Sunday, September 28, 2014

The Inbetweeners 2



Filem kedua dari francais Inbetweeners ini difilemkan kan di Australia. 4 sekawan, Jay,Will, Neil dan Simon kembali bertemu di musim panas setelah masing-masing membawa haluan berbeza dengan Will dan Simon menyambung pelajaran ke Universiti dan Neil pula bekerja di Bank manakala Jay pula berpindah ke Australia.

Dalam filem Inbetweeners 1 dulu mereka menemui teman wanita baru semasa bercuti ke Malia, Greece. Tetapi dalam sekuel ini, mereka semua telah kembali single dan hanya Neil sahaja yang belum berani meluahkan rasa untuk berpisah dengan Lucy yang kuat cemburu dan suka mengongkong. Mereka ke Australia asalnya untuk bergembira kerana mendengar cerita dari Jay yang kononnya DJ di kelab malam, tinggal di mansion mewah milik pakcik nya dan meniduri wanita berbeza setiap malam tetapi itu semua hanyalah indar khabar dari rupa apabila mereka terserempak di Jay di kelab malam hanya bekerja sebagai pencuci tandas.
Jay, Simon, Willl & Neil 

Jay berhenti kerja dan mula merancang untuk meneroka bumi Australia bersama rakan-rakannya itu dan dalam masa yang sama cuba mencari Jane. Percubaan pertama Simon untuk memutuskan hubungannya dengab Lucy melalui Skype gagal kerana pakcik Jay masuk campur dan rancangannya gagal mengakibatkan dia terpaksa menipu yang dia ingin mengahwini nya padahal pakcik Jay yang telah menyampuk perbualan mereka. Will terserempak dengan kekasih lamanya, Katie secara tak sengaja dan dia mengikuti gropie Katie ke bercuti di Pantai.

Mereka berkunjung ke Taman Tema Air dimana Jane pernah bekerja disitu, Neil secara tak sengaja telah membunuh ikan lumba-lumba dengan memberinya hamburger dan sandwich mujur lah dia tidak ditangkap, di gelongsor air Neil telah terberak dan tahinya jatuh dihanyut air deras sebaik saja Will masuk ke dalam terowong, akibatnya Will tidak sempat mengelak tahi itu dan apabila keluar saja dari gelongor tahi itu kena tepat pada mukanya

Jay berasa tertekan kerana gagal menemui Jane dan dia awalnya menyangkakan Australia ini tidak lah sebesar man tetapi sangkaan nya silap kerana Australia ini jauh lebih besar dari England.
Dalam kumpulan hippies itu, Will cuba untuk mengadakan seks dengan Katie tetapi gagal kerana Katie akhirnya memilih Ben, dia meninggalkan kumpulan itu dan kembali bersama 3 orang rakan karibnya menjejak Jane. Maklumat dari Lucy menyatakan Jane telah berhenti kerja dan kini bekerja di ladang di wilayah Australia Tengah.


Dalam perjalanan, kereta mereka kehabisan minyak dan mula mengalami dehidrasi akibat suhu panas yang tinggi  di kawasan gurun. Mereka ditemui oleh rakan sekerja Jane, Jay meminta maaf kepada Jane dan meminta supaya dia kembali tetapi Jane enggan. Mereka akhirnya selamat kembali ke Sydney dan Lucy memberitahu Simon dia telah tidur dengan Pete, yang bakal menjadi pengapit kepada Simon jika mereka berkahwin nanti dan Simon gembira dengan hal itu kerana secara automatik dia dan Lucy kini sudah berpisah.

Will pula terkejut apabila Encik Gilbert datang bersama ibu nya ke Australia, rupa-rupanya ibunya baru sahaja bercinta dengan Encik Gilbert, cikgu di sekolah tinggi Will. Mereka memilih untuk terus mengembara ke Vietnam dan akhirnya kembali ke England.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.