Genap 1 minggu hari Malaysia berlalu dan sudah 3 minggu 31 Ogos berakhir. Tetapi aku masih mencari erti sebenar bangsa Malaysia ini. Di Thailan, ada rupa macam Melayu, Cina tetapi mereka menggunakan nama orang Thai dan bertutur bahasa Thai dengan fasih seakan-akan tidak wujud jurang etnik di situ kerana menggunakan identiti bahasa Thai dan ini melambangkan mereka bangsa Thailand.
Di Indonesia pula, ada juga kaum Tionghua tetapi apabila mereka bercakap, seakan-akan tiada orang Tionghua di hadapan aku. Sebaliknya seorang warga Indonesia berketurunan Cina. Kerana tutur kata yang digunakan sungguh fasih, pekat dan lancar.
Di Malaysia, dalam pasport bertulis bangsa Malaysia tetapi realiti nya lebih mengangkat bahasa Inggeri sebagai bahasa pengantar dan ada juga kaum yang sudah menetap di negara ini berketurunan tetapi masih gagal bertutur bahasa kebangsaan dengan fasih, rendah sangat kah bahasa kebangsaan kita ?? ada kah Malaysian di Malaysia ? atau cuma ada bumputra dan bukan bumiputra ??
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.