Friday, January 30, 2015

Rotan Oh Rotan.....

Kecoh di dunia fb dan twitter pasal ibu-bapa akan dikena kan hukuman kerana merotan anak, serta merta pula generasi 60,70,80 an yang dah biasa dirotan ni menjadi keyboard warrior kononnya tanpa rotan tu mereka takkan jadi manusia.

Aku pun berfikir sejenak, generasi 80 dan 90 an macam aku pun ada jugak yang merasa kena rotan dan sebat tapi hairan...generasi aku ni lah yang banyak kaki dadah,merompak dan dari generasi yang kena rotan ni lah makin meningkatnya kadar jenayah. Apa ingat rotan ni boleh selesaikan semua masalah ?? memang ye pukul anak tu untuk didik dia jadi manusia, tapi berdasarkan pengalaman aku. Mak bapak ni ada jugak dia punya bahlul yang tak boleh sorok, dengar cakap orang percaya 100% lepas tu dum dam bush anak kena pukul tanpa dengar cerita dari sebelah anak. At the end of the day budak tu rasa benci dengan mak bapak dia. Pasal dengar cerita dari sebelah pihak saja.

Satu hal lagi, majoriti yang anak-anak bermasalah ni datang dari famili ramai 4-9 beradik biasanya. Pastu mula la dengar alasan bodoh dari mak bapak, " dia ramai adik beradik, saya bukan boleh jaga dia sorang je. Yang lain pun perlukan perhatian jugak " Alasan sebegini la yang biasa kita dengar dari mulut mak bapak yang cuba lepas tangan bila anak-anak buat masalah. Ewah...ewah, kau tu malam jumaat sedap-sedap laki bini tembak itu ini alih-alih keluar 4-9 anak. Bila dah besar kau tak mampu nak jaga, bagi alasan sibuk kerja lah, nak uruskan adik beradik lain lah. Apa masa nak berseronok tu kau tak fikir nak kawal jumlah keluarga ? cara yang mudah guna rotan untuk sebat budak-budak ni, dah jadi macam gembala kambing pulak mak bapak ni.

Kau tengok negara maju, diorang pun ada masalah macam ni jugak. Tapi diorang ok je tanpa guna rotan untuk didik anak-anak, sebab ape ?? diorang tak sibuk nak beranak ramai. Paling ramai pun 3 orang anak je 1 keluarga, standard 1-2 orang je anak 1 keluarga. Memang susah kalau kau nak jumpa anak diorang 4-9 orang. Budak-budak di negara maju pun ada masalah mora kadang-kadang ada yang lagi teruk dari di Malaysia, tapi mujurlah asshole-asshole ini tak membiak dengan subur sebab diorang datang dari keluarga kecil, adik beradik tak ramai, jadi susahlah sifat bahalol ini tersebar dan membiak. Bila anak sikit kurang la bebanan dia, baik dari segi bebanan wang atau masa. Lebih mudah nak jaga 2 anak dari 5-7 orang anak bukan ??

Isunya disini, bukan kuantiti anak yang perlu kita utamakan, tetapi KUALITI. Biarlah anak sikit yang penting kita sebagai ibu-bapa perlu lah meluangkan masa yang cukup untuk anak-anak. Apa fungsi kita sebagai mak bapak kalau susah nak luangkan masa dengan anak ? anak-anak tu pun nak jugak rasa kasih sayang mak bapak. Apa kau ingat dengan merotan anak-anak tu, lepas tu marah dia bagi alasan " aku sibuk dengan kerja aku, kau jangan nak tambah masalah aku !! " ini serius bangang. Dahla susah nak luangkan masa dengan mak bapak, lepas tu lebih banyak merasa hukuman rotan dari belaian maka bapak.

Aku berharap la generasi selepas aku ini lebih bijak dalam merancang keluarga. Yang penting buktikan pada generasi akan datang tanpa rotan pun mereka boleh jadi manusia berguna.

Friday, January 16, 2015

Persepsi Islamophobia

Disebabkan segelintir umat islam yang ekstremis, habis umat islam yang lain jadi mangsa.


Kartun Sengal

Roh pun boleh terhantuk dahan kayu lepas tu masuk balik dalam badan. Ingatkan roh ni boleh tembus semua benda


Nama Anak-Anak Abad Ke 21

Apa punya  mak bapak la bagi nama canggih-canggih ?? besar karang jadi belen dan rempit jugak


Wednesday, January 14, 2015

Filem Below 2002


Sekumpulan survivor kapal Hospital British diselamatkan oleh Krew Kapal Selam USS Tiger Shark, kapal mereka di bom oleh torpedo beberapa hari sebelum itu. 2 lelaki dan 1 wanita adalah mereka yang terselamat.

Semasa mereka menyelamatkan survivor itu radar mereka ada mengesan kapal musuh yang berada tidak jauh dari mereka, rupa-rupanya kapal itu sedang terbakar. 1 dari 3 tebusan itu cedera teruk akibat melecur, sewaktu mereka di dasar laut tiba-tiba mereka dibom oleh musuh dan Leftenan Brice mengesyaki sesuatu pada survivor itu dan lebih mengejutkan lagi apabila salah seorang dari mereka adalah tahanan perang Jerman! Kerana merasakan survivor itu telah mensabotaj kapal nya Leftenan Brice itu telah menembak mati tahanan itu

Misteri siapa yang mengebom kapal hospital yang dinaiki para survivor itu terbongkar setelah Claire Page, satu-satunya survivor wanita dalam kapal itu membaca buku log harian di kabin milik Leftenan Brice, dan dari catatan itu dia mengetahui sebelum kehadiran dia, ada seorang individu yang juga bekas kapten kapal itu yang bernama Leftenan Komander Winters dan dia hairan kenapa ada uniform Lt Kmd Winters di dalam kabin milik Lt Brice.


Semasa bersembunyi di dasar laut mengelak dari dikesan kapal selam Jerman, sistem sonar kapal selam itu rosak akibat sauh yg digunakan oleh kapal selam musuh telah menyebabkan kerosakan kepada struktur luar kapal selam itu. 4 orang krew diarah untuk membaiki tangki minyak yang bocor, Leftenan Junior Coors salah seorang saksi pada malam Lt Kmd Winters mati,  telah terkorban akibat terjatuh disebabkan melihat kelibat hantu semasa hendak membaiki kebocoran tangki minyak. Lt O'Dell, Wally dan Stumbo menjumpai mayatnya dalam keadaan pecah di kepala dan mata kemerah-merahan, mereka pun melarikan diri ke dalam kapal.

Keadaan semakin meruncing buat mereka, kerana periskop dan sistem sonar sudah musnah jadi mereka kini ibarat tiada mata, telinga. Masalah baru pula timbul apabila kemudi kapal mereka mengalami masalah dan tekanan hidrogen dalam kapal pula semakin meningkat. Tiba-tiba mereka terputus bekalan elektrik dan kehilangan krew kapal akibat kepanasan yang melampau dan mereka rentung akibat renjatan elektrik yang kuat.


Lt Loomis pula yang terkejut selepas melihat hantu menyerupai dirinya di dalam cermin menjadi panik dan melarikan diri berenang keluar dari kapal dan tertusuk besi tajam dan mati. Tidak lama kemudian mereka pula di landa suhu sejuk yang kritikal di dalam kapal selam itu. Setelah mereka menyiasat misteri kematian Lt kmd Winters dan kapal perang Jerman itu, mereka akhirnya mengetahui yang sebenarnya mereka telah mengebom kapal hospital milik tentera British! iaitu sekutu mereka sendiri.

Ketika  Lt Kmd Winters  meninjau keadaan selepas operasi pengeboman dia terdengar suara meminta tolong dalam bahasa Inggeris, jadi dia pun menghulurkan bantuan kepada mereka yang terselamat. Tetapi 3 orang dibawahnya iaitu Lt Brice, Loomis dan Coors tidak bersetuju kerana jika didapati mereka telah mengebom kapal hospital itu bermakna mereka telah melakukan kesilapan dalam tugas dan kesalahan itu bakal merosakkan reputasi mereka. Jadi mereka bertiga telah berpakat untuk membunuh Lt komander Winters dan mereka-reka cerita kononnya dia cuba mengambil cenderamata dari kapal milik Jerman itu.

Nasib mereka baik kerana radar mereka berjaya mengesan kehadiran kapal lain, mereka meminta bantuan daripada kapal itu. Leftenan Loomis menjadi penghalang mereka dari berpindah ke kapal itu, akhirnya dia menembak dirinya sendiri. Page, Lt O' Dell, Wally dan Stumbo terselamat dan sempat menaiki kapal itu. Di akhir cerita kapal selam itu terdampar berhampiran kapal hospital yang mereka bom dahulu.



Thursday, January 8, 2015

Telefilem : Gacy


Telemovie ini adalah filem tentang John Wayne Gacy, pembunuh kejam yang telah melakukan penderaan seksual dan membunuh lebih 33 orang nyawa. Sasarannya adalah lelaki yang berusia 17-25 tahun, lebih-lebih lagi mereka yang mahu mendapatkan pekerjaan.

Gacy pada awalnya seorang anak yang sering menjadi bahan lepas geram bapanya. Dan akibat penderaan itu dia mengalami masalah psikologi dan jika di provokasi dia akan membalas dendam dengan kejam.

Gacy dan keluarganya baru saja berpindah ke Chicago setelah dia selesai menjalani hukuman kerana meliwat kanak-kanak. Gacy menjadi role model dikalangan masyarakat setempat kerana sumbangan nya pada badan amal dan penglibatanya dalam parti politik. Dia juga menyediakan peluang pekerjaan kepada remaja di situ. r Jiran-jirannya berasa hairan kenapa ruang bawah tanah rumah nya berbau busuk dan hanyir, begitu juga di malam hari mereka berasa pelik kerana terdengar suara seperti orang sedang bergaduh.

Isteri Gacy, Karen mula syak sesuatu yang tidak kena apabila di garaj terdapat pakaian lelaki bukan milik suaminya. Pihak polis pula mengesyaki Gacy kerana laporan orang hilang di kawasan itu terutama anak muda dipercayai kali terakhir mereka dilihat bersama Gacy. Gacy yang sering menyeksa mangsa dengan merendam kepala ke dalam air dan mencekik mereka menanam mangsa nya di ruang bawah tanah.

Isteri dan anak-anak nya meninggalkan Gacy kerana kecewa dengan sikap homoseksual suaminya. Ibu Gacy tidak mengesyaki apa-apa kerana Gacy dihadapannya berkelakuan baik. Pihak polis mula mengawasi pergerakan Gacy dan dia tumpas juga akhirnya apabila seorang pekerja nya datang ke rumah menuntut gaji yang tertangguh dan mangsanya sempat keluar rumah dan diselamatkan  pengintip polis yang menunggu di luar rumah.




Monday, January 5, 2015

Mutiara Kata Ed Sheeran

Aku tak penah dengar lagu Ed Sheeran ni, tapi bila baca kata-kata hikmat dia ni, buat aku terfikir dalam hidup ni kita tak perlu la membezakan dan mengasingkan seseorang itu berdasarkan apa dia ada dan apa dia mampu miliki.