Filem kedua dari francais Inbetweeners ini difilemkan kan di Australia. 4 sekawan, Jay,Will, Neil dan Simon kembali bertemu di musim panas setelah masing-masing membawa haluan berbeza dengan Will dan Simon menyambung pelajaran ke Universiti dan Neil pula bekerja di Bank manakala Jay pula berpindah ke Australia.
Dalam filem Inbetweeners 1 dulu mereka menemui teman wanita baru semasa bercuti ke Malia, Greece. Tetapi dalam sekuel ini, mereka semua telah kembali single dan hanya Neil sahaja yang belum berani meluahkan rasa untuk berpisah dengan Lucy yang kuat cemburu dan suka mengongkong. Mereka ke Australia asalnya untuk bergembira kerana mendengar cerita dari Jay yang kononnya DJ di kelab malam, tinggal di mansion mewah milik pakcik nya dan meniduri wanita berbeza setiap malam tetapi itu semua hanyalah indar khabar dari rupa apabila mereka terserempak di Jay di kelab malam hanya bekerja sebagai pencuci tandas.
Jay, Simon, Willl & Neil
Mereka berkunjung ke Taman Tema Air dimana Jane pernah bekerja disitu, Neil secara tak sengaja telah membunuh ikan lumba-lumba dengan memberinya hamburger dan sandwich mujur lah dia tidak ditangkap, di gelongsor air Neil telah terberak dan tahinya jatuh dihanyut air deras sebaik saja Will masuk ke dalam terowong, akibatnya Will tidak sempat mengelak tahi itu dan apabila keluar saja dari gelongor tahi itu kena tepat pada mukanya
Jay berasa tertekan kerana gagal menemui Jane dan dia awalnya menyangkakan Australia ini tidak lah sebesar man tetapi sangkaan nya silap kerana Australia ini jauh lebih besar dari England.
Dalam kumpulan hippies itu, Will cuba untuk mengadakan seks dengan Katie tetapi gagal kerana Katie akhirnya memilih Ben, dia meninggalkan kumpulan itu dan kembali bersama 3 orang rakan karibnya menjejak Jane. Maklumat dari Lucy menyatakan Jane telah berhenti kerja dan kini bekerja di ladang di wilayah Australia Tengah.
Will pula terkejut apabila Encik Gilbert datang bersama ibu nya ke Australia, rupa-rupanya ibunya baru sahaja bercinta dengan Encik Gilbert, cikgu di sekolah tinggi Will. Mereka memilih untuk terus mengembara ke Vietnam dan akhirnya kembali ke England.