala Lumpur.
Pelancong dari Indonesia,
Diana Febriyanti, 24, dari Palembang
berkata, periuk kera atau di negaranya dikenali sebagai Kantong Semar
adalah spesies yang sangat unik dan sebarang arca yang mewakili tumbuhan
itu wajar di kekalkan.
"Kebetulan saya sendiri bertugas sebagai Pegawai Peneliti
(Penyelidik) di Kementerian Perhutanan Indonesia Wilayah Palembang dan
sangat mencintai kehidupan dan habitat tumbuhan terutama untuk spesies
yang semakin pupus, jadi saya sangat berharap agar arca ini tidak
dimusnahkan.
"Jika dirobohkan umpama seperti memusnahkan tumbuhan itu sendiri
sebagaimana habitat tumbuhan ini di hutan, tinggal lagi yang ini
'tumbuhnya' di bandar," katanya kepada
Utusan Malaysia.
Beliau diminta mengulas mengenai cadangan DBKL untuk merobohkan arca
itu bagi memberi laluan kepada projek Medan Countdown Clock di situ.
Medan itu merupakan sebahagian daripada elemen dalam Projek Jejak Warisan 5 yang akan dimulakan tidak lama lagi.
Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, arca tersebut
terpaksa dirobohkan dan akan dibina di lokasi lain yang akan ditentukan
kemudian.
Sementara itu pelancong dari Katmandu, Nepal,
Ralaja Tameng, 30, berkata, dia dan rakan-rakan yang pertama kali melancong ke Kuala Lumpur sangat teruja melihatkan keunikan arca itu.
"Sekurang-kurangnya saya masih dapat mengenali tumbuhan ini melalui
arca ini dan menjadi inspirasi kepada saya untuk melihat sendiri
tumbuhan ini di hutan suatu hari nanti.
"Jika benar arca ini hendak dirobohkan maka hilanglah keunikan Kuala
Lumpur kerana saya percaya arca ini begitu menarik perhatian pengunjung
malah patut diperbanyakkan air pancuran berbentuk arca seperti ini
kerana sangat menyejukkan mata memandang di samping menambahkan elemen
hijau dalam bandar yang penuh dengan 'bangunan-bangunan batu'," katanya.
Pelancong dari Republik Estonia,
Akti Remmel, 55, turut
berharap periuk kera itu terus dikekalkan malah DBKL perlu mewujudkan
satu habitat khas bagi tumbuhan itu hidup di taman berdekatan dengan
arca itu.
"Itu yang sewajarnya dilakukan, barulah tumbuhan ini dapat dikenali
dengan lebih dekat dan menarik lebih ramai lagi pelancong untuk melihat
sendiri habitat semula jadi periuk kera ini.
"Jangan diroboh atau dipindahkan ke tempat lain semata-mata untuk
memberi laluan kepada pembinaan projek lain. Saya sangat tertarik
melihat arca ini. Di Estonia, tumbuhan seperti ini tidak wujud.
"Saya benar-benar kagum dengan keunikan tumbuhan ini. Lebih-lebih
lagi dikenali sebagai periuk kera, apa kaitan antara periuk untuk
memasak itu dengan kera?," katanya.
sumber-utusan Malaysia
bila bercakap mengenai Malaysia, perkara pertama yang terlintas di fikiran aku ialah ini negara dunia ke 3.... negara yang cuba mencapai kejayaan dalam masa singkat tanpa bermula dari kosong....
berkenaan isu periuk kera dalam berita di atas mencerminkan betapa mundurnya minda orang kita, sibuk membina projek mega sana sini tapi mengabaikan aspek-aspek penting yang lain, sebagai contoh dari sibuk membina Medan Countdown Clock itu, adalah lebih baik KEBERSIHAN kawasan sekitar itu diutamakan... aku yang sering berjalan kaki di kawasan itu rasa sakit mata bila tengok kaki lima dikawasan itu dicemari puntung rokok,ludah,kahak dan sampah bersepah di sana sini. DBKL ini fungsi nya merampas harta benda awam dan menyita premis orang berniaga saja kah ?? sad but true, i only see that is the function of this damn dirty idiot servant.
Pelancong bersungguh - sungguh mahukan replika periuk kera itu dikekalkan dan jangan dipindahkan ke tempat lain. Kalau nak tengok periuk kera kena lah pergi ke hutan, jadi sebab mereka tidak punya banyak masa untuk meneroka hutan, mereka bergambar dan merakamkan kenangan di depan periuk kera buatan manusia ini. Adakah pelancong asing ini mahu Medan Countdown Clock ? TIDAK !! Sebenarnya apa yang kita ada ini sudah cukup untuk menarik kedatangan pelawat tanpa kita sedari, lagipun majoriti pelancong asing ini datang untuk melawat bukan membeli belah, dah banyak projek yang dibina di KL ini yang aku tengok tapi hasilnya hanyalah menguntungkan kroni seperti kontraktor. Contoh mudah... medan niaga di sebelah central market, barangan yang dijual disitu tiada unik pun, hanyalah barangan biasa yang mudah kita jumpa dan disitu bukannya menguntungkan sangat para peniaga kerana banyak gerai yang tutup semasa aku berkunjung ke situ.