Monday, November 4, 2013

Isu 2 Ekor Arab Terbeli Burger Babi Di Pasar Raya Di Georgetown



GEORGETOWN - Burger Babi Terbaik Di Bandar Ini! Perkataan dalam bahasa Inggeris itu jelas boleh dilihat pada kain rentang di depan sebuah kios yang terletak di tingkat bawah tanah sebuah pusat beli belah terkemuka di negeri ini.

Tanpa rasa bersalah, kios tersebut menjual burger daging babi yang dimasak secara terbuka malah kedudukannya merupakan laluan untuk pengunjung termasuk orang Islam.

Di sekelilingnya juga terdapat beberapa premis perniagaan lain yang mempunyai pekerja beragama Islam.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata, beliau terkejut dengan keadaan itu.

Rizuad berkata, pengurusan pusat beli belah berkenaan sepatutnya lebih peka dan menghormati pengunjungnya terutama yang beragama Islam.

“Ini menunjukkan mereka (pengurusan pusat beli belah) tidak bertanggungjawab.

“Mereka seolah-olah tiada prinsip menghormati Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Rizuad berkata, beliau mendesak kerajaan negeri khususnya Exco Agama, Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan pusat belah belah berkenaan.

“Ini penting supaya kejadian serupa tidak berulang dan kesucian agama Islam tidak lagi dicemari pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati meskipun terdapat tanda ‘tidak halal’ namun kewujudannya masih mengelirukan orang ramai terutama yang tidak fasih bahasa Inggeris.

Difahamkan sebelum ini ada dua pelancong wanita Arab nyaris termakan burger berkenaan selepas memesannya tetapi sempat dihalang oleh seorang pengunjung tempatan.

Walaupun diberitahu dalam bahasa Inggeris makanan itu tidak halal, kedua-dua wanita berkenaan masih tidak faham dan selepas diterangkan dalam bahasa Arab, barulah kedua-duanya tersedar yang mereka sudah terbeli burger babi. sumber - sinar harian

Pada aku dah sah-sah di iklan burger tu ditulis PORK bermakna daging babi takkan tak faham lagi ?? takkan kena letak gambar babi belum disembelih baru faham yang kedai tu jual burger babi ?? amboi selama ni kat pasar raya ada je seksyen berasingan yang jual daging babi takde pun kena kecam macam apa yang ditulis dalam berita di atas ni. Lagi satu, ingat kalau dah melancong ke negara islam tu 100% penduduk dia bertutur bahasa arab ke ? ke bodoh nya 2 ekor arab ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.