Dua pelajar antarabangsa harumkan Unimas
Kedua-dua pelajar tersebut, Septian M. Harris Nasution dan Devi Warsita yang berasal dari Indonesia masing-masing memenangi tempat pertama dan ketiga dalam pertandingan nyanyian lagu Melayu.
Septian yang menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu berjaya memukau juri yang sebulat suara memilih beliau sebagai juara bagi kategori Nusantara (Lelaki) sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, trofi dan sijil.
Sementara itu, Devi yang mendendangkan lagu Memori Tercipta memenangi tempat ketiga kategori Nusantara (Wanita) dan menerima hadiah wang tunai RM750, trofi serta sijil.
Septian, pelajar tahun satu Fakulti Sains Sosial berkata, dia tidak menyangka nyanyiannya berjaya memikat hati juri.
"Saya tidak menaruh harapan tinggi untuk menang kerana kesemua peserta mempamerkan persembahan bermutu meskipun mereka tidak fasih berbahasa Melayu.
"Namun saya bersyukur apabila dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan ini," katanya.
Bertemakan 1World Culture, Festival Budaya Pelajar Antarabangsa anjuran bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Nilai berlangsung pada 25 dan 26 Oktober lalu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.